Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Oct 2, 2011

Rukun Islam Wajib Kita Ketahui.

Assalaamualaikum w.b.t

Apa khabar semua. Bertemu lagi kita dalam rancangan "Blogku Ceritaku" hehehehe. Cewah, macam dalam rancangan pulak. Pada post kali ini saya hendak menimbulkan isu berkaitan rukun Islam kita. Sepertimana kita tahu, ramai umat Islam tahu akan rukun ini. Dan ramai juga yang tidak tahu @ tidak ingat akan rukun Islam ini. Ini kerana, dunia zaman sekarang sedang berkembang pesat. Dan semakin lama dunia meingkat kemajuan, semakin lupa daratan kita pada Allah s.w.t nauzubillah. Harap saya dan para pembaca tetap teguh dengan pendirian kita sebagai umat Nya. Amin.....


Baiklah, walaupun kita tahu rukun Islam, tetapi adakah kita mengetahui dengan lebih mendalam. Dan sepatutnya kita perlu menghayati setiap hari akan rukun Islam ini. Apakah maksud rukun Islam ini??? Ia bermaksud menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh kehidupan kita, jiwa kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna. Persoalannya, adakah kita seperti maksud diatas??? Itulah yang saya maksud kan kita tahu rukun Islam itu tetapi kita tidak menghayati dengan lebih detail. Terdapat 5 rukun Islam iaitu :

1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Ucapannya dalam bahasa melayu adalah "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang di sembah melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa NABI MUHAMMAD itu pesuruh Nya". Ini bermaksud kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah ALLAH s.w.t dan NABI MUHAMMAD s.a.w itu adalah pesuruh Nya. Segala perbuatan kita, perlakuan kita adalah ketentuan ALLAH s.w.t dan kita perlu menjadikan NABI MUHAMMAD s.a.w sebagai role model kita.

2. Solat Lima Waktu Sehari Semalam
Dengan melakukan sembahyang, kita mengabdikan seluruh tubuh kita menyembah kepada Nya. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat denhgan mengikut susunan rukun sembahyang yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w dengan tertib. Dan kita diharuskan tidak melengah-lengah kan masa kita untuk bersolat dan disunatkan solat di masjid atau surau. Masjid dan surau adalah tempat yang paling tenang kerana ia adalah rumah Allah s.w.t. Jadi, marilah kita mengerjakan solat lima waktu di surau atau di masjid.

3. Mengeluarkan Zakat
Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Tuhan yang menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut agama. Dengan zakat, kita akan memikirkan golongan yang susah. Dengan zakat, kita akan menanamkan rasa kasih dan sayang pada golongan yang kurang bernasib baik insyaallah.

4. Berpuasa di bulan Ramadhan
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah. Dengan menahan hawa nafsu makan dan minum serta menjauhi segala larangan Nya, secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan di dalam peribadi kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

5. Mengerjakan Haji di Baitullah
Dengan mengerjakan Haji, kita menyembah Allah dengan segala harta kekayaan milik kita, dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Bagi yang tidak berkemapuan, tidak diwajibkan kerana mereka tidak berharta dan sukar mengeluarkan harta mereka. Jadi, mana yang mempunyai harta anda wajib melakukannya. Dan melakukan dengan "mabrur", bukan "malboro".

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Aug 25, 2011

Lailatul Qadar...


Assalaamualaikum w.b.t

     Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Nya kita telah tinggal 5 hari lagi untuk kita mengakhiri bulan Ramadhan ini. Kita sepatutnya merasa sedih kerana setiap hari, setiap masa dan setiap detik kita akan semakin lama semakin meninggalkannya. Kemudian, kita juga seharusnya tahu akan 10 malam terakhir iaitu malam Lailatul Qadar dan mengambil peluang ini untuk mendapatkan nikmat yang Allah s.w.t berikan pada malam tersebut iaitu bersamaan 1000 bulan.

     Jadi, apakah maksud disebalik perkataan Lailatul Qadar???? Istilah qadr mempunyai tiga maksud; iaitu pertama; menetapkan, kedua kemuliaan dan ketiga penyempitan. Dilihat pada makna pertama iaitu menetapkan, pada malam tersebutlah Allah telah menentukan perjalanan hidup manusia melalui seruan dakwah Nabi Muhammad s.a.w. ke arah jalan yang hak dan menolak kebatilan dan itulah aturan jalan ketetapan yang ditentukan Allah walaupun penuh ranjau duri. Kedua, malam tersebut adalah semulia malam jika diteliti berlakunya penurunan Al-Quran (nuzul Al-Quran) dan pengiktirafan Allah terhadap malam tersebut. Ketiga, berlakunya kesempitan di dunia kerana jumlah kehadiran para malaikat yang membawa rahmat dan keampunan Allah.

