Sep 14, 2011

Kembali ke UUM.....


Assalaamualaikum w.b.t 
     Hari ni saya nak bagitahu yang saya sekarang berada di UUM. Mesti ada yang terkejut, dan mesti ada yang dah tahu. Untuk pengetahuan semua saya sekarang menghadapi sedikit masalah dengan subjek di mana ada 1 subjek yang gagal. Ni semua angkara NC UUM. Kalo tak saya akan grad tahun ni. Nak wat camna kan. Dah nasib. Tapi mungkin ada hikmahnya. Setelah saya kaji dan terus kaji, saya fikir ada baiknya juga. Yelah adik saya belajar di UUM juga dan tamat  + grad tahun depan. 
     Ini bermakna saya dan adik saya akan grad pada tahun yang sama kerana UUM adakan graduasi setahun sekali. Kalo dulu setahun 2 kali. Jimat sikit perbelanjaan family saya datang ke UUM untuk lihat kami berdua naik ke pentas memegang scroll. Tapi saya taklah hebat mana jika dibandingkan adik saya. Ok, kita ketepikan cerita itu. 
     Alhamdulillah, saya bersyukur dapat menjejak kaki ke UUM ni. Untuk pengetahuan para pembaca post ini, saya menginap di Dewan Penginapan Pelajar TM (DPP TM). Banyak kenangan di DPP TM ini. Dan sekali lagi saya duduk di sini. Saya juga bersyukur kerana ada ramai kawan2 saya mengenali diri saya lagi. Mereka agak terkejut dengan kehadiran saya. Yang wat2 terkejut pon ada sebab mereka dah tahu awal2. Hehehehe… 
     Ini pon saya mendapat keizinan dari pejabat DPP TM untuk tinggal di DPP TM ini. Yelah, mereka kenal saya dah lama. Alhamdulillah…..Rumate lama saya (x bleh bgtaw nama, dia x bg) pon ada sekali. Dia pon ada masalah dengan subjek. Dia pon menumpang nasib yang sama. Nasib bek saya juga ada masalah subjek. Kalo tak, x dapat dia tinggal kat DPP TM ni. Hehehe… 
     Saya dapat duduk kat DPP TM ni dengan bersyarat. Syaratnya saya kene ajar group nasyid akan latihan mereka untuk pertandingan nasyid yang akan diadakan pada semester ini. Memang group nasyid ni saya yang tubuhkan dan saya yang ajar segala ilmu yang ada. Hingga kami telah memenangi pertandingan nasyid peringkat Piala TNC. Alhamdulillah….. Jadi saya diberi peluang sekali lagi untuk cuba memenangi pertandingan tersebut buat kali kedua. Insyaallah….. 
     Tapi duduk kat sini pon agak boring sebab saya ada 1 subjek yang yang sangkut. Hari selasa je pon saya gi kelas. Hari2 lain duk dalam bilik x wat pape. Tu yang saya cari kerja, kebetulan ada kerja kat lab komputer. Nak cari duit belanja. Kebetulan saya memang berpengalaman kerja lab komputer. Yang saya post ni masa sedang kerja kat lab lah ni. Time tengah free, wat kerja berfaedah cikit ye tak….hehehehe.. 
     So, kepada kawan2 saya yang sedang praktikal, praktikal sungguh2. Buat yang terbaik supaya manager sayang kat korang. Yang dah kerja, kerja bek2. Dapat duit banyak2 boleh belanja saya. Yang masih belajar, teruskan belajar hingga ke menara gading. Yang baru kenal saya, selamat berkenalan. Yang dah lama kenal, teruskan mengenali diri saya ini dengan lebih rapat.
Wassalam.... 

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

No comments:

Post a Comment