Showing posts with label Petua dan Tips. Show all posts
Showing posts with label Petua dan Tips. Show all posts

Nov 10, 2011

Aku Bukan Muallaf

Assalaamualaikum w.b.t
     Apa khabar para pembaca blog sekalian. Diharap anda sihat dan sihat2 hari ini (jangan marah, hehehe..). Hari ini adalah hari di mana aku bangun awal pagi. Biasanya aku bangun jam 6.30 pagi, tapi hari aku bangun 5.45 pagi (ui…dasyat!!!!). Biasanya juga saya akan tidur semula selepas solat subuh tetapi hari ini saya tidak tidur kerana mandi pagi kot. Hehehe. Biasalah, saya ni x suka mandi pagi2, kalau t/hari tu memang saya perlu mandi. So, secara kesimpulan solat subuh n then tidur balik itu biasa tapi solat subuh n then x tidur2 LUAR BIASA!!!!!

     Baik lah, sebenarnya saya bukan nak cerita pasal bangun solat subuh tidur balik. Tapi saya nak berkongsi cerita perkara yang saya terfikir sejenak dan ingin disampaikan di dalam blog ini. Anda semua tahu tak yang kita sebenarnya telah ditetapkan oleh Allah s.w.t sebagai agama Islam. Jikalau kita berfikir sejenak sebelum roh kita masuk ke dalam rahim ibu kita, roh itu telah bersaksi bahawa “Tiada tuhan selain ALLAH dan MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH” kemudian barulah di tiup ke rahim ibu kita. Makna nya, sebelum kita lahir kita telah memeluk agama Islam.
     Cuma selepas dilahirkan kita akan menangis kerana hidup di dunia adalah sementara dan pelbagai dugaan dan cabaran besar yang perlu ditempuhi oleh nya. Bagi sesiapa umat Islam, kita beruntung dan bertuah kerana lahir-lahir je jadi masyarakat Islam. Itu pun ramai yang melakukan maksiat, syirik, tidak solat dan amal munkar nahi ma’ruf. Nauzubillah. That’s why ramai yang murtad kerana agama sebab mereka yang murtad tidak faham kenapa mereka memeluk agama Islam. Ini kerana mereka kurang didikan agama. Selain itu, mereka jadi murtad kerana duit. Ini kerana ramai golongan yang murtad hidup miskin tetapi menjadi kaya selepas murtad dan masuk agama Kristian. Berhati-hati dengan golongan ini.
     Bagi golongan yang bukan agama Islam, mereka adalah golongan yang terlepas tali yang berjuntai dan mereka tidak nampak tali itu lagi kerana kegelapan dalam diri iaitu iman. Jadi bila mana mereka ingin memeluk agama Islam, mereka bukan mualaf tetapi mereka adalah Islam yang baru sahaja nampak tali itu dan capai tali tersebut. Kenapa saya katakan begini wahai pembaca blog sekalian??? Kerana saya telah berbicara dengan seseorang yang sedemikian.
     Beliau saya berjumpa di sebuah KFC di Terminal Bas Selatan, Bandar Tasik Selatan (TBS, BTS) di mana saya bersama beliau dan rakan-rakan usahawan saya yang bakal menjadi JUTAWAN. Rakan saya bertanyakan bagaimana beliau change his religion. Beliau mula berbicara :
     “Semasa saya kecil dahulu, saya memang jenis open minded dan setiap kali parent saya lakukan agama Hindu saya asyik terfikir tentang perbuatan dan amalan dalam agama Hindu. Kebetulan saya menonton tv, dan kebetulan ada seruan azan dan saya tertanya-tanya lagi kenapa orang-orang itu berjalan keliling kotak hitam yang besar itu (Kaabah). Kemudian seperti ada orang berbisik kepada saya “kamu lihatlah ramai orang berjalan keliling kotak hitam itu, dengan kotak hitam itu beratus ribu orang datang dengan berpakaian putih”. Maka saya ingin tahu kenapa jadi begitu. Kemudian masa saya berusia belasan tahun, ketika saya menaiki bas tetiba datang seseorang kepada saya dan mengajak saya mengikutinya. Saya dengan selamba mengikut dia. Sampai rumahnya, dia bagi saya sebuah kita Bible dengan berkata “saya dapat firasat yang saya perlu beri kepada anda”. Jadi saya pun baca kitab itu sehingga waktu saya membaca kitab tersebut datang seorang Muslim berjumpa dengan saya. Beliau bertanya kepada kamu baca apa??. Saya hanya menjawab kitab Bible. Lantas Muslim itu membawa saya ke rumahnya dan memberi saya sebuah kitab Tafsir Al-Quran. Bila saya membaca, perasaan saya menjadi sejuk dan saya ingin memeluk Islam. Bila saya tiba di Pejabat Agama untuk menjadi Islam, ustaz di sana ingin kan saksi. Maka saya cakap tuan jadi saksi saya tetapi ustaz kata tidak boleh sebab perlu ikut protokol. Saya pun kata balik kepada dia “Baik, saya cari saksi tapi kalau saya mati, tuan akan bertanggungjawab atas kematian saya”, terdiam ustaz itu. Kemudian selepas saya ada saksi, saya mintak agar nama saya tidak diubah dan nama ayah saya tidak diubah. Akan tetapi ustaz sekali lagi kata tidak boleh kerana perlu ikut protokol. Saya pun ambil al-Quran dan tanya kepada ustaz surah mana, ayat mana, muka berapa yang mengatakan perlu tukar nama selepas masuk Islam. Terdiam sekali lagi ustaz itu dan beliau tidak ubah nama ayah saya. Dan if orang tanya saya mualaf ke, saya jawab saya bukan mualaf tetapi saya terlepas menjadi Islam”
      So, jadikan ini sebagai satu iktibar pada kita dan beliau ada tips untuk kita atasi menghadapi masalah iaitu sentiasa senyum di kala suka dan duka. Kerana beliau seorang sahaja yang beragama Islam dalam keluarga beliau. Lihatlah bertapa sukarnya beliau hadapi tetapi dengan hanya senyuman beliau boleh atasi masalah itu.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Jul 27, 2011

