Aug 31, 2011

Rezeki Anak-anak Melimpah Ruah..

Assalaamualaikum w.b.t 

     Baiklah, kali ini aku hendak menceritakan berkaitan keluarga kita, ibu bapa kita dan adik-beradik kita. Bak kata orang dulu2 rezeki anak-anak melimpah ruah. Jadi saya hendak mengupas kata-kata orang dulu2. Anak adalah rezeki daripada Allah s.w.t untuk ibu bapa yang menginginkan zuriat dan berterusan hingga ke akhir hayat mereka. Jadi, kita mesti ingat mereka membesarkan kita dengan tulang empat kerat nya dan perlu membalas menghormati serta membalas jasa mereka. Ingat tu…. ^_^
 Ibu dan Ayah yang ku cinta

     Pasti mejoriti dari para pembaca blog ku ini ibu bapa yang kurang dari segi kewangan sebelum kita dilahirkan. Seperti ibu bapa ku, sebelum aku dilahirkan ibu bapa ku adalah orang yang agak miskin. Mereka bersusah payah mencari kerja untuk menyara hidup mereka hingga mereka dipertemukan dan dijodohkan. Kenderaan pertama ibu bapa ku ialah motosikal yamaha jenis klasik punya. Hingga aku dilahirkan, mereka membawa aku berjalan-jalan keliling bandar.
 Dari kiri : Ayah ku (Che Rahim), Ibu ku (Faiza), Nenek ku (Hjh Sipah), Adik ke-3 (Fadhilah), Adik ke-4 (Muhammad Faiz), Adik ke-2 (Fahimah) dan Diri ku (Mohd Fahmi)

     Hingga aku berumur 3 tahun, ibu bapa ku dapat membeli kereta saga. Bayangkan rezeki yang Allah taala nak beri setelah melahirkan aku. Lahir adik ku yang kedua, keluarga ku track in kereta saga kepada kereta iswara. Lahir adik ku yang ketiga, keluarga ku track in lagi kereta iswara kepada kereta wira di tambah lagi dengan pembelian motor kriss 1 (motor yahama masih ada lagi). Lahir adik ku yang terakhir tambah lagi kenderaan dengan membeli kereta naza ria, lori dan motor LC135 sebiji. Motor yamaha klasik pulak dah jual kat orang lain. So, conclusion nye keluarga ku ada kereta wira, kereta naza, motor kriss 1, motor LC 135 dan lori.
Sewaktu Hari Raya pada 30 Ogos 2011. Tema warna hijau.

     Lihatlah, kami sekeluarga badan big-big belaka. Dulu sebelum kahwin, ibu bapa ku kurus sangat. Ibu ku pernah cakap sebelum kahwin beratnya 50 - 60 kg. Ayah ku pula sebelum kahwin pingangnya saiz 29. Sekarang ni dengan 4 orang anak, sihat-sihat belaka. Tambahan pula, ibu ku kerja jururawat kesihatan. Mana tak sihat kami ni. Hehehehe....Dengan adanya rezeki anak-anak, Allah s.w.t akan melimpah rahmat Nya dan rezeki Nya. Itu adalah janji Nya. Cuma kita yang perlu banyak berusaha mendapatkannya. Sekarang hidup kami tidak begitu mewah dan tidak begitu susah. Hanya hidup sederhana sahaja tetapi apa yang penting kebahagiaan yang telah diciptakan dan diberikan oleh Allah s.w.t.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Merdeka Raya.....


