Hari ni saya hendak menceritakan pengalaman saya di ladang sawit nenekku. Untuk pengetahuan anda semua, ramai orang bercakap, mengumpat, mengata dan macam-macam lagi berkenaan peneroka-peneroka FELDA kaya-raya. Sebenarnya memang betul apa yang dikatakan orang-orang itu. Anda bayangkan, ladang sawit nenek aku seluas 10 ekar, terdapat 600 hingga 700 pokok sawit di tanam. Banyakkan....huhuhu..
Anda nak tahu tak, sebenarnya sawit nenek aku ni sebelum ini diusahakan oleh syarikat FELDA itu sendiri. Akan tetapi, hasil @ gaji nya tidak banyak kerana 50% dari keuntungan sawit akan diserahkan kepada syarikat FELDA. Setelah itu, ayah saya meng "offer" kan diri untuk mengusahakan sendiri ladang sawit itu. Kalau anda nak tahu sebelum ladang ini diusahakan oleh ayah saya, jumlah gaji yang nenek ku perolehi adalah sebanyak RM2000 hingga RM3000 sebulan. Tetapi bila diusahakan sendiri, boleh mencecah RM9000 ke RM12000 sebulan. Wow!!!! kaya tak kaya nenek gua, huhuhuhu (ketawa dalam hati).
Jadi pada 25/6/2011 (Sabtu), aku bersama ayah ku pergi ke ladang untuk membaja pokok-pokok sawit. Dengan berbekalkan kereta sorong (2 buah), baja cap kuda singa 50 kg (12 beg), gayung untuk ukuran baja 2kg/pokok (2 buah), sebilah pisau (untuk memotong bungkusan baja itu), dan sebuah lori hantu (hehehe). Anda lihat sahaja lah gambar yang ada dibawah ini.
Buat pertama kali aku masuk jalan ladang sawit yg
mempunyai jalan tar.. amat menarik (^_^)
Ladang nenekku bersebelahan jalan raya
Jalan keluar dari ladang...
Pokok sawit yg begitu banyak...
Pelepah kelapa yg layu disusun rapi untuk dijadikan baja kompos.
Seluruh pokok baru berusia 7 tahun,
Had maksimum pokok sawit adalah 20 tahun.
Buah sawit yg sudah masak,
berat boleh mencecah 20kg hingga 30kg.
Benih pokok yang baru ditanam bulan lepas.
Ini lah lori ayah ku, comel tak lori "hantu" ni. Hehehe
Di atas lori itu, adalah baja. Macam bantal pun ada... =)
Ayahku menuang baja ke dalam kereta sorong.
Ini lah bentuk baja nya, 1 gayung = 2 kg
Proses membaja dimulakan.. ^_^
Jikalau anda perasan kami meletakkan baja keliling setiap pokok.
Siapa tak nampak, teliti betul2...
Sambil menyelam minum air, saje buat eksklusif...
Nampak tak seekor labah2 betina yg besar...
Aku tak tahu apa nama labah2 ni...
Setelah selesai, kemas untuk pulang...
Penat + Letih + Tired + Capet
Huhuhu (+_+)
Huhuhu (+_+)
** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA =)
byk jgk hasil sawit noo...hehe..
ReplyDeletetp, getah lg byk dpt..
nenek ak ade ladang getah, x smpi 10 ekar rsnyer..
tiap minggu dpt 4k...huhu..
upah org siam toreh getah..
bila ak nk try menoreh & masuk ladang sawit nieh..huhu
eleh, bila2 pon boleh.ang p umah nenek ang, lpas tu toreh...huhuhu..
ReplyDeletenak masuk ladang sawit, mai umah ak...hehehehe ^_^
Salam, apa kah nama baja yang digunakan, terima kasih.
ReplyDeletebaja cap kuda singa 50 kg/beg.
Deleteas-salam.
ReplyDeleteMr. Miey dduk felda mane??
saya pun dduk felda. kat kluang.
kebun pun usahakn sndiri. lg syok!
Satu kampit baja cap kuda singa berapa?
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteSamalah kita generasi kini seharusnya tahu seluk belok sawit. Dangkal kalau tidak tahu.
Perjalanan mencari rezeki telah di tentukan oleh yang Maha Esa. Tinggal kita mahu atau Tidak. Yang penting Malu apa Bossku sentiasa sematkan dalam hari. Kata lain tak hilang bisamu kalau merayap di kebun sawit.
Teruskan usaha anak muda, jangan jemu. Aku be kerja hari ini lillahi taAlla. Juga sebagai pelapis bangsa. Sekian terima kasih.