Petua Menghalau Semut


     Satu jenis serangga yang ada di mana-mana adalah semut. Seperti mana yang kita tahu, semut amat mudah tertarik di tempat hidangan makanan terutama pada yang manis seperti gula, kuih-muih, manisan, gula-gula dan sebagainya. Akan tetapi jika kita silap menghalau semut ini, kita pula yang akan digigitnya.
Menghalau Semut Dalam Bekas @ Balang Gula.
     Jika ada sejumlah semut di dalam bekas gula, untuk menghalaunya cuba petua ini. Letakkan sebilah pisau dibawah bekas atau balang gula yang dikerumuni oleh semut tersebut. Biarkan beberapa minit dan semut-semut itu akan kelihatan berkumpul di satu tempat. Jadi, anda boleh membuang semut-semut tersebut dengan mudah.

Melindungi Bekas @ Balang Gula Daripada Semut.
     Untuk melindunginya, cubalah ikuti petua ini :
1. Ambil seutas tali atau kain perca. Lumurkan dengan minyak kelapa. Kemudian ikat atau lilitkan tali atau kain perca itu tadi disekeliling balang atau bekas gula. Insyaallah, semut tidak akan merayap masuk dalam balang atau bekas gula itu lagi.
2. Letakkan sekurang-kurangnya 3 biji bunga cengkih ke dalam bekas gula. Bunga cengkih dikatakan mampu menghindari semut dan juga menambahkan bau harum pada gula yang disimpan.

Mengelakkan Semut Panjat Ke Meja Hidang Makanan.
     Untuk mengelakkannya, cubalah ikuti petua ini :
Sediakan tali atau kain perca yang telah dilumur dengan minyak kelapa atau minyak masak. Lilitkan tali atau kain perca tersebut pada kaki  meja itu. Ia juga boleh dilakukan pada almari, rak, dan perabot-perabot yang seangkatan dengannya. Insyaallah, meja makan anda tidak akan lagi dihinggapi oleh semut.

Selamat mencuba......