Assalaamualaikum w.b.t
     Bulan Syawal adalah bulan yang mengeratkan tali persaudaraan. Bulan Syawal juga adalah bulan ikatan kasih sayang yang telah lama terpisah. Bulan Syawal juga adalah bulan kesedihan dan juga bulan tangisan kepada individu yang tidak dapat meluangkan masa dengan keluarga kerana bekerja. Walau bagaimanapun, kita harus rasa bersyukur kerana diberi kesempatan oleh Nya menyambut Hari Raya Aidilfitri. 
     Selain itu, kita harus rasa ta’jub (teruja + kagum) kepada Nya kerana kita dipertemukan dengan Hari Raya dengan Hari Kemerdekaan tahun ke 54 yang berlangsung pada 31 Ogos 2011. Ditambah lagi kesyukuran kerana kita menyambut Merdeka Raya dengan penuh kenikmatan dan keamanan berbanding di negara2 Islam yang berpolitik dan tidak kesepaduan.
     Jika kita mengimbau kembali sejarah Rasulullah s.a.w, beliau melakukan ziarah para sahabat-sahabat nya. Ini adalah untuk mengeratkan lagi ikatan persaudaraan kita sesama manusia. Sama seperti kita kaum melayu, menjalankan ziarah sanak saudara mereka. Ini perlu diamalkan hingga akhir hayat kita.
     Di bulan Syawal juga kita galakkan melakukan sunat-sunat yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w seperti memotong kuku, mandi sunat Hari Raya, memakai wangi-wangian ketika di masjid kecuali kaum wanita, melakukan solat sunat Hari Raya di kawasan padang atau ruang yang besar dan banyak lagi. Makin banyak sunat dilakukan makin banyak pahala kita dapat.
     Dalam hadis Rasulullah s.a.w secara mafhum nya, semasa solat sunat Hari Raya sedang dijalankan para roh akan hadir mengelilingi kawasan tersebut untuk mendapat kan syafaat dan barakah dari keluarga mereka. Jadi segelintir kaum melayu sering hadir ke kubur dahulu sebelum ke masjid dengan alasan suasan panas di tengahari nanti. Ini menyebabkan roh tersebut tercari-cari kaum keluarganya. Jadi, seeloknya kita perlu bersolat sunat Hari Raya dahulu sebelum menghadiri ke kubur.

     Jika kita mengimbau kembali negara kita dijajah, Perdana Menteri kita yang pertama Tunku Abdul Rahman adalah Bapa Kemerdekaan. Kemudian negara kita kian berkembang maju dengan pemikiran Perdana Menteri kita yang pelbagai dengan 1 misi ingin memajukan negara Malaysia agar dikenali seluruh dunia. Sehingga ke hari ini, negara Malaysia semakin berkembang secara berperingkat-peringkat. Selama 54 tahun negara Malaysia masih masyhur diserata dunia. Dengan pengeksportan barangan buatan Malaysia, membuatkan rakyat luar negara tertarik kepada produk kita. Dan kita perlu rasa bersyukur, kerana negara kita hidup aman dan harmoni diatas hasil para Perdana Menteri kita.


     Di kesempatan ini, daku mengucapkan Selamat Merdeka Raya kepada seluruh pembaca-pembaca blog ini tidak kira berlainan agama, bangsa dan negara. Mohon maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas segala kata-kata, coretan nukilan, dan perlakuan yang kurang elok dipersembahkan oleh aku. 
Wassalam...... ^_^

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Aug 25, 2011

Lailatul Qadar...


Assalaamualaikum w.b.t

     Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Nya kita telah tinggal 5 hari lagi untuk kita mengakhiri bulan Ramadhan ini. Kita sepatutnya merasa sedih kerana setiap hari, setiap masa dan setiap detik kita akan semakin lama semakin meninggalkannya. Kemudian, kita juga seharusnya tahu akan 10 malam terakhir iaitu malam Lailatul Qadar dan mengambil peluang ini untuk mendapatkan nikmat yang Allah s.w.t berikan pada malam tersebut iaitu bersamaan 1000 bulan.

     Jadi, apakah maksud disebalik perkataan Lailatul Qadar???? Istilah qadr mempunyai tiga maksud; iaitu pertama; menetapkan, kedua kemuliaan dan ketiga penyempitan. Dilihat pada makna pertama iaitu menetapkan, pada malam tersebutlah Allah telah menentukan perjalanan hidup manusia melalui seruan dakwah Nabi Muhammad s.a.w. ke arah jalan yang hak dan menolak kebatilan dan itulah aturan jalan ketetapan yang ditentukan Allah walaupun penuh ranjau duri. Kedua, malam tersebut adalah semulia malam jika diteliti berlakunya penurunan Al-Quran (nuzul Al-Quran) dan pengiktirafan Allah terhadap malam tersebut. Ketiga, berlakunya kesempitan di dunia kerana jumlah kehadiran para malaikat yang membawa rahmat dan keampunan Allah.

     Jadi, perlakuan perbanyakkan ibadat pada 10 malam terakhir adalah berlarutan. Bukan hanya sehari dua atau berselang-selang. Akan tetapi terdapat pendapat kemungkinan kewujudan Lailatul Qadar itu muncul. Jadi perlakuan kita terhadap ibadat perlulah jujur, ikhlas kerana Allah s.w.t. Terdapat 3 perkara yang menunjukkan waktu sebenar Lailatul Qadar. Pertamanya, Lailatu Qadar hanya akan berlaku dalam bulan Ramadhan. Kedua, kebanyakan ulama berpendapat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Ini adalah pendapat yang paling rajih (absah). Ketiga, ia berlaku pada malam-malam ganjil iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

     Terdapat sebuah laman web meramalkan bilakah tarikh munculnya malam Lailatul Qadar iaitu http://www.when-is.com. Laman web ini menunjukkan tarikh malam Lailatul Qadar pada tahun ini ialah pada hari ini 25 Ogos 2011. Selain itu, di laman web ini terdapat ramalan-ramalan malam Lailatul Qadar pada tahun-tahun yang akan datang. Ramalan ini adalah sesat belaka dan tidaklah benar bahkan bertentangan dengan nas-nas yang sarih. Ini adalah kerana Nabi Muhammad s.a.w. sendiri tidak pernah memaklumkan bilakah waktu sebenar Lailatul Qadar.

     Di antara perkara yang perlu diimani dalam perkara berkaitan Lailatul Qadr ialah:
  1. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadr.
  2. Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan yang membawa maksud bahawa setiap amalan yang termakbul pada malam itu samalah dengan amalan yang setara dengannya sebanyak amalan seribu bulan.
  3. Para Malaikat dan ruh diturunkan pada malam tersebut.
  4. Sejahtera malam itu hingga terbit fajar (masuknya waktu Subuh).
  5. Ibadah yang jujur, ikhlas, konsisten, iltizam dan khusyuk pada sebarang masa.
  6. Tiada tanda-tanda fizikal yang dijelaskan oleh nas kecuali khabar-khabar angin semata.
     Mesti anda hendak tahu kan kenapa Allah s.w.t membuat malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Inilah kebijaksanaan Allah s.w.t.. Setelah 20 hari berpuasa, manusia sudah mempunyai kekuatan tahap kerohanian dan tingakat kesedaran yang tinggi serta momentum yang diperlukan untuk mempertingkatkan ”gear tertinggi” dalam amalannya. Malaikat turun pada malam tersebut sehingga terdorong orang mukmin melakukan ibadah dengan izin Allah s.w.t. dan merasai sejahtera dan selesa hingga pagi.

     Amalan yang mesti dilakukan pada malamnya ialah memperbanyakkan ibadah, membaca Al-Quran, beriktikaf dan berdoa. Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a. berkata:

"Ya Rasulullah bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar? Apa yang harus saya ucapkan pada malam itu?'' Baginda bersabda: Ucapkanlah: ``Ya Allah kami bermohon pada-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni (hamba-hamba Mu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami." 
(Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad).

     Doa lain yang baginda baca ialah seperti berikut yang bermaksud: 

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan peliharalah kami dan siksa api neraka.
(QS Al-Baqarah [2]: 201).

     Pandangan masyarakat kita sering memikirkan petanda2 malam Lailatul Qadar adalah perkara2 yang pelik akan berlaku seperti ada ais ketika hujan turun, sungai yang berhenti mengalir, pokok2 sujud ke bumi, ufuk langit merah dan macam2 lagi. Ini adalah kejadian Allah s.w.t yang hendak menunjukkan kekuasaan Nya dan hanya secara kebetulan.

     Ramai juga yang tidak mahu tidur pada malam yang dijangkakan Lailatul Qadr kononnya untuk bertemu dengan malam tersebut. Ini satu lagi perkara tahyul dan tidak berasas. Pokok terpenting ialah mempertingkatkan amalan-malan pada 10 malam terakhir Ramadan. Kalaupun seseorang bertemu dengan malam Lailatul Qadr, akan tetapi tidak mempunyai amalan, persiapan ibadah atau penyucian batin, maka tidaklah ia mendapat keberkatan dan manafaat malam tersebut.

     Oleh itu, wahai umat Rasulullah, perbanyakkan lah amalan kita dengan jujur dan ikhlas agar kita mendapat rahmat dan pahala di sisi Nya.

Sumber : 
Lailatul Qadr: Kepentingan dan Penghayatannya.
Dr. Amini Amir Abdullah
Pengarah Pusat Islam
Universiti Putra Malaysia

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Nasyid Ku Hidup Ku.....

Assalaamualaikum w.b.t

     Kepada pembaca ku yang setia, ada member aku ni bagi request untuk aku cerita mengenai diriku dalam bidang nasyid. Jadi apa yang aku tulis adalah pengalaman aku menceburi bidang nasyid. Manalah tahu, kalau aku ditentukan oleh Allah untuk jadi satu kumpulan nasyid tanahair suatu hari nanti. Insyaallah. ^_^

     Ok lah, cerita ku bermula sejak zaman aku sekolah menengah lagi. Waktu itu aku bersekolah di Sekolah Menengah Agama (Arab) Kota Tinggi (SMAKT). Hingga sekarang sekolah itu masih kukuh dan semakin banyak renovet bangunan2 nya. Waktu aku tingkatan 1, aku telah di dedahkan dengan paluan kompang, alat muzik (perkasyen), seni khat dan macam2 lagi seni yang ku pelajari. Cuma pada waktu itu, aku banyak tertumpu pada perkasyen dan seni khat.

     Dengan penumpuan ku itu, aku banyak belajar dari senior2, kengkawan aku sehingga aku menjadi semakin minat dalam perkasyen nasyid. Seni khat tidak kurang hebatnya. Aku ingat lagi, semasa guru mengajar didalam kelas, aku sibuk dengan latihan seni khat aku. Bukan aku sahaja, geng2 aku pon ikut sekali. Ada sahaja tulisan2 di buku2. Ditambah lagi dengan pembelian pen khat. Yelah, asyik2 mata pen rosak. Dah rosak kene beli baru. Dapat mana duit??? adalah....hehehe.

     Ok, itu dari seni khat. Berbalik kepada perkasyen, aku mula belajar cara ketukan nada. Hingga kan kami mencari buku untuk menghasilkan bunyi ketukan itu. Selain itu, aku juga belajar dengan ketuk2 di meja, di stesen bas, kat dalam bas hatta kat peha pon aku jadikan bahan ketukan dan tepuk kan aku. Memang waktu itu, aku gila2 dengan perkasyen tersebut.

     Jadi, bila aku mula menggunakan perkasyen???? Aku mula menggunkan perkasyen diwaktu tingkatan 3. Waktu itu, aku duduk asrama (saje je nak duduk asrama walau pun umah x lah jauh sgt) selama setahun. Ada seorang cikgu bernama cikgu Muzaidi mengajak aku dan geng2 aku bermain perkasyen tanpa suara. Sebab cikgu Muzaidi ingin membuat rakaman macam karaoke lah. Jadi kami pun bermain dengan suka2 tetapi berdisiplin. Satu kelebihan aku bermain alat muzik nsyid ini adalah, aku cepat tangkap gaya, bunyi dan tempo lagu tersebut. Ini membuatkan aku boleh bermain sebarang perkasyen dengan bangganya. Hehehe...