     Jadi, perlakuan perbanyakkan ibadat pada 10 malam terakhir adalah berlarutan. Bukan hanya sehari dua atau berselang-selang. Akan tetapi terdapat pendapat kemungkinan kewujudan Lailatul Qadar itu muncul. Jadi perlakuan kita terhadap ibadat perlulah jujur, ikhlas kerana Allah s.w.t. Terdapat 3 perkara yang menunjukkan waktu sebenar Lailatul Qadar. Pertamanya, Lailatu Qadar hanya akan berlaku dalam bulan Ramadhan. Kedua, kebanyakan ulama berpendapat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Ini adalah pendapat yang paling rajih (absah). Ketiga, ia berlaku pada malam-malam ganjil iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

     Terdapat sebuah laman web meramalkan bilakah tarikh munculnya malam Lailatul Qadar iaitu http://www.when-is.com. Laman web ini menunjukkan tarikh malam Lailatul Qadar pada tahun ini ialah pada hari ini 25 Ogos 2011. Selain itu, di laman web ini terdapat ramalan-ramalan malam Lailatul Qadar pada tahun-tahun yang akan datang. Ramalan ini adalah sesat belaka dan tidaklah benar bahkan bertentangan dengan nas-nas yang sarih. Ini adalah kerana Nabi Muhammad s.a.w. sendiri tidak pernah memaklumkan bilakah waktu sebenar Lailatul Qadar.

     Di antara perkara yang perlu diimani dalam perkara berkaitan Lailatul Qadr ialah:
  1. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadr.
  2. Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan yang membawa maksud bahawa setiap amalan yang termakbul pada malam itu samalah dengan amalan yang setara dengannya sebanyak amalan seribu bulan.
  3. Para Malaikat dan ruh diturunkan pada malam tersebut.
  4. Sejahtera malam itu hingga terbit fajar (masuknya waktu Subuh).
  5. Ibadah yang jujur, ikhlas, konsisten, iltizam dan khusyuk pada sebarang masa.
  6. Tiada tanda-tanda fizikal yang dijelaskan oleh nas kecuali khabar-khabar angin semata.
     Mesti anda hendak tahu kan kenapa Allah s.w.t membuat malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Inilah kebijaksanaan Allah s.w.t.. Setelah 20 hari berpuasa, manusia sudah mempunyai kekuatan tahap kerohanian dan tingakat kesedaran yang tinggi serta momentum yang diperlukan untuk mempertingkatkan ”gear tertinggi” dalam amalannya. Malaikat turun pada malam tersebut sehingga terdorong orang mukmin melakukan ibadah dengan izin Allah s.w.t. dan merasai sejahtera dan selesa hingga pagi.

     Amalan yang mesti dilakukan pada malamnya ialah memperbanyakkan ibadah, membaca Al-Quran, beriktikaf dan berdoa. Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a. berkata:

"Ya Rasulullah bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar? Apa yang harus saya ucapkan pada malam itu?'' Baginda bersabda: Ucapkanlah: ``Ya Allah kami bermohon pada-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni (hamba-hamba Mu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami." 
(Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad).

     Doa lain yang baginda baca ialah seperti berikut yang bermaksud: 

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan peliharalah kami dan siksa api neraka.
(QS Al-Baqarah [2]: 201).

     Pandangan masyarakat kita sering memikirkan petanda2 malam Lailatul Qadar adalah perkara2 yang pelik akan berlaku seperti ada ais ketika hujan turun, sungai yang berhenti mengalir, pokok2 sujud ke bumi, ufuk langit merah dan macam2 lagi. Ini adalah kejadian Allah s.w.t yang hendak menunjukkan kekuasaan Nya dan hanya secara kebetulan.

