Assalaamualaikum w.b.t
Hari ni aku nk story berkenaan rezeki. Aku nk tulis ni bukan nk tujukan pada sape2, just untuk perbetulkan diri saya serta diri anda yang membaca post saya ini. Sama2 lah kita untuk muhasabah diri.
Wang…..adakah wang boleh wat kita bahagia???? Boleh bahagia….bagaimana caranya wang boleh bahagia kan kita??? Dan bagaimana pula caranya wang boleh menghancurkan kita????? Dunia zaman sekarang memang perlukan wang. Nak pergi tandas awam pon kene RM0.20 betul tak??
Kebetulan saya ada berjumpa member, yang mana saya boleh jadikan dia sebagai abang lah. Kami berborak mengenai duit @ wang. Satu ayat yang mana akan ku ingati sampai bila2 (insyaallah) iaitu duit @ wang @ rezeki semua datang dari Allah s.w.t. Jika Allah nk turunkan rezeki pada kita, kita akan dapat begitu sebaliknya.
Duit @ wang kita perlu lah dari sumber yang halal dan halal. Kita perlu kenal pasti duit kita datang dari mana. Dengan sumber pencarian yang halal, kita akan peroleh kebahagiaan dunia dan akhirat insyaallah.
Ada satu cerita (bersama aku dan member aku) dan ini merupakan pengalaman kawan saya yang bekerja di Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). Kawan ku ini baru lepas menunaikan solat di masjid. Solat apa x pasti lah pulak. Selepas dia menunaikan solat, dia hendak memberi sedekah dekat tabung masjid. Ketika itu, dompet dia x bawak. Yang ada cuma duit RM6.00 kat saku baju dia (RM5.00 sekeping, RM1 sekeping). Jadi, dia x tahu nak letak RM5 @ RM1. Selepas dia fikir macam tu, tetiba terlintas di fikiran nya kenapa aku nak membanding2 kan duit ini. Selepas itu, tanpa berlengah dia masukkan semua duit itu.
Ketika pulang dari masjid, dia singgah sebentar warung dia selalu pergi. Kebetulan niatnya nak hutang dulu. Akan tetapi peniaga tu bagitahu “alah, x kan x da duit…tu kat kocek baju tu ada”. Alangkah terkejut member aku ni. Sebab dalam saku baju dia ada RM6.00 yang tadi. Sedangkan dia sudah masukkan duit ke dalam tabung masjid. Memang terkejut sangat2. Dia balik dan muhasabah diri dan menangis kesyukuran sebab keajaiban yang Allah nak tunjukkan. Macam pelikkan, tapi itulah kenikmatan yang Allah nak tunjukkan pada sesiapa yang dikehendaki.
Bersyukur Kepada Allah selalu....
Member aku ada bercerita kan isu kebaikan dan keburukan. Ada satu ayat Al-Quran x taw surah dan ayat ke berapa, Allah berfirman bahawa Allah akan balas kebaikan dan keburukan walau sebesar zarah. Persoalannya bagaimana nak dikatakan kebaikan sebesar zarah dan keburukan sebesar zarah????? Pasti sukar untuk kita mentafsir persoalan ini. Kita boleh jadikan contoh perkara yang agak kecik dan agak remeh. Dari perbuatan kebaikan seperti pen kawan kita jatuh dan kita amik tanpa ada niat pon. Saje nak tolong, itu adalah perbuatan kebaikan yang nampak macam remeh. Betul tak??? Dari perbuatan buruk seperti budak2 curi gula2 kat kedai. Nampak macam remeh kan. Tetapi semua itu ada kesan disisi Allah s.w.t.
Banyak lagi cerita yang kami bualkan, tetapi hanya ini yang dapat ku ukirkan. Biasalah, x semua yang kita boleh dapat. Tapi apa yang penting kita harus mencari kebahagiaan dunia dan akhirat dan rezeki ada dimana2 cuma kita perlu usaha untuk mendapatkan rezeki yang halal atau sebaliknya. Renung2 kan lah ye....
Wassalam..
** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-
No comments:
Post a Comment