     Sewaktu aku tingkatan 5 pula, aku telah di invite untuk join group skull aku dalam pertandingan nasyid peringkat negeri untuk bermain conga. Aku sungguh teruja waktu itu, kerana pertama kali aku join pertandingan yang agak besar event nya. Dalam group kami kami diberi nama kumpulan "Firqatul Kauthar" dan diajar oleh Ust Fahmi (sama beb nama aku). Cara dia mengajar memang sungguh berdisiplin. Jika ada salah seorang dari kami lewat hadir dalam latihan, siap lah orang tu. Ust  kami tu lantang + nyaring suara nya. Kalau dia jerit, pergh....x dapat digambarkan. Tapi dia memang seorang yang tegas dan suara yang agak lunak. Dari situlah aku melihat cara pergerakan, gaya, dan jenis2 suara.

     Semasa pertandingan dijalankan memang kaw2 persembahan kumpulan nasyid yang lain. Tetapi group kami ada inspirasi tersendiri. Hasil daripada ust kami. Anda bayang kan, golongan perkasyen kene buat gaya semasa bermain. Aku ingat ahli suara je yang buat gaya. N then, kami tambah bagi ahli2 suara tentera berkuda masuk mengadap (kuda kepang lah) hehehe....Selain itu juga, aku diberi amanah untuk meng'creat' asap untuk menjadi lebih kreatif. (Ada cara nya...x bleh bg taw).hehehe...Akan tetapi sayang kerana kami kalah dalam pertandingan tersebut. Ust Fahmi waktu itu berdukacita dan teramat sedih kerana tiada no pada kami. Macam kami tempat yang terakhir dalam pertandingan tersebut. Walaubagaimana pun, aku ucapkan trimas pada ust Fahmi kerana telah menjinakkan diriku dalam bidang nasyid ini.

     Semasa umur ku 18 tahun, aku telah masuk Maahad Johor (MJ) selama setahun. Disitu, aku juga di invite untuk join group nasyid MJ dan diberi nama Rusydaniah. Memang nama tu khas untuk pelajar MJ sahaja. Aku diberi bermain jidol. Biasanya jidol ini dimainkan dengan kompang. Tetapi, dalam sejarah aku telah gunakan dalam persembahan nasyid. Huhuhu.... Ini menyebabkan group nasyid Rusydaniah jadi market kepada pelajar wanita lagi ayu. Mana tak nya, group kami dalam 10 orang je n golongan wanita ntah berapa ratus orang agaknya. Lagi pun, kami selalu buat persembahan nasyid kat MJ. Mana semua tak kenal kami ni. Hehehe.....

Inilah group aku yang semakin bercambah bidang aku dalam nasyid

     Selepas aku belajar di MJ selama setahun, group kami masih lagi aktif. Kami juga ada melakukan persembahan nasyid di Maahad Pontian, menjadi juri dalam pertandingan nasyid, pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nasyid peringkat kebangsaan di Bukit Jalil. Juri pada waktu adalah dari kumpulan hijjaz. Sempat juga beberapa geng aku ambil gambar. Teruja sangat2 katakan. Ini semua adalah kenangan2 ku yang lalu dan masih lagi segar dalam ingatanku. Hingga aku dapat menubuhkan satu group nasyid di universiti.