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA. (-@_@-)

Jul 19, 2011

Tips Mengelak Suami Isteri "Perang Besar"

    Pertengkaran suami isteri memang sesuatu yang menyakitkan, lebih-lebih lagi ianya berlangsung dalam tempoh yang lama, di depan anak-anak, keluarga dan tempat terbuka. Walaupun kita sedaya upaya menghindarinya namun ada kalanya hal-hal yang kecil juga penyebab "perang dunia". Bagaimanapun pertengkaran yang berlaku sekali dua kira ok lah, pertengkarang yang berlaku terlalu kerap akan membosankan. Perlu diingat bahawa pertengkaran tidak boleh main serang saja, ikutilah enri ini seterusnya,

1) Jangan mengungkit sakit hati yang lalu
 
     Perkara ini memang selalu berlaku, kalau perasan contoh ayat berikut, "abang memang suka sakitkan hati saya, dulu abang kecewakan saya, sekarang......" Perkara yang lepas biarkan ia berlalu, jangan diungkit lagi iannya menyakitkan hati, dah lah luka di hati dah sembuh tapi masih berparut. Bila diungkit jawabnya tak pernah selesailah masala rumah tangga tu, cuba fokuskan masalah yang terkini, yang lepas tu masing-masin sepakat kira selesai "dah" topik tu.

2) Dengar dengan baik kata-kata pasangan
 
     Memang jarang pasangan yang boleh menunggu "giliran" semasa pasangan sedang bercakap semasa bertengkar. Ini tidak... bila pasangan sedang cakap, dia pun nak bercakap juga, masa ini apa yang nak disampaikan/dijelaskan ibarat mencurahkan air ke daun keladi @ masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, kira bernasib baiklah "tidak berlaku masuk pintu depan keluar ikut pintu belakang @ tingkap" Kesabaran untuk dengar sebelah pihak adalah penting, selesai sahaja pasangan bercakap barulah boleh luahkan/terangkan keadaan apa yang ingin disuarakan. Apabila kedua-dua pihak sudah saling dengar mendengar barulah masalah boleh diatasi.

3) Rehat seketika jika keadaan makin tegang
 
     Kedua-dua pihak harus memainkan peranan dengan salah seorang harus berhenti sementara mendapat pandangan baru. Cuba larikan diri seketika, bukan dengan cara keluar rumah dengan hati yang marah, salah tuu... memadai dengan masuk bilik berbaring atau lebih baik ambil air wuduk dan terus sembahyang untuk tenangkan jiwa dan meminta masalah diselesaikan dengan hidayatNya.

4) Cari persamaan
 
     Apa yang harus anda lakukan adalah mencari persamaan, kesepakatan, sama-sama bersetuju dengan apa yang dicari, anda harus mengakui apa yang digaduhkan tadi adalah disebabkan perkala kecil. Dengan cara ini maka pertengaran yang tercetus akan cepat berakhir dan menjadi pertengaran yang "berkualiti/profesional"

5) Ambil iktibar dan pengajaran dari pertengaran yang baru berlaku
 
     Setiap pertengakaran yang berlaku pasti akan memberi pengajaran buat masing-masing.  Anda akan dapat belajar satu perkara baru tentang pasangan anda, ini membuatkan anda dan pasangan anda lebih faham memahami antara satu sama lain. Oleh yang demikan, apabila pertengkarang telah selesai janganlah dibiarkan berlalu bergitu sahaja, ambillah pengajaran keatas pertengkarang yang baru saja berlaku. Ajaklah pasangan untuk mengambil iktibar supaya anda tidak mengulanginya lagi.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA ^_^

Jul 8, 2011

Petua Menjaga Muka Untuk Lelaki


PENGENALAN
Masih ramai lelaki di Malaysia kurang peka terhadap peka terhadapa penjagaan muka. Malah ada juga yang keliru dengan masalah kulit yang dihadapi. Masalah kulit seperti jerawat yang dihadapi ramai remaja, kulit berminyak dan kering, pigmentasi dan penuaan jika tidak dikawal akan memburukkan lagi keadaan kulit wajah
.
Sebelum anda (lelaki) melakukan sesuatu di muka anda, adalah amat penting bagi anda untuk mengetahui serta memahami jenis kulit wajah sebelum melakukan sesuatu rawatan atau menggunakan produk yang bersesuaian. Ini kerana rawatan dan penjagaan wajah adalah berbeza mengikut jenis kulit seseorang. Dengan memahami panduan ini akan memudahkan lagi anda melakukan rawatan. Sambil itu padatkan nasihat daripada pakar.