     Ramai juga yang tidak mahu tidur pada malam yang dijangkakan Lailatul Qadr kononnya untuk bertemu dengan malam tersebut. Ini satu lagi perkara tahyul dan tidak berasas. Pokok terpenting ialah mempertingkatkan amalan-malan pada 10 malam terakhir Ramadan. Kalaupun seseorang bertemu dengan malam Lailatul Qadr, akan tetapi tidak mempunyai amalan, persiapan ibadah atau penyucian batin, maka tidaklah ia mendapat keberkatan dan manafaat malam tersebut.

     Oleh itu, wahai umat Rasulullah, perbanyakkan lah amalan kita dengan jujur dan ikhlas agar kita mendapat rahmat dan pahala di sisi Nya.

Sumber : 
Lailatul Qadr: Kepentingan dan Penghayatannya.
Dr. Amini Amir Abdullah
Pengarah Pusat Islam
Universiti Putra Malaysia

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Aug 18, 2011

Segmen: Memori Ramadhan by Sakura

 
Assalaamualaikm....
Di waktu musim Ramadhan ni, saya nak bercerita sedikit tentang pengalaman lucu saya berpuasa. Sehingga ke hari ini saya masih ingat lagi peristiwa itu. Saya mula berpuasa kalau tak silap masa umur saya 6 tahun. Masa tu depan ibu nampak baik je, puasa penuh je. Tapi dibelakang ibu, buat-buat x nampak jek. Time lapar jek, cek line clear ke tak. Line clear je, cepat-cepat bukak peti ais amik makanan yang ada. Waktu tu x amik semua sekali lah, amik sikit-sikit. Berulang kali buat macam tu, sampai sekarang perkara ini belum dapat di kantoi kan oleh ibu. Terer tak saya. Hehehe ^_^

Itu masa 6 tahun lah. Dah masuk 7 tahun dan seterusnya, tak buat lagi macam tu. Cuma saya masih ingat lagi waktu solat tarawikh. Yelah, keluarga saya memang melakukan solat tarawikh + witir 23 rakaat. Macam satu kewajipan. Apa yang masih saya ingat, ketika di marahi oleh ibu saya. Yelah kan, umur setahun jagung asyik ingat nak main jek. Lepas saya buat 8 rakaat, saya pergi main kat bahagian belakang kaki lima masjid. Sedang syok2 main, tetiba ibu saya datang. Dah lah kawasan tu gelap, kene pulak ibu saya pakai telekung. Pandang kali pertama saya menjerit saya panggil "HANTU!!!!". Pandang kali kedua, tapak tangan kat pipi. Hehehe....

Ok, itu waktu saya kecik2 dulu. Nampak macam nakal kan. Tapi time bulan puasa jek. Hehehe. Ada kelucuan lagi yang masih terngiang difikiran saya. Masa waktu dah nak berbuka, tak ingat saya umur saya berapa ketika itu. Kami sekeluarga sedang menyediakan juadah berbuka. Ada yang sediakan lauk-pauk, sediakan nasi, sediakan kuih-muih, pinggan mangkuk dan saya ditugaskan untuk sediakan air. Time tu saya nak buat air blackcurrant ribena kalau tak silap. 

Time tu pukul 7.05 mlm. Waktu berbuka jam 7.15 mlm. Jadi ada 10 minit lagi untuk menunggu. Saya pon menyediakan air, saya kacau-kacau, godak-godak air tu, tetiba saya angkat senduk tu, saya hirup air tu, nak taw rasa air tu ok ke tak. Dah terbiasa buat. Kebetulan nenek yang sedang menyediakan lauk-pauk terperasan. Dia pun tanya, "ai mi, ko x puasa ker???". Saya terkejut dan terus berlari ke bilik. Nenek ketawa jek. Time tu saya pikir, "alamak, batal lah puasa aku....". Nenek saya panggil saya dan bertanya "memang tak teringat ker puasa???" saya pon jawab ya. Nenek pun bgtaw saya puasa saya dapat diteruskan. Yang menjadi bertambah lucu nenek tanya lagi, "sedap tak air tu????" saya pon jawab sedap tapi malu giler time tu. Hehehe...

Begitulah citer saya di ambang puasa yang lucu. Bak kata orang perkara yang lucu sukar dilupakan. Jadi anda pon mesti ada perkara yang lucu hendak disampaikan. Anda boleh layari link ini untuk berkongsi cerita di bulan Ramadhan ini. Wassalam...

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Aug 14, 2011

Renungan Ramadhan 4


Assalamu alaikum w.b.t,

Pada renungan Ramadhan yang lepas, telah saya ceritakan tentang sunat-sunat dalam bulan Ramadhan dan kelebihan sunat-sunat tersebut. Pada kali ini saya hendak berbincang mengenai perkara yang dilakukan dalam asolat tarawikh kita setiap hari semasa bulan Ramdhan.

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Di antara perkara yang menjadi syi’ar dalam bulan Ramadhan ialah solat sunat tarawih yang kita hadiri pada malam ini. Solat ini sangat besar pahalanya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah r.a. katanya:

Rasulullah s.a.w menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadhan, tetapi tidak mewajibkannya. Beliau bersabda: “Barangsiapa yang bangun pada malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu.”

Cukuplah bagi kita hadis Nabi s.a.w ini untuk menjadi perangsang kepada kita untuk solat tarawih. Baginda menganjurkannya sambil menjanjikan keampunan dari dosa-dosa yang telah lalu.

Saudara-saudari yang budiman,

Kita semua orang yang berdosa..., maka marilah kita merebut peluang untuk mendapatkan keampunan bagi dosa-dosa kita. 

Satu perkara yang harus diperhatikan ialah syarat yang diletakkan oleh Nabi s.aw untuk mendapat pengampunan dosa yang telah lalu ialah kita bangun bersolat dengan “imaanan wah tisaaban” yang diterjemahkan sebagai “iman dan mengharapkan keredhaan Allah”. Maknanya kita memastikan ketulusan iman, keikhlasan niat, penyerahan yang redha kepada Allah. Ia bermakna kita perlu berusaha meningkatkan kualiti tarawih kita.

Satu perkara yang sering menjadi bahan polemik mengenai tarawih ialah bilangan rakaatnya. Ada pula yang menimbulkan polemik lain; solat berseorangankah yang baik atau berjamaah? Sikap terbaik dalam hal ini ialah kita berlapang dada dengan perbezaan pendapat yang wujud ini tanpa memperkecilkan atau meremehkan salah satu pendapat yang lain. Polemik ini akan tidak berkesudahan kerana masing-masing mempunyai kekuatan hujjahnya masing-masing.

Apa yang penting ialah, pilihlah satu pendapat yang kita yakini hujjahnya dan berusahalah mencari jalan bagi mendapatkan solat tarawih yang paling berkualiti. Ini mungkin bermakna kita akan solat di surau berdekatan rumah kita atau kita terpaksa bersolat di masjid atau surau yang jauh dari rumah kita. Atau mungkin ia bermakna kita akan solat sendirian atau bersama keluarga di rumah.

Saudara-saudari yang budiman,

Apa yang perlu kita risaukan ialah bagaimana kualiti tarawih tersebut; tidak kira samada ianya 20 atau 8 rakaat, di masjid jauh atau di surau dekat, kita kerjakan berseorangan atau berjamaah. Pokoknya, solat tarawih yang mempunyai kualiti “imaanan wah tisaaban” bukan dibuat sekadar melepaskan batuk di tangga tetapi dengan perancangan yang sedar dan pemilihan yang teliti. 

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memasukkan kita di kalangan orang yang diredhai-Nya. Amin....

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Aug 12, 2011

Renungan Ramadhan 3

      
     Assalaamualaikum w.b.t

     Pada renungan Ramadhan yang kedua, saya telah menerangkan berkaitan bab taqwa. Pada kali ini saya hendak menyentuh sedikit berkaitan bab sunat puasa di bulan Ramadhan.

     Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

     Di antara sunat puasa yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam kini ialah bersahur. Bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“ Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.”
(hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

     Dalam hadis lain, Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para Malaikat-Nya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur”.
(hadis Riwayat Ahmad)

     Dan adalah disunatkan kita melewatkan sahur tersebut, seperti dinyatakan oleh ‘Amar bin Maimun mengenai para sahabat Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Para sahabat Nabi Muhammad (saw) itu adalah orang-orang yang paling bersegera berbukanya dan paling lambat bersahurnya”
(Riwayat Baihaqi)

     Di sana terdapat hikmah dan berkat yang besar dari sahur dan melewatkannya. Pertama, ia memberi kekuatan kepada yang berpuasa. Tetapi lebih besar ertinya pada kita ialah sahur memberi peluang untuk mendapat ucapan selawat dari Allah dan para malaikat.

