Showing posts with label Percintaan. Show all posts
Showing posts with label Percintaan. Show all posts

Jun 24, 2011

10 Cara Memikat Lelaki


Kali ini saya ingin memberitahu tips-tips atau cara-cara untuk memikat lelaki yang anda cintai. Tips-tips ini khas untuk wanita yang belum mempunyai pasangan. Yang sudah berpasangan tu, jangan lah cuba memikat orang lain kerana hancur leburlah hati pasangan anda andai dia tahu anda membuat sedemikian. Jika anda hendak melakukan untuk pasangan anda tidak mengapa dan dialu-alukan. Semoga berjaya. Tips-tipsnya adalah seperti berikut :


Sentiasa Tersenyum dan Jangan Bersikap Sombong
Senyum adalah sedekah yang mana jika kita tersenyum, orang yang hendak marah perasaan marahnya akan hilang. Jadi apabila hendak berinteraksi atau berjalan-jalan dengan dia (lelaki), janganlah bersikap sombong. Nanti pasangan anda jadi boring nanti.


Pandai Memasak dan Tahu Masakan Kesukaan Pasangan Anda
Wanita yang pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda. Lebih-lebih lagi anda tahu masakan kesukaannya. Anda hantar makanan yang anda masak dan dia akan makan makanan anda. Semestinya, tak tidur malam pasangan anda.


Berpewatakan Menarik Yang Mampu Menarik Minatnya
Wanita haruslah mempunyai keperibadian yang tinggi, dan mempunyai kecantikan yang tersendiri. Jadi anda perlu tahu bagaimana menjadi seorang perwatakan menarik dan mampu menarik hatinya. Akan tetapi jangan hanya untuk memikat dia sahaja. Selepas itu, perwatakan anda kurang. Hentikannya, jangan anda lakukan seperti itu. Cari dan lakukan perwatakan menarik setiap hari agar anda menjadi kebiasaan.


Jujur dan Sentiasa Merendah Diri
Lumrah kehidupan, kita hendaklah sentiasa jujur dan merendah diri. Wanita yang suka berbohong boleh menjadi wanita bersifat talam dua muka. Kejujuran dalam percintaan pun amat penting. Ini adalah salah satu ciri-ciri yang amat disukai oleh lelaki. Sifat sombong dan riak perlulah dibuang dan selalu terima apa yang ada pada lelaki anda.


Lakukan Apa Yang Lelaki Anda Suka
Anda haruslah lakukan apa yang lelaki anda suka dan jangan sesekali lakukan apa yang lelaki anda tidak suka. Kecuali jika dia hendak anda lakukan perkara yang buruk, hingga menggadaikan maruah anda, lebih baik anda tinggalkan lelaki itu. Kerana dia hanya inginkan anda kerana nafsu semata-mata. Ingat, jaga hati lelaki anda dan jaga maruah anda.


Mempunyai Tingkah Laku Yang Baik dan Berlemah Lembut
Wanita harus menjaga tingkah laku dan berlemah lembut dalam apa jua situasi terutama ketika bertemu keluarga lelaki anda. Bila keluarga lelaki melihat anda berlemah lembut dan jaga tingkah laku, tentu sejuk hati mereka.


Bijak Menyesuaikan Diri Dalam Apa Jua Keadaan
Anda harus sesuaikan diri anda terutama ketika anda berada kawasan berlaku ketegangan antara keluarga. Elakkan diri dari menyimbah minyak ke api. Sebaliknya menabur pasir atau air untuk memadamkan api itu. Anda harus berfikir cara untuk meredakan keadaan dan situasi.


Jangan Terlalu Mengokong
Lelaki sukakan kebebasan dalam berkasih sayang. Anda tidak perlu mengokong lelaki anda. Ini kerana ia boleh menyebabkan lelaki anda berasa rimas. Berikan dia peluang untuk berasa bebas dan anda harus fikirkan di mana tempat yang terbaik untuk selesaikan masalah.


Gunakan Bahasa Tubuh Ketika Berinteraksi Dengannya
Mata dan tangan memainkan peranan penting ketika berinteraksi antara anda dan lelaki anda. Renungankan mata anda ke mata lelaki anda jika berkata sesuatu yang penting. Tangan dan badan anda perlu main peranan juga tetapi ada batas-batas nya.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA =)

Jun 22, 2011

7 Cara Untuk Memikat Wanita

 Kaum wanita sering melakukan kekeliruan kerana mereka sendiri keliru dengan apa yang mereka inginkan daripada lelaki. Tetapi selalunya mereka tahu apa yang mereka tidak mahu. Contohnya bila lelaki bertanyakan kepada wanita, lazimnya wanita itu akan berkata "Tak tahu, ikut suka you". Kemudian bila lelaki cadangakan sesuatu, mesti wanita akan berkata "Tak nak lah", "Tak mau lah" dan macam-macam alasan lain yang diberi.