PERBEZAAN KULIT LELAKI DAN WANITA
Lelaki mempunyai kulit yang tebal disebabkan lapisan kalogen yang lebih tebal dan epidermis atau sel yang lebih banyak berbanding wanita. Peningkatan hormon testosteron menyebabkan kulit lelaki lebih berminyak dari kulit wanita.

TIPS MENJAGA MUKA LELAKI
1. Cuci wajah dengan betul menggunakan pembersih wajah yang menggunakan exfoliants lembut.  Pilihlah produk pembersih wajah yang bebas haruman. Gunakan kain yang bersih dan khas untuk lap muka anda.
2. Gunakan penyegar dan pelembap selepas wajah dibersihkan. Gunakan krim pelindung matahari untuk melindungi kulit dari kesan cahaya matahari.
3. Ramai lelaki menganggap penggunaa masker hanya untuk wanita. Anda silap, kerana penggunaan masker juga boleh dilakukan lelaki. Ia difokuskan untuk menyegarkan, memperbaiki dan menegangkan kulit. Selain itu, ia juga baik untuk kelancaran peredaran darah dan merangsang proses pertumbuhan sel kulit.
4. Untuk mengetahuan anda, kulit lelaki lebih tebal. Maka proses tindak balas produk penjagaan terhadap kulit wajah adalah lambat. Walaubagaimanapun, cara penyerapan dan pemakaiannya adalah sama.
5. Pastikan bahan pembersih wajah tidak mengandungi bahan tiruan. Pastikan tahap PH adalah normal (PH 5.5)
6. Lakukan pembersihan muka anda minimum 2 kali sehari iaitu diwaktu mandi pagi dan sebelum tidur malam.

Selamat mencuba..... 

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA ^_^

Jul 6, 2011

Petua Menghilangkan Panau


Ada 10 cara yang boleh diusahakan untuk menghilangkan panau iaitu :
1. Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Kemudian, sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau. Ketika mengamalkan petua ini hendaklah tidak memakan sebarang lengkuas.

2. Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian yang terkena panau.

3. Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan asam jawa dan sedikit beras. Kemudian tampalkan ramuan pada kulit berpanau. Lakukan setiap hari sehingga panau tersebut hilang.

4. Tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan pada tompok-tompok panau. Lakukan beberapa kali. Untuk lebih mempercepatkan kesannya, elakkan mengambil makanan yang menggunakan lengkuas.

5. Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Kemudian, gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau. Amalkan setiap hari sehingga panau itu hilang.

6. Tumbuk lumat beberapa helai daun gelenggang. Kemudian, sapu dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci bersih. Amalkan selalu sehinga panau hilang.

7. Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian yang berpanau. Amalkan berulang kali sehinga berhasil.

8. Tenyehkan @ tonyohkan pucuk lada pada kulit yang berpanau sambil berselawat. Amalkan selallu.

9. Tumbuk 2 ulas bawang putih dan sedikit halia. Sapukan pada bahagian yang berpanau. Lihatlah hasil nya dalam beberapa hari.

10. Tumbuk halia sebesar ibu jari hingga lumat. Tempelkan halia ke bahagian kulit yang berpanau selama 15  hingga 20 minit. Amalkan selalu.

Kalau petua ini serasi dengan anda, mudah-mudahan nanti badan ada bebaslah dari masalah panau.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA ^_^

Jul 3, 2011

Tips Untuk Lulus Temu Duga di Sektor Swasta (Siri 1)


Kita mahu kerja di perusahaan bukan semata-mata bijak di akal sahaja tetapi juga di hati dan tingkah laku. Justeru, bagi mereka yang bergraduasi dengan PNGK cukup-cukup makan, sila ikuti tip-tip ini untuk menonjol di mata penemu duga hinggakan dia akan berbisisk kepada dirinya sendiri, "Pensyarah budak ni salah menilai agaknya". Tidakkah anda mahukan sebegini.
Terdapat 4 tips yang perlu anda ikuti, akan tetapi saya akan menulis tips 1 dan 2 dahulu kerana saya ingin mahukan anda lakukan tips ini dahulu. Jika sudah selesai, anda boleh ikuti tips 3 dan 4 selepas ini.