     Bukan mudah untuk kita melayakkan diri menerima ucapan selawat daripada Pencipta dan Penguasa Alam dan para malaikat-Nya. Ini merupakan satu anugerah yang perlu direbut oleh setiap insan. Mengingatkan anugerah ini, pastinya tidak terlalu sukar untuk kita bangun esok pagi untuk bersahur.

     Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
     Satu lagi hikmah yang besar dari sahur yang lewat ialah ia akan memastikan kita berjaga di penghujung malam menjelang subuh; satu saat yang amat mustajab untuk berdo’a. Ambillah peluang bangunnya kita di waktu sahur untuk menunaikan dua rakaat solat tahajjud atau hajat dan berdo’alah kepada-Nya Yang Maha Mendengar.

     Di samping itu, bangunnya kita untuk bersahur menjelang subuh akan memastikan agar kita dapat solat subuh di awal waktunya; satu amalan yang amat disukai. 

     Menurut sebuah hadis dari Abu Mas’ud al-Ansari:

“Bahwa Rasulullah s.a.w melakukan solat subuh di saat kelam pada akhir malam (di awal waktu subuh), kemudian pada kali lain dilakukannya ketika hari mulai terang. Setelah itu solat tetap dilakukannya pada waktu gelap tersebut sehingga beliau wafat, dan tidak pernah lagi di waktu hari telah mulai terang.”
(riwayat Abu Daud dan Baihaqi)

     Di samping itu, berkesempatan pula kita bersolat sunat subuh yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w :

“Dua rakaat sunat subuh itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.”
(hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Tirmidhi dan an-Nisa’i)

     Oleh itu, kita tidak boleh memandang sahur hanya sekadar untuk makan menambah tenaga bagi menguatkan badan; mungkin tidak diperlukan jika seseorang merasakan dirinya telah kuat. Tetapi sahur adalah lebih dari itu; ia adalah satu sunnah; melakukannya memberi kita peluang mendapat selawat dari Allah dan para malaikat, peluang untuk berdo’a di saat yang mustajab, dapat solat subuh di awal waktu dan dapat pula bersolat sunat yang begitu besar ganjarannya.

     Semoga Allah mempermudahkan kita untuk istiqamah di atas sunnah Nabi-nya. 

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Aug 9, 2011

Renungan Ramadhan 2

 
     Asslaamualaikum w.b.t

     Pada hari yang lalu saya telah menerangkan berkenaan renungan ramadhan yang pertama, dan pada hari ini saya hendak menerangkan renungan Ramadhan yang kedua. Semoga dengan renungan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita serta amalan kita diberkati oleh Nya.

     Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

     Allah s.w.t berfirman, maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kami berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa".
(Surah al-Baqarah: 183)

     Ayat ini merupakan ayat yang menitahkan fardhu puasa pada tahun kedua hijrah. Di samping menyatakan kewajipan puasa, ayat ini juga menyatakan tujuan dari ibadah puasa kita “agar kamu bertaqwa”. Darjah taqwa ialah darjah tertinggi yang boleh dicapai oleh seorang hamba. Orang yang bertaqwa dijanjikan surga oleh Allah:

“Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya”
(Surah al-Qalam:34)

“Dan bersegeralah kepada keampunan dari Tuhan-mu dan syurga yang bidangnnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah ali-Imran: 133)

     Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

     Orang-orang yang bertaqwa akan memperolehi hidayah yang Allah turunkan di dalam al- Quran:

“Alif, Lam, Mim. Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan di dalamnya petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. “
(Surah al-Baqarah: 1-2)

     Orang-orang yang bertaqwa bukan sahaja mendapat kejayaan di akhirat bahkan layak mendapat bantuan Allah di dunia lagi. Firman Allah bermaksud:

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
(Surah at-Talaq: 2-3)

     Orang-orang bertaqwa merupakan orang yang paling mulia di sisi Allah:

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa dari kalangan kamu”
(Surah al-Hujurat: 13)

     Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

     Oleh itu, taqwa adalah darjat yang begitu tinggi, yang melayakkan seseorang menjadi orang paling mulia, dijanjikan syurga, diberikan hidayah dan keampunan serta diberikan bantuan sejak di dunia lagi. Pasti untuk memperolehinya agak sukar. 

