Assalaamualaikum wbt....
Pada hari ni aku mahu menceritakan serba sedikit yang aku ingati sejarah diriku. Ini adalah untuk semua rakan pembaca mengenali diriku dengan lebih dekat lagi. Pepatah ada mengatakan berkawan biar beribu-ribu. Jadi, jika kita hendak berkawan mestilah mengenali diri kita sendiri. Mana tahu, jika aku menceritakan diriku ada sedikit maklumat atau intipati yang penting untuk dipancarkan.
Semenjak dari kecil, hidup ku sering berpindah-randah dari Johor ke Pahang dan dari Pahang ke Johor. Macam tulah keluarga ku berulang-alik ke sana dan ke sini. Aku dilahirkan di negeri Johor, kemudian semasa umurku 2 @ 3 tahun, keluargaku berpindah ke Kuantan, Pahang. Hingga adikku dilahirkan di Pahang. Semasa umurku 5 & 6 tahun aku telah bermula sekolah di Taska Abim. Diwaktu itu, pelajaran macam biasa seperti budak-budak tadika. Belajar ABC, Alif Ba Ta, cara solat, pantun, nyanyi dan nasyid, bermain-main dan banyak lagi.
Cuma ada kisah lucu yang ingin ku kongsi semasa aku tadika dahulu. Perkara ini memang aku sangat malu kerana aku yang menimbulkan kelucuan itu. Pada waktu itu aku sekolah seperti biasa dan aku menghadapi rasa pening kepala tetapi aku tidak memberitahu cikgu. Sehingga aku berasa loya dan akhirnya aku muntah ketika belajar. Habis buku serta seluar ku kene muntah. Sesudah itu, cikgu membawa ku ke tandas untuk membersihkan diri. Selepas membersihkan diri, seluarku tidak boleh di pakai kerana terkena muntah dan sedang dibasuh. Jadi cikgu ku mencari seluar ganti yang ada di sekolah itu. Akan tetapi tiada saiz seluar yang sama dengan saiz seluar ku. Yelah, mana tak nyer. Aku time tadika memang badan ku berisi. Yang ada kain pelajar perempuan, aku pun pakailah. Walau segan tapi kalo tak pakai ape-ape lagi segan + malu betul tak??? Jadi, selepas pakai memang kawan-kawan ku mengejek ku. Mereka kata aku ni macam perempuan lah, pondan lah lepas tu kawan-kawan ku main tarik-tarik kain yang ku pakai. Aku menanggung malu hingga balik. Time balik, ayah dan ibu ku mengambil ku. Mereka pun gelak kepada ku sambil berkata, "Apa yang kau pakai ni???". Aku pun menceritakan kepada orang tua ku. Sementara itu, cikgu memulangkan seluarku yang telah dibasuhnya tadi.
Begitulah serba sedikit ceritaku semasa tadika. Semasa aku sekolah rendah pula, aku menghadapi dua aliran sosial yang berbeza. Sewaktu aku darjah 1 hingga 3, aku telah ditempatkan di Sek Ren Islam Al-Irsyad (SRAI) di Jalan Gambang Kuantan, Pahang. Di sana aku didedahkan dengan budaya Islam, belajar bahasa arab, belajar dan praktikal tentang solat, belajar tentang adab dan pelbagai lagi tentang keindahan Islam. Setelah itu, sewaktu darjah 4 hingga 6 aku telah di tempatkan di Sek Keb LKTP Air Tawar 5 di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi, Johor. Di sana pula aku didedahkan dengan sosial yang lebih general dan lebih sonsang daripada sekolah dahulu. Kalau dulu aku setiap hari waktu sekolah wajib pakai kupiah @ ketayap. Tetapi masuk sekolah di Johor semuanya berbeza sekali. Sebab itu, sikapku boleh berubah-ubah. Kearah Islamic pun boleh, ke arah gila-gila pun boleh. Itu lah diriku yang serba boleh dari segi sikap dan perangai. Tetapi aku minat kepada bahasa arab dan setelah habis sekolah rendah, aku berpindah ke Sek Men Agama (Arab) Kota Tinggi (SMAKT). Disana pula, aku didedahkan seperti sekolah rendah di Pahang dahulu. Di sana jugalah timbulnya minat ku kepada nasyid. Aku mempelajari serba sedikit alat muzik seperti kongga, drabuka dan alat-alat perkasyen yang lain. Hingga saya dapat menjadi wakil nasyid sekolah dalam pertandingan nasyid. Selain itu juga, saya didedahkan dengan penulisan khat dan saya memang gila dengan kaligrafi khat.
Selepas sekolah menengah, aku telah ditempatkan di Maahad Johor. Disana aku lebih lagi didedahkan dengan keindahan Islam dan disana jugalah timbulnya pergaduhan tapi tak melibatkan ustaz-ustaz disana. Tak nak citerlah pasal gaduh-gaduh ni. Tapi apa yang penting, ramai lagi kawan-kawan yang aku kenali. Di Maahad Johor (MJ) gila dengan sukan ping-pong, bola tampar, takraw dan bola sepak. Disana juga buat pertama kali aku belajar dengan ketiadaan pelajar wanita. Ini kerana pelajar lelaki dan wanita telah diasingkan kelas. Walaupun setahun sahaja belajar tetapi banyak pengalaman yang saya terima. Semua pelajaran dan pengajaran akan ku ingati hingga akhir hayat. Tetapi tidak semua yang saya jelaskan di sini kerana ada perkara perlu dirahsiakan. Tapi apa yang penting saya telah menceritakan pengalaman saya dari tadika hingga sekolah pra-universiti.
Sekian sahaja saya menulis nukilan ini. Hanya untuk suka-suka sahaja dan memperbanyakkan ilmu di dada. Anda pun mesti ada sejarah hidup bukan. Kalau tiada, tidak dinamakan kehidupan. Wassalam =)
** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA =)
No comments:
Post a Comment