Jun 28, 2011

11 Tabiat Lelaki Malas


Rumah bersepah, malas membasuh pakaian dan penampilan selekeh adalah perkara yang selalu dikaitkan dengan lelaki. Akan tetapi tidak semua lelaki yang pemalas. Ada yang rajin sangat, ada yang ikut mood, ada yang simple person, dan ada pemalas betol, Hehehe.... 

Sikap pemalas ini boleh dikatakan sifat semulajadi lelaki yang sentiasa mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak suka melakukan perkara yang remeh dan bersikap kewanitaan. 11 tabiat ini tidaklah semua pada lelaki itu, kerana ada yang menggemari tabiat ini dan ada yang tidak.

Malas Mencuci Pakaian

Jika kita melihat, rata-rata lelaki bujang zaman sekarang lebih senang menghantar pakaian kotor ke dobi. Tidak kurang juga yang membasuh pakaian sendiri tetapi hanya selepas persalinan bersih dalam almari berkurangan. Akan tetapi bagi yang sudah berkahwin, mereka akan kurang membasuh kerana teman disisi akan membantunya.

Bagi lelaki yang bujang, seeloknya pakaian tersebut perlu dicuci setiap 2 atau 3 hari sekali bagi mengelak bau yang kurang menyenagkan dan berkemungkinan menjadi sarang bakteria atau kuman. Ingat ye kaum lelaki, pada sesiapa yang malas mencuci pakaian sendiri, anda perlu ingat anda yang pakai pakaian itu, jadi anda wajib mencucinya.


Malas Mengemas Rumah

Percaya atau tidak, hampir kebanyakkan lelaki bujang tidak mengemas rumah mereka selama berbulan-bulan lamanya. Ini kerana mereka tidak mengambil kira mengenai kebersihan rumah kerana bagi mereka rumah hanya sebagai tempat untuk melelapkan mata sahaja.


Malas Mencuci Pinggan

Sebahagian lelaki suka meninggalkan pinggannya dirumah tanpa dibasuh. Berminggu-minggu dibiarkan hingga jikalau mereka hendak menggunakan pinggan, baru mereka akan basuh. Tetapi pinggan yang ingin dipakainya sahaja. Tidak cukup dengan itu, kadang kala sampah juga dibiarkan didalam rumah berminggu-minggu lamanya.

Untuk lelaki yang bersikap begini, seelokknya makan di luar atau menggunakan pinggan mangkuk pakai buang sahaja. Lebih ekstrem, ada sebahagian lelaki membuang pinggan kotor semata-mata malas membasuh dan beli yang baru di kemudian hari.


Malas Menggosok Baju

Saya pasti, rata-rata lelaki akan melakukan habit ini, pakai baju tanpa gosok. Mungkin kerana tidak cukup waktu kerana sudah terlambat atau memang malas hendak menggosok baju. Mana kan tidak, waktu malam lelaki suka pulang lewat dan terus tidur tanpa tukar pakaian.

Seharusnya, lelaki perlu mengambil sedikit masa dan ruang pada waktu malam atau cari masa lapang untuk menggosok kesemua baju yang perlu dipakai dalam masa seminggu. Secara tidak langsung, apa salahnya anda melakukan "senaman" dan mengeluarkan peluh sambil gosok baju, betul tak???


Malas Bercukur

Bukan menjadi masalah untuk tidak bercukur kerana ada yang beranggapan lelaki berjambang dan bermisai lebih menarik perhatian. Cuma perlulah jaga kebersihan diri dan jika ingin menyimpan jambang atau misai sekalipun, kemaslah sedikit agar menjadi lebih menarik perhatian.


Malas Menyikat Rambut

Jika suatu masa dahulu penjagaan rambut amat dititik beratkan dan rambut harus disikat rapi dan kemas. Namun kini rambut yang kusut atau rambut serabut adalah satu trend. Jadi, anda perlulah sesuai dengan diri dengan keadaan dan jangan terlalu kusut hingga merimaskan mata memandang.


Malas Hadir Ke Pejabat @ Kuliah

Sikap begini paling banyak dikesan dikalangan lelaki. Kadang-kala tiada sebab yang munasabah, ini kerana lelaki cukup malas untuk bergerak dan melakukan kerja di pejabat atau kuliah. Paling rajin pun jika ada mood. Ini perlu diatasi kerana setiap manusia perlu bekerja dan belajar. Tanam kan sikap dan perasaan untuk menuntut ilmu baru atau mengatasi prestasi kerjaya.


Malas Mencuci Kenderaan

Bagi lelaki yang ada bajet, mereka boleh mencuci kenderaan mereka di pusat mencuci kereta jika malas mencuci sendiri. Jika tidak ada, alamatnya tunggu hujan turun sahajalah yang dapat membersihkan kekotoran pada kenderaan mereka.

Jika anda inginkan kereta anda tahan lama, anda perlu membasuh kereta sendiri kecuali jika anda ada bajet untuk hantar ke kedai. Ini kerana jika kereta anda tidak dicuci, lama-kelamaan kereta anda akan luntur warnanya dan mudah berkarat.


Malas Menjaga Penampilan Diri

Walaupun kelihatan sepeti suatu rutin, namun ada perkara yang sering lelaki terlepas pandang. Dari segi penjagaan muka hingga kaki, ia seharusnya diambil kira oleh lelaki. Jangan malas untuk mencuci muka, memotong kuku dan memakai wangian. Walaupun nampak remeh dan sedikit kewanitaan, mereka perlu tahu wanita sukakan lelaki yang bersih.


Malas Membaca

Jika ikut perangkaan, wanita adalah golongan yang paling banyak membaca walaupun corak pembacaan agak berbeza dengan lelaki. Namun dari kecil hingga dewasa lelaki zaman sekarang adalah insan yang malas membaca, apatah lagi membeli bahan bacaan.

Perlu diingatkan, jika ingin berjaya dalam kehidupan kita perlu banyak membaca. Jika boleh, corak atau gaya pembacaan lelaki biarlah pelbagai. Akan tetapi ada sesetengah lelaki tidak perlu membaca kerana, hasil penumpuan dalam kuliah.


Malas Bangun Awal Pagi

Ini sememangnya tabiat lelaki yang suka bangun lewat pagi. Ini kerana, lelaki suka tidur lewat malam atau suka "over night". Kadang-kadang lepas subuh baru dia tidur hingga ke petang. Lelaki jika suka tidur, seolah-olah tidak mahu bangun selama-lamanya.

Apatah lagi jika perlu bangkit untuk kerja atau kuliah pagi. Apa yang dibayangkan mereka hanyalah soal kesesakan lalu lintas pada pagi hari selain malas bersiap-siap untuk keluar rumah. Ini menyebabkan mereka selalu lewat bekerja atau lewat ke kuliah.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA =)

No comments:

Post a Comment