Jul 4, 2011

10 Pesanan Berguna Untuk Kehidupan


1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan, hati akan mati. Dibuat dihadapan manusia menghilangkan maruah diri.
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikankah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar didalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Diantara tanda-tanda orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah (bertegang leher), nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di suatu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal diatas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tetapi dapat disembunyikan kecuali ditempat-tempat yang munasabah inilah maksud manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghatayan,yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tetapi jangan putus hati kita dengan Allah s.w.t, ini adalah hakNya pula.

10. Apabila rasaa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.


** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA^_^

No comments:

Post a Comment