Showing posts with label Tabiat Manusia. Show all posts
Showing posts with label Tabiat Manusia. Show all posts

Nov 10, 2011

Aku Bukan Muallaf

Assalaamualaikum w.b.t
     Apa khabar para pembaca blog sekalian. Diharap anda sihat dan sihat2 hari ini (jangan marah, hehehe..). Hari ini adalah hari di mana aku bangun awal pagi. Biasanya aku bangun jam 6.30 pagi, tapi hari aku bangun 5.45 pagi (ui…dasyat!!!!). Biasanya juga saya akan tidur semula selepas solat subuh tetapi hari ini saya tidak tidur kerana mandi pagi kot. Hehehe. Biasalah, saya ni x suka mandi pagi2, kalau t/hari tu memang saya perlu mandi. So, secara kesimpulan solat subuh n then tidur balik itu biasa tapi solat subuh n then x tidur2 LUAR BIASA!!!!!

     Baik lah, sebenarnya saya bukan nak cerita pasal bangun solat subuh tidur balik. Tapi saya nak berkongsi cerita perkara yang saya terfikir sejenak dan ingin disampaikan di dalam blog ini. Anda semua tahu tak yang kita sebenarnya telah ditetapkan oleh Allah s.w.t sebagai agama Islam. Jikalau kita berfikir sejenak sebelum roh kita masuk ke dalam rahim ibu kita, roh itu telah bersaksi bahawa “Tiada tuhan selain ALLAH dan MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH” kemudian barulah di tiup ke rahim ibu kita. Makna nya, sebelum kita lahir kita telah memeluk agama Islam.
     Cuma selepas dilahirkan kita akan menangis kerana hidup di dunia adalah sementara dan pelbagai dugaan dan cabaran besar yang perlu ditempuhi oleh nya. Bagi sesiapa umat Islam, kita beruntung dan bertuah kerana lahir-lahir je jadi masyarakat Islam. Itu pun ramai yang melakukan maksiat, syirik, tidak solat dan amal munkar nahi ma’ruf. Nauzubillah. That’s why ramai yang murtad kerana agama sebab mereka yang murtad tidak faham kenapa mereka memeluk agama Islam. Ini kerana mereka kurang didikan agama. Selain itu, mereka jadi murtad kerana duit. Ini kerana ramai golongan yang murtad hidup miskin tetapi menjadi kaya selepas murtad dan masuk agama Kristian. Berhati-hati dengan golongan ini.
     Bagi golongan yang bukan agama Islam, mereka adalah golongan yang terlepas tali yang berjuntai dan mereka tidak nampak tali itu lagi kerana kegelapan dalam diri iaitu iman. Jadi bila mana mereka ingin memeluk agama Islam, mereka bukan mualaf tetapi mereka adalah Islam yang baru sahaja nampak tali itu dan capai tali tersebut. Kenapa saya katakan begini wahai pembaca blog sekalian??? Kerana saya telah berbicara dengan seseorang yang sedemikian.
     Beliau saya berjumpa di sebuah KFC di Terminal Bas Selatan, Bandar Tasik Selatan (TBS, BTS) di mana saya bersama beliau dan rakan-rakan usahawan saya yang bakal menjadi JUTAWAN. Rakan saya bertanyakan bagaimana beliau change his religion. Beliau mula berbicara :
     “Semasa saya kecil dahulu, saya memang jenis open minded dan setiap kali parent saya lakukan agama Hindu saya asyik terfikir tentang perbuatan dan amalan dalam agama Hindu. Kebetulan saya menonton tv, dan kebetulan ada seruan azan dan saya tertanya-tanya lagi kenapa orang-orang itu berjalan keliling kotak hitam yang besar itu (Kaabah). Kemudian seperti ada orang berbisik kepada saya “kamu lihatlah ramai orang berjalan keliling kotak hitam itu, dengan kotak hitam itu beratus ribu orang datang dengan berpakaian putih”. Maka saya ingin tahu kenapa jadi begitu. Kemudian masa saya berusia belasan tahun, ketika saya menaiki bas tetiba datang seseorang kepada saya dan mengajak saya mengikutinya. Saya dengan selamba mengikut dia. Sampai rumahnya, dia bagi saya sebuah kita Bible dengan berkata “saya dapat firasat yang saya perlu beri kepada anda”. Jadi saya pun baca kitab itu sehingga waktu saya membaca kitab tersebut datang seorang Muslim berjumpa dengan saya. Beliau bertanya kepada kamu baca apa??. Saya hanya menjawab kitab Bible. Lantas Muslim itu membawa saya ke rumahnya dan memberi saya sebuah kitab Tafsir Al-Quran. Bila saya membaca, perasaan saya menjadi sejuk dan saya ingin memeluk Islam. Bila saya tiba di Pejabat Agama untuk menjadi Islam, ustaz di sana ingin kan saksi. Maka saya cakap tuan jadi saksi saya tetapi ustaz kata tidak boleh sebab perlu ikut protokol. Saya pun kata balik kepada dia “Baik, saya cari saksi tapi kalau saya mati, tuan akan bertanggungjawab atas kematian saya”, terdiam ustaz itu. Kemudian selepas saya ada saksi, saya mintak agar nama saya tidak diubah dan nama ayah saya tidak diubah. Akan tetapi ustaz sekali lagi kata tidak boleh kerana perlu ikut protokol. Saya pun ambil al-Quran dan tanya kepada ustaz surah mana, ayat mana, muka berapa yang mengatakan perlu tukar nama selepas masuk Islam. Terdiam sekali lagi ustaz itu dan beliau tidak ubah nama ayah saya. Dan if orang tanya saya mualaf ke, saya jawab saya bukan mualaf tetapi saya terlepas menjadi Islam”
      So, jadikan ini sebagai satu iktibar pada kita dan beliau ada tips untuk kita atasi menghadapi masalah iaitu sentiasa senyum di kala suka dan duka. Kerana beliau seorang sahaja yang beragama Islam dalam keluarga beliau. Lihatlah bertapa sukarnya beliau hadapi tetapi dengan hanya senyuman beliau boleh atasi masalah itu.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Oct 30, 2011