Tips Pertama : TUJUAN

Sebagai orang Islam, kita mesti tahu perkara utama yang perlu ada sebelum kita melakukan sesuatu perkara iaitu NIAT.

NIAT anda mencari kerja mestilah betul, agar keseluruhan acara bekerja diberkati oleh Allah s.w.t yang setiap saat memerhatikan kita dari atas sana. Kerja itu adalah ibadat bukan???

Jadi, pastikan anda bekerja kerana Allah s.w.t. Kalau bekerja kerana mak ayah, sudah pasti akan muncul dalam imaginasi kita gambaran kita memberi wang RM500 sebulan kepada mereka.

Akan tetapi jikalau bekerja untuk Allah s.w.t bagaimana???

Ya, untuk menambah baik masyarakat sekeliling dan semuanya, orang kata "add value". Kita bekerja untuk membolehkan diri kita menyahut saranan Allah s.w.t untuk add value dalam umat manusia, bermula dengan add value dalam keluarga (keturunan), kejiranan, kampung, negeri, negara dan dunia.

Allah s.w.t menyuruh kita membuat kebaikan, memberi makan pada orang miskin dan anak yatim, bantu-membantu, mengeluarkan zakat, bersedekah dan menyampaikan ilmu.

Ini semua kita tidak dapat dilakukan kalau tidak ada duit. Nak dapatkan duit kene bekerja. Jadi, niat dan bekerja lah kerana Allah s.w.t.

Tips Kedua : PERSEDIAAN

Terdapat 6 perkara-perkara persediaan yang anda harus lakukan iaitu : 

1. Berfikiran Positif

Sekiranya kita mengakui kita memang jenis manusia bercas positif, maka di hari temu duga kita pasti akan positif di tahap maksimum. Dalam masa mencari kerja (menganggur), buatlah perkara-perkara yang anda selesa dan bagus pada anda (good at it). Makan makanan yang anda suka dan nikmati setiap detik "bercuti" dengan kawan-kawan dan keluarga. Do not over confidence, just...SMART.

2. Study Menyeluruh
Sekarang sumber informasi banyak, jadi pastikan sebelum ke bilik temu duga sesebuah syarikat, anda sudah tahu sebanyak mungkin maklumat-maklumat berkenaan syarikat tersebut. Paling tidak, hal semasa dan asas perniagaan, lingkungan produknya dan cawangannya.

Contohnya, kalau ke bilik temu duga Proton dan penemu duga menyebut tentang hal semasa Proton seperti, "Lately our company is having a great discussion about engaging partnership with Volkswagen, what do you think about this issue?". Setelah itu anda menjawab, "Oh, really? I actually don't really know that". Itu memang anda menggali kubur sendiri.

Selain itu, study juga lokasi temu duga (termasuk aliran trafik waktu puncak) sehari sebelum sesi untuk temu duga dan datang 30 minit lebih awal nanti. Ini adalah untuk mengelakkan anda sesat jalan. Ingat tu!!!

3. Berlatih

Cakap depan cermin dan lihat bahagian mana yang perlu anda perbaiki. Gaya tangan, nada suara atau leher. Manalah tahu nak speaking punya susah sampai tergeliat leher....Hehe. Boleh juga ajak kawan untuk konon-konon kawan anda jadi si penemu duga.

4. Resume
Resume mesti ringkas dan padat, paling tidak dua muka surat. Kemudian, semua item dalam resume akan menjadi modal bagi penemu duga untuk bertanyakan soalan. Boleh lihat nanti bila dia nak tanya soalan, dia akan belek-belek resume anda dengan muka tidak percaya. Jadi, pastikan semua butiran dalam resume itu anda tahu keseluruhan cerutanya. Bawa back up dokumen. Kalau dalam resume kita menyatakan tentang projek akhir tahun, bawa laporannya.

5. Sekufu
Sekiranya anda mahu cepat dapat kerja, aim dulu company yang sekufu dengan PNGK anda. Kalau grad 2.33 dalam bidang kejuruteraan Makanikal, mahu target Shell atau Slumberger memang susahlah bang @ akak. So, cari syarikat swasta biasa-biasa dulu. Sama ada syarikat tersebut kene dengan cita rasa anda atau tidak, tidak kisah. Apa yang penting...KERJASAMA...hehehe (gurau). Apa yang penting ialah cari pengalaman pertama bekerja. Selepas ada pengalaman setahun dua, kalau rasa nak demand, silakan.

