Aug 25, 2011

Lailatul Qadar...


Assalaamualaikum w.b.t

     Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Nya kita telah tinggal 5 hari lagi untuk kita mengakhiri bulan Ramadhan ini. Kita sepatutnya merasa sedih kerana setiap hari, setiap masa dan setiap detik kita akan semakin lama semakin meninggalkannya. Kemudian, kita juga seharusnya tahu akan 10 malam terakhir iaitu malam Lailatul Qadar dan mengambil peluang ini untuk mendapatkan nikmat yang Allah s.w.t berikan pada malam tersebut iaitu bersamaan 1000 bulan.

     Jadi, apakah maksud disebalik perkataan Lailatul Qadar???? Istilah qadr mempunyai tiga maksud; iaitu pertama; menetapkan, kedua kemuliaan dan ketiga penyempitan. Dilihat pada makna pertama iaitu menetapkan, pada malam tersebutlah Allah telah menentukan perjalanan hidup manusia melalui seruan dakwah Nabi Muhammad s.a.w. ke arah jalan yang hak dan menolak kebatilan dan itulah aturan jalan ketetapan yang ditentukan Allah walaupun penuh ranjau duri. Kedua, malam tersebut adalah semulia malam jika diteliti berlakunya penurunan Al-Quran (nuzul Al-Quran) dan pengiktirafan Allah terhadap malam tersebut. Ketiga, berlakunya kesempitan di dunia kerana jumlah kehadiran para malaikat yang membawa rahmat dan keampunan Allah.

     Jadi, perlakuan perbanyakkan ibadat pada 10 malam terakhir adalah berlarutan. Bukan hanya sehari dua atau berselang-selang. Akan tetapi terdapat pendapat kemungkinan kewujudan Lailatul Qadar itu muncul. Jadi perlakuan kita terhadap ibadat perlulah jujur, ikhlas kerana Allah s.w.t. Terdapat 3 perkara yang menunjukkan waktu sebenar Lailatul Qadar. Pertamanya, Lailatu Qadar hanya akan berlaku dalam bulan Ramadhan. Kedua, kebanyakan ulama berpendapat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Ini adalah pendapat yang paling rajih (absah). Ketiga, ia berlaku pada malam-malam ganjil iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

     Terdapat sebuah laman web meramalkan bilakah tarikh munculnya malam Lailatul Qadar iaitu http://www.when-is.com. Laman web ini menunjukkan tarikh malam Lailatul Qadar pada tahun ini ialah pada hari ini 25 Ogos 2011. Selain itu, di laman web ini terdapat ramalan-ramalan malam Lailatul Qadar pada tahun-tahun yang akan datang. Ramalan ini adalah sesat belaka dan tidaklah benar bahkan bertentangan dengan nas-nas yang sarih. Ini adalah kerana Nabi Muhammad s.a.w. sendiri tidak pernah memaklumkan bilakah waktu sebenar Lailatul Qadar.

     Di antara perkara yang perlu diimani dalam perkara berkaitan Lailatul Qadr ialah:
  1. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadr.
  2. Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan yang membawa maksud bahawa setiap amalan yang termakbul pada malam itu samalah dengan amalan yang setara dengannya sebanyak amalan seribu bulan.
  3. Para Malaikat dan ruh diturunkan pada malam tersebut.
  4. Sejahtera malam itu hingga terbit fajar (masuknya waktu Subuh).
  5. Ibadah yang jujur, ikhlas, konsisten, iltizam dan khusyuk pada sebarang masa.
  6. Tiada tanda-tanda fizikal yang dijelaskan oleh nas kecuali khabar-khabar angin semata.
     Mesti anda hendak tahu kan kenapa Allah s.w.t membuat malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Inilah kebijaksanaan Allah s.w.t.. Setelah 20 hari berpuasa, manusia sudah mempunyai kekuatan tahap kerohanian dan tingakat kesedaran yang tinggi serta momentum yang diperlukan untuk mempertingkatkan ”gear tertinggi” dalam amalannya. Malaikat turun pada malam tersebut sehingga terdorong orang mukmin melakukan ibadah dengan izin Allah s.w.t. dan merasai sejahtera dan selesa hingga pagi.

     Amalan yang mesti dilakukan pada malamnya ialah memperbanyakkan ibadah, membaca Al-Quran, beriktikaf dan berdoa. Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a. berkata:

"Ya Rasulullah bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar? Apa yang harus saya ucapkan pada malam itu?'' Baginda bersabda: Ucapkanlah: ``Ya Allah kami bermohon pada-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni (hamba-hamba Mu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami." 
(Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad).

     Doa lain yang baginda baca ialah seperti berikut yang bermaksud: 

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan peliharalah kami dan siksa api neraka.
(QS Al-Baqarah [2]: 201).

     Pandangan masyarakat kita sering memikirkan petanda2 malam Lailatul Qadar adalah perkara2 yang pelik akan berlaku seperti ada ais ketika hujan turun, sungai yang berhenti mengalir, pokok2 sujud ke bumi, ufuk langit merah dan macam2 lagi. Ini adalah kejadian Allah s.w.t yang hendak menunjukkan kekuasaan Nya dan hanya secara kebetulan.

     Ramai juga yang tidak mahu tidur pada malam yang dijangkakan Lailatul Qadr kononnya untuk bertemu dengan malam tersebut. Ini satu lagi perkara tahyul dan tidak berasas. Pokok terpenting ialah mempertingkatkan amalan-malan pada 10 malam terakhir Ramadan. Kalaupun seseorang bertemu dengan malam Lailatul Qadr, akan tetapi tidak mempunyai amalan, persiapan ibadah atau penyucian batin, maka tidaklah ia mendapat keberkatan dan manafaat malam tersebut.

     Oleh itu, wahai umat Rasulullah, perbanyakkan lah amalan kita dengan jujur dan ikhlas agar kita mendapat rahmat dan pahala di sisi Nya.

Sumber : 
Lailatul Qadr: Kepentingan dan Penghayatannya.
Dr. Amini Amir Abdullah
Pengarah Pusat Islam
Universiti Putra Malaysia

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

No comments:

Post a Comment