Jul 31, 2011

Puasa Di Bulan Ramadhan


Assalaamualaikum w.b.t
     Syukur ke hadrat ilahi yang mana kita akan menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini. Sebagai umat Islam, kita harus bersyukur dan buat yang terbaik dalam menghadapi bulan puasa ini. Baiklah, berlaku pada tarikh ini saya ingin mengupas serba sedikit berkenaan dengan puasa sebelum anda mengahadapi puasa di bulan mulia ini.

     Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

     Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

     Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.

     Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
  • Berakal/waras
  • Baligh (cukup umur)
  • Mampu/tidak uzur.
     Rukun puasa ada dua, iaitu:
  • Berniat pada malam harinya
  • Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.
Jadi untuk dibulan Ramadhan yang bakal diadakan tidak lama lagi, saya ingin menyatakan 
"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAHAN AL-MUBARAK"
kepada seluruh umat Islam di dunia ini.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

1 comment:

  1. utk kmudahan..

    baik niat sbulan trus...

    bguskan...

    slmat beramal...

    ReplyDelete