Aug 7, 2011

Renungan Ramadhan 1


Assalaamualaikum w.b.t

     Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya, kita dapat dipanjangkan usia untuk menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan pada tahun ini. Untuk pengetauan tuan2, puan2, makcik2, pakcik2, akak2, abang2 dan kawan2 sekalian, doa ini sering kita selalu dengar dan sering kita doakan :

"Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan".

     Kita juga patut bersyukur kerana malam ini kita dapat bersama-sama menjalankan ibadah solat tarawikh, salah satu sunnah yang amat dititik beratkan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga Allah memanjangkn umur kita bagi memperolehi segala keberkatan Ramadhan dan mengekalkan kita dengan iltizam dan komitmen pada solat tarawikh.

Saudara-saudari yang dirahmati oleh Allah s.w.t,

     Rasulullah s.a.w telah bersabda ketika menjelang Ramadhan yang bermaksud :

"Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan yang berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan. Dibulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya, sesungguhnya dia adalah orang yang rugi"
(Hadis riwayat Ahmad dan An-nasai)

     Demikian saudara dan saudari, bunyi pengumuman yang dibuat oleh Rasullullah s.a.w setiap menjelangnya Ramadhan.

     Pengumuman ini membayangkan bahawa kedatangan Ramadhan adalah satu peristiwa yang amat bermakna bagi mukmin. Puasa pada siang harinya adalah salah satu syi’arnya yang penting. Tetapi bukan itu sahaja yang terdapat di bulan ini. Adalah rugi kiranya kita terlepas dari mendapat manfaat dan keberkatan lain yang begitu banyak di dalamnya.

     Rasullullah s.a.w menegaskan bahawa Ramadhan bukan sahaja bulan kita berpuasa tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luas terbentang, jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada-tolok bandingnya.

     Nah.. jika begitu. Kita tanyakan diri kita pada malam pertama ini. Mahukah kita menerima tawaran dan pemberian Allah ini? Mahukah kita menjadi hamba-Nya yang mendapat keberkatan lailatul qadr yang lebih baik dari seribu bulan yang bersamaan lebih 83 tahun.. mungkin melampaui kadar umur kita?

     Sebaliknya ingatlah pesanan di hujung hadis tersebut:

“Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi”.

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

     Maka pada malam ini, marilah kita tetapkan niat kita untuk menimba sebanyak mungkin keberkatan di bulan Ramadhan. Pada malam ini, kita tingkatkan komitment kita untuk rakus dan haloba mencari pahala. Malam ini juga kita pasang janji kita untuk berlumba memanfaatkan masa yang begitu terhad untuk beramal dan beribadah. Pada malam ini kita bulatkan tekad untuk tidak tergolong ke dalam golongan yang rugi.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

No comments:

Post a Comment