     Sewaktu ku berusia 19 tahun yang sangat muda, aku menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM). Aku menetap di Dewan Penginapan Pelajar TM (DPP TM). Di waktu itu, group nasyid di DPP TM ntah ada @ tidak waktu tu. Sehingga diadakan pertandingan nasyid inter blok. Waktu tu, blok ku memenangi pertandingan nasyid tersebut dan diminta membuat persembahan semasa majlis penutupan. Akan tetapi waktu itu, group aku tidak hebat sangat sebab time tu aku masih kerdil. Bermula ku semester 2, aku mula mencari2 ahli2 baru secara senyap. Memang sukar untuk mencari ahli2 baru yang kaw2. Lama juga aku bertahan kumpulan ku yang diberi nama "Soutur Rohaniah". Selain itu, memang sukar untuk melakukan persembahan terbaik dalam pertandingan dan persembahan. Bak kata orang dulu2, melentur buluh biarlah dari rebung. Lama-kelamaan group yang ku bina dapat memenangi pertandingan iaitu, mendapat johan dalam Pertandingan Nasyid Naib Canselor dan naib johan dalam Pertandingan Nasyid Canselor pada tahun 2010. Waktu itu, usaha ku tidak menjadi sia2. Akhirnya membuahkan hasil. Alhamdulillah.

Semasa Persembahan Nasyid Piala TNC

Mendapat tempat Johan dalam Nasyid Piala TNC

Penuh bargaya semasa Pertandingan Nasyid Piala NC

Akhirnya kami mendapat Naib Johan dalam Piala NC

     Pada tahun 2011 berakhirnya sesi pembelajaran ku di UUM. Aku menjalani praktikal di MAIJ daerah Kota Tinggi. Akan tetapi segala yang berlaku ada hikmahnya. Tugasan ku di UUM belum berakhir. Aku masih menuntut lagi di UUM kerana ada subjek sangkut dan terpaksa aku sambung selama 6 bulan (lama tu...). Tetapi bagus juga kerana, masih ada sisa2 yang belum ku selesaikan dalam group Soutur Rohaniah ini. Jadi tunggu lah wahai ahli2 Soutur Rohaniah. Akan berlaku perkara yang gempak akan ku lakukan. Tunggu yer....wassalam....

"Terima kasih kepada Ali, Piji, Din, Hanis, Dayat, Wan, Salikin, Fifi, Padil, Cek li, Idris, Zafri, Salikin, Bo, Rasyid, Rasyidan, Aji (Safuan), Fizi, Ilham (Camera men), Rahman, Esmeth, Daus, Syuk (Bebet) dan seluruh yang telah join group Soutur Rohaniah (Mana yang x da nama kat atas sori yer, luper lah hehehe...). Korang memang TERBAIK!!!! dan akan ku kenang sampai bebila."

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Aug 18, 2011

Segmen: Memori Ramadhan by Sakura

 
Assalaamualaikm....
Di waktu musim Ramadhan ni, saya nak bercerita sedikit tentang pengalaman lucu saya berpuasa. Sehingga ke hari ini saya masih ingat lagi peristiwa itu. Saya mula berpuasa kalau tak silap masa umur saya 6 tahun. Masa tu depan ibu nampak baik je, puasa penuh je. Tapi dibelakang ibu, buat-buat x nampak jek. Time lapar jek, cek line clear ke tak. Line clear je, cepat-cepat bukak peti ais amik makanan yang ada. Waktu tu x amik semua sekali lah, amik sikit-sikit. Berulang kali buat macam tu, sampai sekarang perkara ini belum dapat di kantoi kan oleh ibu. Terer tak saya. Hehehe ^_^

Itu masa 6 tahun lah. Dah masuk 7 tahun dan seterusnya, tak buat lagi macam tu. Cuma saya masih ingat lagi waktu solat tarawikh. Yelah, keluarga saya memang melakukan solat tarawikh + witir 23 rakaat. Macam satu kewajipan. Apa yang masih saya ingat, ketika di marahi oleh ibu saya. Yelah kan, umur setahun jagung asyik ingat nak main jek. Lepas saya buat 8 rakaat, saya pergi main kat bahagian belakang kaki lima masjid. Sedang syok2 main, tetiba ibu saya datang. Dah lah kawasan tu gelap, kene pulak ibu saya pakai telekung. Pandang kali pertama saya menjerit saya panggil "HANTU!!!!". Pandang kali kedua, tapak tangan kat pipi. Hehehe....