     Namun kini peluangnya terbuka luas dengan tawaran istimewa dari Allah s.w.t. Janji Allah, jika kita berpuasa dengan sebenar puasa, pasti kita kan mencapai darjat taqwa. Marilah sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk memastikan agar puasa kita Ramadhan ini mampu melonjakkan kita ke darjat taqwa. Amin.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Aug 7, 2011

Renungan Ramadhan 1


Assalaamualaikum w.b.t

     Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya, kita dapat dipanjangkan usia untuk menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan pada tahun ini. Untuk pengetauan tuan2, puan2, makcik2, pakcik2, akak2, abang2 dan kawan2 sekalian, doa ini sering kita selalu dengar dan sering kita doakan :

"Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan".

     Kita juga patut bersyukur kerana malam ini kita dapat bersama-sama menjalankan ibadah solat tarawikh, salah satu sunnah yang amat dititik beratkan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga Allah memanjangkn umur kita bagi memperolehi segala keberkatan Ramadhan dan mengekalkan kita dengan iltizam dan komitmen pada solat tarawikh.

Saudara-saudari yang dirahmati oleh Allah s.w.t,

     Rasulullah s.a.w telah bersabda ketika menjelang Ramadhan yang bermaksud :

"Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan yang berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan. Dibulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya, sesungguhnya dia adalah orang yang rugi"
(Hadis riwayat Ahmad dan An-nasai)

     Demikian saudara dan saudari, bunyi pengumuman yang dibuat oleh Rasullullah s.a.w setiap menjelangnya Ramadhan.

     Pengumuman ini membayangkan bahawa kedatangan Ramadhan adalah satu peristiwa yang amat bermakna bagi mukmin. Puasa pada siang harinya adalah salah satu syi’arnya yang penting. Tetapi bukan itu sahaja yang terdapat di bulan ini. Adalah rugi kiranya kita terlepas dari mendapat manfaat dan keberkatan lain yang begitu banyak di dalamnya.

     Rasullullah s.a.w menegaskan bahawa Ramadhan bukan sahaja bulan kita berpuasa tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luas terbentang, jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada-tolok bandingnya.

     Nah.. jika begitu. Kita tanyakan diri kita pada malam pertama ini. Mahukah kita menerima tawaran dan pemberian Allah ini? Mahukah kita menjadi hamba-Nya yang mendapat keberkatan lailatul qadr yang lebih baik dari seribu bulan yang bersamaan lebih 83 tahun.. mungkin melampaui kadar umur kita?

     Sebaliknya ingatlah pesanan di hujung hadis tersebut:

“Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi”.

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

     Maka pada malam ini, marilah kita tetapkan niat kita untuk menimba sebanyak mungkin keberkatan di bulan Ramadhan. Pada malam ini, kita tingkatkan komitment kita untuk rakus dan haloba mencari pahala. Malam ini juga kita pasang janji kita untuk berlumba memanfaatkan masa yang begitu terhad untuk beramal dan beribadah. Pada malam ini kita bulatkan tekad untuk tidak tergolong ke dalam golongan yang rugi.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Aug 1, 2011

Ramadhan : Hadis Rasulullah S.A.W


Sabda Nabi S.A.W : 
"Diberi kepada umat ku 5 perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
  1. Bau mulutnya orang yang berpuasa lebih daripada harum kasturi di sisi Allah S.W.T.
  2. Segala perbelanjaan dan derita selama puasanya adalah syurga balasannya.
  3. Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
  4. Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan kepada sepuluh hingga tujuh ratus ganda, melainkan puasa ia bagi ku, aku balas kepadanya yang berpuasa menahan syahwatnya, makan minumnya kerana aku.
  5. Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat."

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA-

Jul 31, 2011

Puasa Di Bulan Ramadhan


Assalaamualaikum w.b.t
     Syukur ke hadrat ilahi yang mana kita akan menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini. Sebagai umat Islam, kita harus bersyukur dan buat yang terbaik dalam menghadapi bulan puasa ini. Baiklah, berlaku pada tarikh ini saya ingin mengupas serba sedikit berkenaan dengan puasa sebelum anda mengahadapi puasa di bulan mulia ini.

     Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

     Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

     Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.

     Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
  • Berakal/waras
  • Baligh (cukup umur)
  • Mampu/tidak uzur.
     Rukun puasa ada dua, iaitu:
  • Berniat pada malam harinya
  • Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.
Jadi untuk dibulan Ramadhan yang bakal diadakan tidak lama lagi, saya ingin menyatakan 
"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAHAN AL-MUBARAK"
kepada seluruh umat Islam di dunia ini.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-