22 Sifat Buruk Bangsa Yahudi, Renung3 kan.....

Assalaamualaikum w.b.t
Hari ini saya nak bercerita sedikit mengenai golongan orang-orang yahudi dan perlu anda ketahui sifat-sifat golongan ini yang mana, sifat-sifat mereka ini tercatat didalam al-Quran al-Karim. So, ini ada lah sedikit yang dapat dikongsi dan ada banyak lagi ayat-ayat tersirat yang akan kita kupaskan. So, renung5 kan dan selamat memahami dan menghayati. Ini lah 22 sifat buruk golongan yahudi yang wajib kita ketahui :

1.Keras hati dan zalim (Al Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)

2.Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah S.W.T (Ali Imran:110; An-Nisa:55)

3.Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)

4.Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)

5.Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al Baqarah:75, 91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)

6.Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76, 101, 120, 146; Ali Imron:71)

7.Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)

8.Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)

9.Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran,membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)

10.Mencampuradukkan yang benar dan yang salah,yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)

11.Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada dibelakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)

12.Hati meraka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah S.W.T yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah: 88,120,145,146)

13.Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Allah dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)

14.Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)

15.Tidak suka,dengki,iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah :90,105,109,120)

16.Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)

17.Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah :100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)

18.Berlindung di sebalik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imron:72; An-Nisa:46)

19.Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)

20.Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)

21.Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)

22.Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)

Sumber : nizarazu.com

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Jun 28, 2011

11 Tabiat Lelaki Malas


Rumah bersepah, malas membasuh pakaian dan penampilan selekeh adalah perkara yang selalu dikaitkan dengan lelaki. Akan tetapi tidak semua lelaki yang pemalas. Ada yang rajin sangat, ada yang ikut mood, ada yang simple person, dan ada pemalas betol, Hehehe.... 

Sikap pemalas ini boleh dikatakan sifat semulajadi lelaki yang sentiasa mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak suka melakukan perkara yang remeh dan bersikap kewanitaan. 11 tabiat ini tidaklah semua pada lelaki itu, kerana ada yang menggemari tabiat ini dan ada yang tidak.

Malas Mencuci Pakaian

Jika kita melihat, rata-rata lelaki bujang zaman sekarang lebih senang menghantar pakaian kotor ke dobi. Tidak kurang juga yang membasuh pakaian sendiri tetapi hanya selepas persalinan bersih dalam almari berkurangan. Akan tetapi bagi yang sudah berkahwin, mereka akan kurang membasuh kerana teman disisi akan membantunya.

Bagi lelaki yang bujang, seeloknya pakaian tersebut perlu dicuci setiap 2 atau 3 hari sekali bagi mengelak bau yang kurang menyenagkan dan berkemungkinan menjadi sarang bakteria atau kuman. Ingat ye kaum lelaki, pada sesiapa yang malas mencuci pakaian sendiri, anda perlu ingat anda yang pakai pakaian itu, jadi anda wajib mencucinya.


Malas Mengemas Rumah

Percaya atau tidak, hampir kebanyakkan lelaki bujang tidak mengemas rumah mereka selama berbulan-bulan lamanya. Ini kerana mereka tidak mengambil kira mengenai kebersihan rumah kerana bagi mereka rumah hanya sebagai tempat untuk melelapkan mata sahaja.