Ini menyebabkan lelaki sering terperangkap dalam dilema ini kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk untuk menawan dan memikat serta menggembirakan hati wanita atau pasangannya. Sebenarnya untuk memikat wanita tidaklah sesukar mana. Jangan kelirukan diri anda (lelaki) dengan memikirkan perkara yang sukar. Ikutlah tips-tips yang mudah dibawah ini untuk memikat hati wanita anda, tidak sesukar yang anda sangkakan.

 
Jadilah Diri Anda Sendiri
Para lelaki selalu beranggapan bahawa untuk memikat hati wanita, perlu membuat mereka kagum kepada anda. Lebih-lebih lagi pada wanita yang cantik dan ayu. Sebagai contoh, anda tidak menjadi diri anda, sebaliknya menjadi lelaki yang anda rasa wanita suka. Tambahan lagi anda bertutur dengan sungguh sopan hingga anda menjadi bosan melakukan apa yang diharapkan oleh wanita seperti buka pintu kereta, tarik kerusi sebelum duduk dan lain-lain lagi. Kalau anda melakukan perkara semua ini secara biasa tidak mengapa, akan tetapi jika anda lakukan sekadar untuk membuat wanita itu terpikat dengan anda, HENTIKAN!!! Wanita lebih gemarkan lelaki yang ori dan bukan lelaki palsu dalam erti kata lain, lelaki yang jaga diri sendiri.


Kawal Keadaan
Mungkin anda rasakan jika wanita diberi 'kuasa' untuk mengawal keadaan, mereka akan suka. Jangkaan ini tidak tepat kerana wanita suka kepada lelaki yang pandai kawal keadaan dan tidak mengharapkan dirinya (wanita) itu. Wanita perlukan pendamping, dan pendampingnya adalah seorang lelaki. Selain itu, perlu pastikan wanita tersebut tahu yang anda adalah pilihannya dan bukan sebaliknya. Anda telah memilih dia dan dia harus gembira akan hakikat itu.
Bijak Meredakan Ketegangan
Wanita paling benci apabila berada dalam keadaan tegang. Apabila tidak sependapat atau berbincang tentang isu-isu hangat, jangan biarkan emosi memandu anda. Biarkan wanita anda dengan emosinya dan dia inginkan anda meredakan ketegangan yang ada. Isu-isu yang tidak selesai hanya akan menjadikan perasaan serba salah timbul dan akan berubah kepada perasaan yang lebih membahayakan. Tunjukkan kepadanya yang anda tidak terjebak dalam emosi yang boleh memusnahkan perhubungan. Jika anda pandai mengawal ketegangan, wanita itu akan tertarik pada anda.
Imej Nakal
Imej budak baik atau anak emak tidak popular dikalangan wanita kecuali dikalangan ibu bapanya. Wanita lebih tertarik kepada lelaki yang berimej nakal. Jangan anda berpakaian umpama nak pergi temuduga apabila berjumpa dengannya. Biar anda kelihatan pakaian biasa, selekeh sedikit tetapi seksi. Ini akan membuatkan renungan wanita anda meremangkan bulu romanya dan membuatkan dia rasa teruja dan suka berjalan dengan anda.


Selamba dan Selesa
Perasaan gementar, kalut, gelabah adalah perasaan yang tidak digemari oleh wanita. Wanita lebih menggemari orang lelaki yang selesa bersama dengannya, boleh berborak dengannya, berjenaka, berkongsi cerita dan mendengar masalahnya. Biarkan wanita itu yang gementar ketika ingin bertemu dengan anda. Apabila anda perasaan "cool" dan selesa bersamanya, anda akan digilai olehnya.

Jangan Gopoh
Apa-apa pun yang ingin anda lakukan, jangan lakukan dengan gelojoh atau terburu-buru. Relaks, ambil masa dan sabar. Buat-buat macam tidak terdesak langsung dalam hidup. Wanita tidak menggemari lelaki yang beriya-iya bagaikan tiada hari esok. Praktikkan kesabaran ini dalam semua aspek hidup anda, terutama sekali ketika makan.


Yakin
Tiada apa yang lebih menarik daripada seorang lelaki yang cukup yakin dengan dirinya. Elakkan terlebih yakin dan jangan pula anda teragak-agak atau tidak pasti dalam membuat keputusan. Contoh macam cerita diatas sekali.bila mana wanita anda menyatakan "Tak tahu, ikut suka you" anda perlu memberi pandangan tempat dengan yakin sehingga pasangan anda berkata "Ok, jom". Jika dia berkata "Tak nak lah" maknanya dia tidak yakin dengan pilihan anda. Jadi, keyakinan adalah penting kerana ia menjadikan semua orang berasa yakin dengan anda.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA =)