Assalaamualaikum w.b.t
Apa khabar semua. Bertemu lagi kita dalam rancangan "Blogku Ceritaku" hehehehe. Cewah, macam dalam rancangan pulak. Pada post kali ini saya hendak menimbulkan isu berkaitan rukun Islam kita. Sepertimana kita tahu, ramai umat Islam tahu akan rukun ini. Dan ramai juga yang tidak tahu @ tidak ingat akan rukun Islam ini. Ini kerana, dunia zaman sekarang sedang berkembang pesat. Dan semakin lama dunia meingkat kemajuan, semakin lupa daratan kita pada Allah s.w.t nauzubillah. Harap saya dan para pembaca tetap teguh dengan pendirian kita sebagai umat Nya. Amin.....
Baiklah, walaupun kita tahu rukun Islam, tetapi adakah kita mengetahui dengan lebih mendalam. Dan sepatutnya kita perlu menghayati setiap hari akan rukun Islam ini. Apakah maksud rukun Islam ini??? Ia bermaksud menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh kehidupan kita, jiwa kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna. Persoalannya, adakah kita seperti maksud diatas??? Itulah yang saya maksud kan kita tahu rukun Islam itu tetapi kita tidak menghayati dengan lebih detail. Terdapat 5 rukun Islam iaitu :
1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Ucapannya dalam bahasa melayu adalah "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang di sembah melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa NABI MUHAMMAD itu pesuruh Nya". Ini bermaksud kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah ALLAH s.w.t dan NABI MUHAMMAD s.a.w itu adalah pesuruh Nya. Segala perbuatan kita, perlakuan kita adalah ketentuan ALLAH s.w.t dan kita perlu menjadikan NABI MUHAMMAD s.a.w sebagai role model kita.
2. Solat Lima Waktu Sehari Semalam
Dengan melakukan sembahyang, kita mengabdikan seluruh tubuh kita menyembah kepada Nya. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat denhgan mengikut susunan rukun sembahyang yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w dengan tertib. Dan kita diharuskan tidak melengah-lengah kan masa kita untuk bersolat dan disunatkan solat di masjid atau surau. Masjid dan surau adalah tempat yang paling tenang kerana ia adalah rumah Allah s.w.t. Jadi, marilah kita mengerjakan solat lima waktu di surau atau di masjid.
3. Mengeluarkan Zakat
Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Tuhan yang menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut agama. Dengan zakat, kita akan memikirkan golongan yang susah. Dengan zakat, kita akan menanamkan rasa kasih dan sayang pada golongan yang kurang bernasib baik insyaallah.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah. Dengan menahan hawa nafsu makan dan minum serta menjauhi segala larangan Nya, secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan di dalam peribadi kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
5. Mengerjakan Haji di Baitullah
Dengan mengerjakan Haji, kita menyembah Allah dengan segala harta kekayaan milik kita, dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Bagi yang tidak berkemapuan, tidak diwajibkan kerana mereka tidak berharta dan sukar mengeluarkan harta mereka. Jadi, mana yang mempunyai harta anda wajib melakukannya. Dan melakukan dengan "mabrur", bukan "malboro".
** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-
No comments:
Post a Comment