6. Pakaian
Bagi jawatan yang eksekutif seperti eksekutif pentadbiran, arkitek, jurutera planner dan lain-lain : lelaki pakaian kemeja warna cerah, seluar panjang + gelap, kasut hitam, rambut pendek (kalau boleh buat stail 'Carlo Ancelotti') dan kenakan tali leher (warna biar waras, jangan ada gambar atau pakai klip Doremon pula). Bagi si gadis yang comel molek, saya rasa tak perlu komen lebih sebab anda semua lebih expert bab pakaian bukan? Pemakaian tidak ada kompromi. Jatuh cinta tahu pula pandang pertama ye....Jadi, jangan tak tahu perkara itu juga boleh berlaku di bilik temu duga. First impression bukan perkara main-main.


Sampai ini sahaja saya menulis. Laksanakan dahulu tips diatas. Tips selanjutnya akan saya beri di hari lain dan waktu yer....hehehe.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA ^_^

Jul 2, 2011

Petua Orang Lama Untuk Wanita


Pepatah mengatakan "orang lama makan garam dulu dari orang sekarang". Jadi saya ingin menyatakan petua orang lama kepada kaum wanita. Ini terbukti kepada ibuku, adik-beradikku dan kawan-kawanku yang perempuan. Jadi terdapat 15 petua untuk kaum hawa iaitu : 

1. Terlalu Lama Berdiri - Merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina akan sentiasa basah.

2. Terlalu Lama Duduk - Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua dan tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu Lama Berjalan - Merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak tentu masa.

4. Terlalu Lama Melihat - Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.

5. Terlalu Banyak Tidur - Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat serta mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu Riang @ Gembira - Merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu Kerap Marah - Merosakkan hati dan cepat kelihatan tua.

8. Terlalu Banyak Berfikir - Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menetu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu Banyak Bersedih - Merosakkan jantung.

10. Terlalu Merana - Merosakkan paru-paru.

11. Terlalu Takut - Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu Kerap Terkejut - Merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid tidak menetu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu Banyak Makan - Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk pauk @ makanan yang dimakan, semakin terjejas dan kebersihan liang vagina)

14. Terlalu Banyak Minum Minuman Berais - Merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan tidak kelihatan awet muda.

15. Terlalu Banyak Masa Lapang - Merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak bakal menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti yang positif.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA ^_^

Jul 1, 2011

10 Makanan Yang Baik Untuk Jantung


Jantung merupakan organ penting manusia. Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita. Terdapat 10 makanan yang terbaik supaya jantung kita menjadi sihat iaitu :

1. Makanan Beroat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya dengan asid lemak Omega 3, folat dan kalium. Selain itu, ia kaya dengan serat yang membantu menurunkan kadar kolestrol yang jahat (LDL) dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.

2. Ikan Salmon
Ikan ini kaya dengan asid lemak Omega 3 dan efektif menurunkan tekanan darah serta mencegah pembekuan darah. Makanlah 2 keping salmon dalam seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat sakit jantung hingga 33 peratus.

Menurut Stephen T. Sinatra; MD; penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks; health.com, beliau berkata :

"Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antitoksida yang kuat"

3. Avocado
Ia dapat menambahkan lemak sihat ke dalam makanan anda. Makanan yang kaya dengan lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolestrol yang jahat (LDL) dan meningkatkan kadar kolestrol yang baik (LHD) dalam tubuh badan kita.

Menurut Stephen T. Sinatra lagi : 

"Avokado sangat baik. Makanan ini memungkinkan penyerapan karotenoid lain, khususnya betakaroten dan lycopene yang sangat penting untuk kesihatan jantung"

4. Minyak Zaitun
Ia kaya dengan lemak tunggal tidak tepu. Ia adalah pengganti baik bagi mentega.

5. Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond.

6. Berries
Blueberries, raspberries, strawberries dan jenis berries lainnya kaya dengan radangan. Semua ini berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.

