Jun 20, 2011

Pengenalan Plastik dan Kesannya Kepada Manusia

Pada zaman ini kita disebarkan dengan pengurangan penggunaan plastik dengan mengadakan kempen pengurangan plastik dengan tidak menggunakan pada hari Sabtu sewaku membeli-belah. Jadi pada hari ni saya hendak menceritakan serba sedikit mengenai apa itu plastik, bagaimana ia dicipta dan kesannya kepada dunia. Hasil nukilan ini dipetik sumber daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Berita BBC.


Plastik merupakan bahan yang diperbuat daripada sumber utama dunia iaitu minyak. Selain itu, ia ditambah dengan bahan yang dinamakan "karsinogen dan benzen". Minyak adalah sumber yang amat berharga kerana ita akan menggunakan minyak dalam kerja harian kita seperti memasak, memandu kenderaan, menghidupkan enjin mesin dan lain-lain lagi. Jadi dalam hipotesis boleh dikatakan "semakin banyak plastik, maka semakin kuranglah bekalan minyak". Untuk bahan karsinogen dan benzen, ia adalah bahan yang tidak dapat dilupuskan. Jikalau dikurangkan penggunaannya. masih banyak lagi beg plastik yang sudah sedia ada.

Terdapat kajian yang dijalankan oleh beberapa buah negara. Kajian tersebut adalah :
  1. Pengguna malas membawa beg sendiri ketika membeli-belah. Selain itu, pengguna kurang faham akan kesan-kesan penggunaan beg plastik tersebut.
  2. Secara purata 1 orang akan menggunakan 8 beg plastik seminggu.
  3. Jika plastik ini dibakar, bahan karsinogen akan tersebar dan dibebaskan. Ini boleh mendatangkan kanser kepada manusia.
  4. Jika plastik ditanam, bahan tersebut boleh memasuki sumber air minum kita.
  5. Jika haiwan yang menyangka plastik itu adalah makanan dan ia memakannya, pasti haiwan itu boleh mati kerana memakan plastik tersebut.
  6. 1 beg plastik mengambil masa 500 tahun untuk diluraikan. 
  7. Di England, penggunaan plastik tidak digunakan dan merupakan bandar pertama yang bebas dari penggunaan beg plastik di Eropah.
Oleh itu, kita harus menghapuskan penggunaan beg plastik kerana ia akan menyebabkan pencemaran kepada dunia.


Terdapat 4 tips atau petua atau langkah mengurangkan penggunaan beg plastik iaitu : 
  • Bawa beg sendiri ketika membeli-belah.
Ini adalah perkara yang sukar buat para pengguna yang biasa menggunakan beg plastik ketika membeli-belah. Jadi, saya ada cara untuk mengelakkan kita menggunakan beg plastik iaitu sentiasa menggunakan beg yang sama sewaktu membeli-belah dan letakkan di dalam bonet kereta selalu. Kesedaran ini harus dipupuk oleh masyarakat kita.
  • Elak menerima beg plastik untuk setiap pembelian.
Ini difokuskan kepada barang yang hendak kita membeli terutamanya pada barang-barang yang kecil. Jika barang yang dibeli adalah bersaiz kecil, tidak perlulah menggunakan plastik. Seharusnya masukkan sahaja di dalam poket seluar, beg sandang atau beg tangan.
  • Elak menggunakan bekas makanan daripada "Foam" atau "Polietilena" (polistrin).
Rata-rata pelajar di Malaysia suka menggunakan bekas makananan polistrin untuk membeli makanan. Mereka juga malu untuk membawa bekas makanan ke kantin atau kafe. Perkara ini harus dibasuh dan hilangkan sifat malu pada diri kerana membawa bekas makanan tidak menyalahkan undang-undang. Betul tak kata saya???
  • Bawa bakul jika hendak ke pasar.
Ini adalah kaedah orang-orang dahulu dan masih lagi menjadi ikutan. Untuk tambahan, gunakan kertas minyak yang bersaiz tebal semasa membeli daging, ayam atau ikan. Ingatkan kepada penjual agar membungkus sayuran dan buah-buahan dengan surat khabar untuk disimpan dan tahan lebih lama daripada mudah lupus. Selain itu, bakul tersebut haruslah tidak berlubang dibawahnya supaya air dari daging, ayam atau ikan yang dibeli tidak menitis keluar.

Oleh itu, penggunaan beg plastik haruslah dikurangkan dan sebaik-baiknya dilupuskan terus dari penggunaannya. Agar kesan pencemaran dunia akan semakin hilang dan terus menghilang buat selama-lamanya.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA =)

No comments:

Post a Comment