Dec 28, 2011

Impian Yang Harus Ku Tunaikan

Assalaamualaikum w.b.t

     Salam sejahtera, salam perjuangan kepada bakal JUTAWAN!!!!! Sudah lama saya tidak mengupdate blog ini. Ini kerana sibuk memanjang walaupun ada masa (malas nama nya tu, hehehe). Tetiba pulak hari ini nak update blog, jadi apa topic yg saya nak bicara kali ini.
     Impian, apa itu impian dan kenapa kita perlu capai impian tersebut???? Impian adalah suatu kehendak manusia yang diciptakan oleh Allah s.w.t sebagai satu kepuasan atau nikmat setelah dicapai dan digapai. Setiap manusia mempunyai impian yang tersendiri dan mungkin secara tidak langsung akan diluahkan dari kata2 secara tiba-tiba.
 Toyota Supra, I'll get it next year.
     Saya mempunyai impian dan cita2 yg tinggi. Dahulunya saya tidak mempunyai impian yang besar, kerana tidak terpikir pun untuk bergelar JUTAWAN. Akan tetapi dengan Score A saya mampu untuk merubah diri saya untuk mendapat title JUTAWAN. Impian saya dahulu hendak beli kereta Myvi Aotu kerana ramai kawan2 saya beli kereta Myvi setelah bekerja. Akan tetapi, dengan Score A impian saya telah ada perubahan. Saya tidak mahu jadi orang yg biasa2 sahaja tetapi saya ingin menjadi orang yang LUAR BIASA HEBAT!!!! Kerana impian saya sekarang adalah hendak membeli kereta Toyota Supra, warna biru. Saya akan fight untuk dapatkan kereta itu. Buat permulaan saya akan beli kereta Myvi @ Saga FL dahulu pada semester hadapan. Ini adalah untuk memudah kan saya membawa rangkaian saya melangkah lebih jauh lagi.
     Selain itu juga, keluarga saya mempunyai impian yang perlu ku tunaikan. Seperti adik saya ingin memiliki kereta Suzuki Swift setelah saya jadi JUTAWAN. Ayah saya meminta agar impian ibu saya tercapai iaitu ingin memiliki kereta Honda Starex. Ibu saya pula ingin bersama-sama kita pergi menunaikan HAJI dan UMRAH.
     So, kepada rakan2 seperjuangan sekalian. Marlah kita sama2 berlumba2 mencapai impian kita bersungguh-sungguh. Buang lah dan tanam lah 6M dalam diri dan yakin lah kurang dari 2 tahun anda dan saya akan jadi JUTAWAN!!!!
Sifu Aziz berpesan :

KEJAYAAN menuntut PENGORBANAN,

PENGORBANAN memerlukan PERJUANGAN,

PERJUANGAN memerlukan KETABAHAN,

KETABAHAN memerlukan KEYAKINAN,

KEYAKINAN menentukan KEJAYAAN dan

KEJAYAAN itu adalah KE ARAH JUTAWAN!!!
 
HE.......................BAT!!!!!!!!!! HEY!!!!!!!!!!!!
 
** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Nov 10, 2011

Aku Bukan Muallaf

Assalaamualaikum w.b.t
     Apa khabar para pembaca blog sekalian. Diharap anda sihat dan sihat2 hari ini (jangan marah, hehehe..). Hari ini adalah hari di mana aku bangun awal pagi. Biasanya aku bangun jam 6.30 pagi, tapi hari aku bangun 5.45 pagi (ui…dasyat!!!!). Biasanya juga saya akan tidur semula selepas solat subuh tetapi hari ini saya tidak tidur kerana mandi pagi kot. Hehehe. Biasalah, saya ni x suka mandi pagi2, kalau t/hari tu memang saya perlu mandi. So, secara kesimpulan solat subuh n then tidur balik itu biasa tapi solat subuh n then x tidur2 LUAR BIASA!!!!!

