Jul 6, 2011

Petua Menghilangkan Panau


Ada 10 cara yang boleh diusahakan untuk menghilangkan panau iaitu :
1. Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Kemudian, sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau. Ketika mengamalkan petua ini hendaklah tidak memakan sebarang lengkuas.

2. Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian yang terkena panau.

3. Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan asam jawa dan sedikit beras. Kemudian tampalkan ramuan pada kulit berpanau. Lakukan setiap hari sehingga panau tersebut hilang.

4. Tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan pada tompok-tompok panau. Lakukan beberapa kali. Untuk lebih mempercepatkan kesannya, elakkan mengambil makanan yang menggunakan lengkuas.

5. Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Kemudian, gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau. Amalkan setiap hari sehingga panau itu hilang.

6. Tumbuk lumat beberapa helai daun gelenggang. Kemudian, sapu dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci bersih. Amalkan selalu sehinga panau hilang.

7. Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian yang berpanau. Amalkan berulang kali sehinga berhasil.

8. Tenyehkan @ tonyohkan pucuk lada pada kulit yang berpanau sambil berselawat. Amalkan selallu.

9. Tumbuk 2 ulas bawang putih dan sedikit halia. Sapukan pada bahagian yang berpanau. Lihatlah hasil nya dalam beberapa hari.

10. Tumbuk halia sebesar ibu jari hingga lumat. Tempelkan halia ke bahagian kulit yang berpanau selama 15  hingga 20 minit. Amalkan selalu.

Kalau petua ini serasi dengan anda, mudah-mudahan nanti badan ada bebaslah dari masalah panau.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA ^_^

No comments:

Post a Comment