Sep 23, 2011

Nostalgia Kembali Lagi......

Assalaamualaikum w.b.t

     Selamat pagi kepada semua pembaca blog ini. Anda sihat hari ini??? Marilah kita mulakan dengan menyebut nama Allah s.w.t di kala kita baru bangun tidur dan mulakan hidup baru dengan melakukan perkara yang lebih baik dari semalam. Baiklah, hari ini saya tak da apa nak ditulis. Just nak berkongsi cerita tentang diri ku ini kepada pembaca blog sekalian.

Kejayaan kami di UUM pada tahun 2010
 
     Hari ini saya berasa bersyukur sangat-sangat kerana nostalgia diantara saya dan rakan-rakan seperjuangan saya kembali seperti dulu. Nak tau apa nostalgia kami (lihat gambar diatas). Begini cerita nya, saya dan rakan-rakan seperjuangan saya adalah group nasyid Suotur Rohaniah di Dewan Penginapan Pelajar TM (DPP TM), Universiti Utara Malaysia (UUM). Sudah hampir 3 tahun group kami bertahan hingga sekarang. Untuk mengetahui kisah pejuangan kami dengan labih lanjut klik disini.

     Saya rasa bersyukur serta redha kepada Allah s.w.t kerana diberi kesempatan untuk berjumpa rakan-rakan seperjuangan saya. Pada malam semalam jam 11 malam, telah diadakan perjumpaan nasyid kami untuk kali kedua (kali pertama dah buat pada minggu lepas). Walaupun agak lama saya tunggu kedatangan mereka, akan tetapi saya sudah biasa dengan perangai mereka dan menjadi salah satu nostalgia pada diri ini. Ada juga ahli group telah praktikal, telah bekerja dan ada juga yang tarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun nostalgia mereka tetap segar dalam ingatan.

     Setelah berkumpul hampir 1 jam (lama juga tunggu hmmm....), kami begegas ke Dewan DPP TM. Di sana kami just menyanyi beberapa buah lagu yang telah dipersembahkan dalam event dan pertandingan. Antara lagu kami dendangkan adalah "Pertemuan Di Hari Mulia", Menuju Wawasan", "Anugerah", "Iman dan Taqwa" dan "Nostalgia". Selain itu, kami juga dendangkan lagu intro dan outro. 

     Waktu itu, sungguh seronok kerana berlaku perkara lawak + perli + kutuk + suara x sedap + lari picing dan macam-macam lagi. Akan tetapi semua itu menjadi kenangan nostalgia kami. Nyanyian kami semakin diingati hingga ada ahli-ahli kami masih ingat gaya dendangan nasyid tersebut. Disitu juga berlaku perkara lawak + perli + kutuk + suara x sedap + lari picing dan macam-macam lagi. Harap nostalgia ni masih kekal dalam ingatan.

     Kepada group nasyid Soutur Rohaniah, saya masih rindu segalanya tentang group nasyid kita Susah senang, pahit manis, suka duka sering bermain difikiran ku ketika ini. Hope u all sama seperti saya. Marilah kita bangkit sekali lagi nama kita di Persada UUM pada semester ini.

Wassalam.....

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

No comments:

Post a Comment