Malas Mencuci Pinggan

Sebahagian lelaki suka meninggalkan pinggannya dirumah tanpa dibasuh. Berminggu-minggu dibiarkan hingga jikalau mereka hendak menggunakan pinggan, baru mereka akan basuh. Tetapi pinggan yang ingin dipakainya sahaja. Tidak cukup dengan itu, kadang kala sampah juga dibiarkan didalam rumah berminggu-minggu lamanya.

Untuk lelaki yang bersikap begini, seelokknya makan di luar atau menggunakan pinggan mangkuk pakai buang sahaja. Lebih ekstrem, ada sebahagian lelaki membuang pinggan kotor semata-mata malas membasuh dan beli yang baru di kemudian hari.


Malas Menggosok Baju

Saya pasti, rata-rata lelaki akan melakukan habit ini, pakai baju tanpa gosok. Mungkin kerana tidak cukup waktu kerana sudah terlambat atau memang malas hendak menggosok baju. Mana kan tidak, waktu malam lelaki suka pulang lewat dan terus tidur tanpa tukar pakaian.

Seharusnya, lelaki perlu mengambil sedikit masa dan ruang pada waktu malam atau cari masa lapang untuk menggosok kesemua baju yang perlu dipakai dalam masa seminggu. Secara tidak langsung, apa salahnya anda melakukan "senaman" dan mengeluarkan peluh sambil gosok baju, betul tak???


Malas Bercukur

Bukan menjadi masalah untuk tidak bercukur kerana ada yang beranggapan lelaki berjambang dan bermisai lebih menarik perhatian. Cuma perlulah jaga kebersihan diri dan jika ingin menyimpan jambang atau misai sekalipun, kemaslah sedikit agar menjadi lebih menarik perhatian.


Malas Menyikat Rambut

Jika suatu masa dahulu penjagaan rambut amat dititik beratkan dan rambut harus disikat rapi dan kemas. Namun kini rambut yang kusut atau rambut serabut adalah satu trend. Jadi, anda perlulah sesuai dengan diri dengan keadaan dan jangan terlalu kusut hingga merimaskan mata memandang.


Malas Hadir Ke Pejabat @ Kuliah

Sikap begini paling banyak dikesan dikalangan lelaki. Kadang-kala tiada sebab yang munasabah, ini kerana lelaki cukup malas untuk bergerak dan melakukan kerja di pejabat atau kuliah. Paling rajin pun jika ada mood. Ini perlu diatasi kerana setiap manusia perlu bekerja dan belajar. Tanam kan sikap dan perasaan untuk menuntut ilmu baru atau mengatasi prestasi kerjaya.


Malas Mencuci Kenderaan

Bagi lelaki yang ada bajet, mereka boleh mencuci kenderaan mereka di pusat mencuci kereta jika malas mencuci sendiri. Jika tidak ada, alamatnya tunggu hujan turun sahajalah yang dapat membersihkan kekotoran pada kenderaan mereka.

Jika anda inginkan kereta anda tahan lama, anda perlu membasuh kereta sendiri kecuali jika anda ada bajet untuk hantar ke kedai. Ini kerana jika kereta anda tidak dicuci, lama-kelamaan kereta anda akan luntur warnanya dan mudah berkarat.


Malas Menjaga Penampilan Diri

Walaupun kelihatan sepeti suatu rutin, namun ada perkara yang sering lelaki terlepas pandang. Dari segi penjagaan muka hingga kaki, ia seharusnya diambil kira oleh lelaki. Jangan malas untuk mencuci muka, memotong kuku dan memakai wangian. Walaupun nampak remeh dan sedikit kewanitaan, mereka perlu tahu wanita sukakan lelaki yang bersih.


Malas Membaca

Jika ikut perangkaan, wanita adalah golongan yang paling banyak membaca walaupun corak pembacaan agak berbeza dengan lelaki. Namun dari kecil hingga dewasa lelaki zaman sekarang adalah insan yang malas membaca, apatah lagi membeli bahan bacaan.

Perlu diingatkan, jika ingin berjaya dalam kehidupan kita perlu banyak membaca. Jika boleh, corak atau gaya pembacaan lelaki biarlah pelbagai. Akan tetapi ada sesetengah lelaki tidak perlu membaca kerana, hasil penumpuan dalam kuliah.


Malas Bangun Awal Pagi

Ini sememangnya tabiat lelaki yang suka bangun lewat pagi. Ini kerana, lelaki suka tidur lewat malam atau suka "over night". Kadang-kadang lepas subuh baru dia tidur hingga ke petang. Lelaki jika suka tidur, seolah-olah tidak mahu bangun selama-lamanya.

Apatah lagi jika perlu bangkit untuk kerja atau kuliah pagi. Apa yang dibayangkan mereka hanyalah soal kesesakan lalu lintas pada pagi hari selain malas bersiap-siap untuk keluar rumah. Ini menyebabkan mereka selalu lewat bekerja atau lewat ke kuliah.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA =)