Assalaamualaikum w.b.t
Apa khabar kepada para pembaca blog saya ini? Harap sihat2 selalu, ceria2 selalu dan gembira2 selalu. Hari ini saya agak bosan dan agak mengantuk kerana boleh dikatakan setiap hari saya tidur lewat dan bangun awal. Kenapa saya tidur lewat? Biasalah, saya ni memang suka overnight (dah macam kelawar saya ni). Kalau duduk kat rumah pon, biasanya saya tidur jam 3.00 pagi bangun jam 6.00 pagi (itu pon nak kene nenek kejutkan solat subuh). Tapi bila di UUM ni, setiap hari bangun jam 8.00 pagi (subuh gajah katakan, hehehehe.....). Kebetulan hampir setiap hari saya kerja lab pada jam 8.30 pagi. Itu yang bangun lewat tu. Agaknya kalau lab start opening jam 6.00 pagi, memang dah lama saya akan bangun awal, percaya tak????hehehe...
Hmmm....saya sebenarnya x da cerita yang hendak disampaikan. Just nak hilang kan ngantuk. Pada waktu ini saya jaga lab dari jam 8.30 pagi hingga jam 12.00 t/hari. Saya nak berkongsi cerita sedikit mengenai pengalaman saya di DPP TM pada semester ini (yang lepas2 dah x ingat..hehehe). Pada semester ini adalah semester kemasukkan pelajar baru semester satu. Terdapat orentasi selama 4 hari, memang penat para AJKS melakukan kerja. Tidak lupa juga pada student yang baru masuk, comfirm mereka penat jugak. Yelah, mana tak nyer. UUM kat sintok ni sangat luas dan besar. Kalau buat program tour UUM, kene makan masa 2 @ 3 hari baru complete.
Nak dijadikan cerita, para AJKS memberitahu bahawa semasa ke kuliah atau di mana2 kawasan kuliah, main office, fakulti dan seangkatannya, perlu memakai lanyard + kad matrik. Mereka pon mengikutinya. Nak dijadikan kejutan, bila mana student2 yang baru ini, mereka hendak kemana-mana mereka akan gantungkan kad matrik. Nak pergi makan kat kafe gantung kad matrik dan nak basuh baju pun gantung kad matrik jugak. dan kebanyakkan semua kaum cina. Saya agak geli hati melihat gelagat mereka.
Bukan itu sahaja, saya ni salah seorang asisstant dalam lab serindit DPP TM. Semasa saya menjaga lab, 4 @ 5 orang jumpa saya untuk print. Tetapi, mereka menggunakan loghat cina. Saya terus cakap kat mereka, saya ni malay bukan chieness. Mereka pon cakap, "Oh, yaka??? muka u macam cina". Ini menunjukkan bahawa betapa cantiknya muka saya ini, macam muka cina. (Angkat bakul sendiri aku ini. hehehehe).
Itu baru saya, belum lagi cerita kawan saya. Ada seorang kawan saya ini, dia pon sama asisstant lab. Dan dia jugak salah seorang AJKS di DPP TM. Ada seorang kaum india ni. Dia baru semester satu. Waktu itu, india itu, nak daftar computer di lab tetapi tidak boleh kerana mungkin no matrik mereka belum didaftar kan. So, india tu mintak tolong kat member saya ni yang pada waktu itu dia bekerja di lab tersebut. Nak tau apa india tu cakap. Student india tu berkata, "Pak cik, mintak tolong bukak PC 16". Tergamam member saya, boleh dia panggil member saya pak cik. Untuk pengetahuan semua, member saya tu bawah 3 tahun dari saya. Bayang kan perasaan dia, bila orang panggil dia pak cik. Macam rasa nak marah je kan. Hehehehe...
Itu je saya nak kongsikan hari ini. Bukan nak burukkan nama siapa2. just nak hilangkan ngantuk saya ni jer. Hehehe...
Wassalam......
** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-
muka saya lgi mcm cina..
ReplyDeletekalau ge mana2 msti orng ckp saya cina..
yang peliknya kenapa xde seorang pon ckp saya melayu [ aduh, tson aku ]
PAK CIK.. Ayooo..mmg tak sayang mulut la orng tu..haha=)