7. Kacang Peas
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.

8. Bayam
Bayam kaya dengan pelbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.

9. Biji Rami (Linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan Omega 6. Biasanya pengambilan biji rami ini dicampurkan dengan oatmeal.

10. Kacang Soya
Kacang soya ini membantu menurunkan kadar kolestrol karena rendah lemak.

Semoga dengan tip-tip ringkas ini dapat memberi panduan berguna menjaga kesihatan diri kita. Insyaallah....


** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA ^_^

Jun 30, 2011

Khasiat Buah Kismis


Anda mungkin ingat pesanan orang-orang tua atau ibu tentang makanan yang harus diambil jika ingin pintar dalam pelajaran? Tentulah kismis. Menjelang peperiksaan inilah satu-satunya diet yang kerap diberi oleh ibu. 

Terdapat 2 persoalan yang timbul iaitu pertama adakah dakwaan kismis dan kaitan ketajaman minda benar atau ia sekadar mitos? Ini kerana jarang sekali ibu bapa atau orang-orang tua dapat beri penjelasan lanjut kenapa kismis baik untuk minda.

Kedua, adakah kebaikan kismis hanya sekadar menyumbang kepada manfaat minda semata-mata? Kismis atau dipanggil raisin dalam bahasa Inggeris atau zabib dalam bahasa Arab. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : 

"Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih"

Jadi, apakah rahsia sebenar kismis sehingga ia mendapat tempat sejak ratusan tahun dahulu? Segala persoalan ini akan dihuraikan dibawah ini.

Kismis sebenarnya berasal daripada buah anggur yang menjalani proses penyahidratan sama ada menggunakan matahari atau menggunakan ketuhar. Terdapat beberapa jenis kismis yang popular seperti sultana, malaga, monukka dan muscat.

Akibat proses itu, menyebabkan saiz kismis menjadi lebih kecil iaitu hanya separuh duit syiling lima sen. Dalam satu penulisan di majalah Today Dietitian mengungkapkan kismis sebagai gula-gula asli dan semulajadi. Cuba anda fikir kenapa ia jadi begitu??? Tak perlu anda fikir kerana saya dah temui jawapannya. Hehehe...

Kismis adalah salah satu daripada buah kering yang paling kaya dengan nutrisi di dunia. Kismis bebas kolestrol, rendah sodium dan bebas lemak. Ia menawarkan nutrisi yang diperlukan tubuh termasuk vitamin, mineral, zat besi, serat dan kalsium. Ia juga mengandungi kadar gula yang tinggi.

Jika begitu, tidakkah kismis boleh membahayakan kesihatan? Kismis sememangnya mengandungi kadar gula yang tinggi tetapi gula tersebut adalah gula fruktosa dan gula tersebut adalah gula semulajadi yang dipanggil gula ringkas. Ia mudah di proses untuk menjadi tenaga.

Walaupun kering, kismis diketegorikan sebagai salah satu buah-buahan yang kaya dengan antioksida selain prun dan aprikot. Oleh itu, kismis turut berfungi sebagai agen untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas. Snek ini menawarkan pelbagai khasiat lain termasuklah sumber tenaga, tulang yang sihat bagi wanita, kesihatan gigi dan memperbaiki daya penglihatan.

Khasiat Kismis :

Menajam minda : Gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi  dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti banyak dan cepat.

Antioksida : Kajian mendapati fenol yang terdapat dalam kismis adalah antara sumber yang membolehkan ia diketegorikan sebagai antioksida. Antioksida ini akan melindungi tubuh daripada radikal bebas selain menjaga kesihatan kulit.

Gigi sihat : Jangan membiarkan kemanisan dan rasa melekit kismis menipu anda. Kismis tidak menyebabkan kaviti dan penyakit gusi, bahkan mempromosi gigi yang sihat kerana ia mengandungi asid oleanolik. Asid ini sangat efektif dalam membunuh bakteria.

Oleh itu, kismis adalah salah satu altenatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan harian pada anak-anak. Justeru, anda perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian  tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda yang bermaksud ;

"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kemtian"

Insyaallah, kebaikan kismis terbaik buat semua. Saya harap anda dapat temui jawapan mengenai soalan-soalan diatas.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA =)