Jun 11, 2011

Hari pertama ku membuat blog

Hari ini adalah hari bersejarah kerana buat pertama kali aku membina blog ku sendiri dengan sebenar-benarnya. Walaupun aku telah membina blog sebelum ini diwaktu aku semester 4 @ 5 dalam kelas STID, akan tetapi aku sudah lupa pasword dan segala-galanya berkaitan blog itu. Maka pada tarikh 11/6/2011 adalah kelahiran blog aku yang pertama bersamaan dengan umurku 23 tahun pada hari esok. Ini adalah sempena hari jadi ku. Hu5 (ketawa dalam hati). Jadi, untuk pertama kali, biarlah aku memperkenalkan diriku ini. Bagi sesiapa yang sudah kenal, kenali lah diriku dengan lebih mendalam.



Nama penuh ku MOHD FAHMI BIN CHE RAHIM. Aku dari waktu sekolah rendah hingga sekarang, banyak gelaran yang aku dapat. Gelaran baik ada gelaran buruk pun ada. Dulu ak digelar "mok", yelah sebab ak ni memang berisi. Itu diwaktu sekolah rendah di Sek Keb LKPT Air Tawar 5. Naik sekolah menengah di Sek Men Agama (Arab) Kota Tinggi @ SMAKT, aku digelar Cikedot. Tak tahulah kenapa ak digelar dengan nama pelik itu. Ada juga diwaktu itu ak digelar Che' Yim pasal ayah ku bernama Che Rahim. Tapi aku wat tak kisah, janji kita tidak bermusuh dengan mereka. Waktu di Maahad Johor pulak, aku pernah digelar "Israel blues". Waktu itu memang aku geram siapa panggil aku dengan gelaran hingga hampir-hampir berlaku pergaduhan. Hmmmm...., teruk waktu itu. Tapi lama-lama sebutan gelaran itu hilang. Masuk aliran ijazah di Universiti Utara Malaysia (UUM) aku menggelarkan diriku sendiri dengan nama Fahmi @ Miey @ Miey Chey @ Che' Yim. So, korang semua boleh panggil nama ku yang telah aku katakan.

Mengikut pada hari esok telah genap umur ku 23 tahun. Kalau ikutkan umur sebegini sudah ada yang punya. Tapi aku masih dalam pencarian. Bukan tak nak cari, bukan tak cuba tapi tak dapat dan terlepas. Oleh itu, saya hanya meneruskan perjuangan saya dalam pelajaran dan juga pekerjaan. Nenek pernah berpesan pada ku, "Ami perlu selesaikan satu-persatu dan selesaikan yang utama dulu. Pelajaran itu penting untuk kita berjaya dalam hidup di alam pekerjaan nanti". Memang benar kata nenek ku, jika kita tidak dapat mencapai yang utama, sudah pasti semua nya akan hancur.

Jauh pulak ku bercerita, sampai ke nenek ku masukkan hu3. Ok lah, orang dulu-dulu pernah berkata, berkawan biar beribu, bercinta biar satu. Tapi pada saya, perumpamaan itu saya kurang setuju. Mana boleh kita bercinta pada yang satu sedang kan ramai golongan suami bermadu dan menunjukkan mereka bercinta lebih dari satu. Saya pulak, pun bercinta lebih dari satu iaitu pertama-tama sekali cinta saya pada Allah swt, yang kedua cinta saya kepada Rasulullah saw, cinta saya yang ketiga adalah ibu dan ayah saya serta saudara-mara saya dan cinta saya yang keempat bakal isteri saya. Tapi cinta yang keempat masih belum ada lagi setakat ini. Anda yang membaca ini pun sama juga mcm saya kan dan semestinya sebahagian daripada pembaca sudah ada cinta yang keempat bukan. Tapi, taraf percintaan kita adakah 100% setiap hari?? Kita sebagai manusia pasti ada kelemahan dan juga kekurangan dalam diri. Dalam hidup ini, percintaan kita tidak menyeluruh kerana nafsu kita dibelenggu oleh syaitan laknatullah yang mana ia akan menyesatkan manusia.

Akan tetapi kita mempunyai hati yang nurani jika kita merasa keinsafan dalam diri. Maka timbul lah rasa bersalah kita dan memohon maaf kepada keempat-empat yang kita cintai ini. Dengan adanya keinsafan, rasa bersalah dan mohon kemaafan, wujud pula kasih dan sayang. Kasih dan sayang adalah penawar dalam hidup kita. Renung-renungkan dan bermuhasabah diri apa yang kita lakukan setiap hari.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA =)

3 comments:

  1. selamat berblog......hehehe..
    habis la pasnie jadi blogger lak abg pami...hehehe

    ReplyDelete
  2. abg pami dah ber'blogger'...hihi..=)..terebaik..tahniah..jgn jemu menulis..

    ReplyDelete
  3. Tq...ni pon sebb nk belajar pasal IT. pelan-pelan kayuhanyer...huhuhu =)

    ReplyDelete