Pada hari ini, saya ingin bercerita serba sedikit kelebihan Bulan Rejab. Dalam hadis, Rasulullah saw menyatakan bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Sya'ban adalah bulan Rasul dan bulan Ramadhan adalah bulan manusia. Dan 3 bulan adalah bulan yang sgt baik untuk kita melakukan puasa. Kerana terdapat kelebihan-kelebihan apabila kita berpuasa iaitu :
KELEBIHAN BERPUASA DIBULAN REJAB
- Puasa sehari akan mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus)
- Puasa 2 hari dilipat gandakan pahala.
- Puasa 3 hari akan dibina parit yang panjang yang menghalangkan dari neraka.
- Puasa 4 hari akan dihindarkan dari bala, penyakit2 besar dan fitnah dajal di hari kiamat.
- Puasa lima hari akan aman di azab kubur.
- Puasa 6 hari, muka akan bercahaya ketika keluar dari kuburnya.
- Puasa 7 hari, akan ditutup 7 pintu neraka.
- Puasa 8 hari, akan dibuka kan 8 pintu syurga.
- Puasa sembilan hari, keluar dari kuburnya menyeru Lailahailallah.
- Puasa 10 hari, akan dibina hamparan di titian siratul mustakim pada tiap-tiap satu batu.
- Puasa 10 hari juga akan dibina 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian siratul mustakim
- Puasa 13 hari seperti puasa 3 ribu tahun.
- Puasa 14 hari seperti puasa 10 ribu tahun.
- Puasa 15 hari seperti puasa 100 ribu tahun.
- Puasa 16 hari akan dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah didalam syurga.
- Puasa 19 hari akan dibina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai nabi Ibrahim a.s dan Nabi Adam a.s
- Puasa 20 hari akan diampunkan segala dosa-dosa yang telah lalu.
Itu dari segi kelebihan berpuasa di bulan ini. Bagaimana pula dengan perkara-perkara yang lain. Seperti bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar. Dan jika kita berpuasa setiap hari di bulan Rejab dan bersedekah pada bulan Rejab seperti ibadat seribu haji dan umrah, dibina seribu mahligai, seribu bilik dan seribu bidadari 1000 kali lebih cantik daripada matahari. Ini adalah kerana keistimewaan bulan Rejab.
Segala apa yang saya tulis adalah bersumberkan hadis yang sohih dan dipetik dari buku "Fadhilat Rejab, Sya'ban, Ramadhan" hasil nukilan Budiman Radhi.
** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA =)
No comments:
Post a Comment