     Baik lah, sebenarnya saya bukan nak cerita pasal bangun solat subuh tidur balik. Tapi saya nak berkongsi cerita perkara yang saya terfikir sejenak dan ingin disampaikan di dalam blog ini. Anda semua tahu tak yang kita sebenarnya telah ditetapkan oleh Allah s.w.t sebagai agama Islam. Jikalau kita berfikir sejenak sebelum roh kita masuk ke dalam rahim ibu kita, roh itu telah bersaksi bahawa “Tiada tuhan selain ALLAH dan MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH” kemudian barulah di tiup ke rahim ibu kita. Makna nya, sebelum kita lahir kita telah memeluk agama Islam.
     Cuma selepas dilahirkan kita akan menangis kerana hidup di dunia adalah sementara dan pelbagai dugaan dan cabaran besar yang perlu ditempuhi oleh nya. Bagi sesiapa umat Islam, kita beruntung dan bertuah kerana lahir-lahir je jadi masyarakat Islam. Itu pun ramai yang melakukan maksiat, syirik, tidak solat dan amal munkar nahi ma’ruf. Nauzubillah. That’s why ramai yang murtad kerana agama sebab mereka yang murtad tidak faham kenapa mereka memeluk agama Islam. Ini kerana mereka kurang didikan agama. Selain itu, mereka jadi murtad kerana duit. Ini kerana ramai golongan yang murtad hidup miskin tetapi menjadi kaya selepas murtad dan masuk agama Kristian. Berhati-hati dengan golongan ini.
     Bagi golongan yang bukan agama Islam, mereka adalah golongan yang terlepas tali yang berjuntai dan mereka tidak nampak tali itu lagi kerana kegelapan dalam diri iaitu iman. Jadi bila mana mereka ingin memeluk agama Islam, mereka bukan mualaf tetapi mereka adalah Islam yang baru sahaja nampak tali itu dan capai tali tersebut. Kenapa saya katakan begini wahai pembaca blog sekalian??? Kerana saya telah berbicara dengan seseorang yang sedemikian.
     Beliau saya berjumpa di sebuah KFC di Terminal Bas Selatan, Bandar Tasik Selatan (TBS, BTS) di mana saya bersama beliau dan rakan-rakan usahawan saya yang bakal menjadi JUTAWAN. Rakan saya bertanyakan bagaimana beliau change his religion. Beliau mula berbicara :
     “Semasa saya kecil dahulu, saya memang jenis open minded dan setiap kali parent saya lakukan agama Hindu saya asyik terfikir tentang perbuatan dan amalan dalam agama Hindu. Kebetulan saya menonton tv, dan kebetulan ada seruan azan dan saya tertanya-tanya lagi kenapa orang-orang itu berjalan keliling kotak hitam yang besar itu (Kaabah). Kemudian seperti ada orang berbisik kepada saya “kamu lihatlah ramai orang berjalan keliling kotak hitam itu, dengan kotak hitam itu beratus ribu orang datang dengan berpakaian putih”. Maka saya ingin tahu kenapa jadi begitu. Kemudian masa saya berusia belasan tahun, ketika saya menaiki bas tetiba datang seseorang kepada saya dan mengajak saya mengikutinya. Saya dengan selamba mengikut dia. Sampai rumahnya, dia bagi saya sebuah kita Bible dengan berkata “saya dapat firasat yang saya perlu beri kepada anda”. Jadi saya pun baca kitab itu sehingga waktu saya membaca kitab tersebut datang seorang Muslim berjumpa dengan saya. Beliau bertanya kepada kamu baca apa??. Saya hanya menjawab kitab Bible. Lantas Muslim itu membawa saya ke rumahnya dan memberi saya sebuah kitab Tafsir Al-Quran. Bila saya membaca, perasaan saya menjadi sejuk dan saya ingin memeluk Islam. Bila saya tiba di Pejabat Agama untuk menjadi Islam, ustaz di sana ingin kan saksi. Maka saya cakap tuan jadi saksi saya tetapi ustaz kata tidak boleh sebab perlu ikut protokol. Saya pun kata balik kepada dia “Baik, saya cari saksi tapi kalau saya mati, tuan akan bertanggungjawab atas kematian saya”, terdiam ustaz itu. Kemudian selepas saya ada saksi, saya mintak agar nama saya tidak diubah dan nama ayah saya tidak diubah. Akan tetapi ustaz sekali lagi kata tidak boleh kerana perlu ikut protokol. Saya pun ambil al-Quran dan tanya kepada ustaz surah mana, ayat mana, muka berapa yang mengatakan perlu tukar nama selepas masuk Islam. Terdiam sekali lagi ustaz itu dan beliau tidak ubah nama ayah saya. Dan if orang tanya saya mualaf ke, saya jawab saya bukan mualaf tetapi saya terlepas menjadi Islam”
      So, jadikan ini sebagai satu iktibar pada kita dan beliau ada tips untuk kita atasi menghadapi masalah iaitu sentiasa senyum di kala suka dan duka. Kerana beliau seorang sahaja yang beragama Islam dalam keluarga beliau. Lihatlah bertapa sukarnya beliau hadapi tetapi dengan hanya senyuman beliau boleh atasi masalah itu.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-