Ok, itu waktu saya kecik2 dulu. Nampak macam nakal kan. Tapi time bulan puasa jek. Hehehe. Ada kelucuan lagi yang masih terngiang difikiran saya. Masa waktu dah nak berbuka, tak ingat saya umur saya berapa ketika itu. Kami sekeluarga sedang menyediakan juadah berbuka. Ada yang sediakan lauk-pauk, sediakan nasi, sediakan kuih-muih, pinggan mangkuk dan saya ditugaskan untuk sediakan air. Time tu saya nak buat air blackcurrant ribena kalau tak silap. 

Time tu pukul 7.05 mlm. Waktu berbuka jam 7.15 mlm. Jadi ada 10 minit lagi untuk menunggu. Saya pon menyediakan air, saya kacau-kacau, godak-godak air tu, tetiba saya angkat senduk tu, saya hirup air tu, nak taw rasa air tu ok ke tak. Dah terbiasa buat. Kebetulan nenek yang sedang menyediakan lauk-pauk terperasan. Dia pun tanya, "ai mi, ko x puasa ker???". Saya terkejut dan terus berlari ke bilik. Nenek ketawa jek. Time tu saya pikir, "alamak, batal lah puasa aku....". Nenek saya panggil saya dan bertanya "memang tak teringat ker puasa???" saya pon jawab ya. Nenek pun bgtaw saya puasa saya dapat diteruskan. Yang menjadi bertambah lucu nenek tanya lagi, "sedap tak air tu????" saya pon jawab sedap tapi malu giler time tu. Hehehe...

Begitulah citer saya di ambang puasa yang lucu. Bak kata orang perkara yang lucu sukar dilupakan. Jadi anda pon mesti ada perkara yang lucu hendak disampaikan. Anda boleh layari link ini untuk berkongsi cerita di bulan Ramadhan ini. Wassalam...

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Aug 14, 2011

Renungan Ramadhan 4


Assalamu alaikum w.b.t,

Pada renungan Ramadhan yang lepas, telah saya ceritakan tentang sunat-sunat dalam bulan Ramadhan dan kelebihan sunat-sunat tersebut. Pada kali ini saya hendak berbincang mengenai perkara yang dilakukan dalam asolat tarawikh kita setiap hari semasa bulan Ramdhan.

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Di antara perkara yang menjadi syi’ar dalam bulan Ramadhan ialah solat sunat tarawih yang kita hadiri pada malam ini. Solat ini sangat besar pahalanya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah r.a. katanya:

Rasulullah s.a.w menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadhan, tetapi tidak mewajibkannya. Beliau bersabda: “Barangsiapa yang bangun pada malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu.”

Cukuplah bagi kita hadis Nabi s.a.w ini untuk menjadi perangsang kepada kita untuk solat tarawih. Baginda menganjurkannya sambil menjanjikan keampunan dari dosa-dosa yang telah lalu.

Saudara-saudari yang budiman,

Kita semua orang yang berdosa..., maka marilah kita merebut peluang untuk mendapatkan keampunan bagi dosa-dosa kita. 

Satu perkara yang harus diperhatikan ialah syarat yang diletakkan oleh Nabi s.aw untuk mendapat pengampunan dosa yang telah lalu ialah kita bangun bersolat dengan “imaanan wah tisaaban” yang diterjemahkan sebagai “iman dan mengharapkan keredhaan Allah”. Maknanya kita memastikan ketulusan iman, keikhlasan niat, penyerahan yang redha kepada Allah. Ia bermakna kita perlu berusaha meningkatkan kualiti tarawih kita.

Satu perkara yang sering menjadi bahan polemik mengenai tarawih ialah bilangan rakaatnya. Ada pula yang menimbulkan polemik lain; solat berseorangankah yang baik atau berjamaah? Sikap terbaik dalam hal ini ialah kita berlapang dada dengan perbezaan pendapat yang wujud ini tanpa memperkecilkan atau meremehkan salah satu pendapat yang lain. Polemik ini akan tidak berkesudahan kerana masing-masing mempunyai kekuatan hujjahnya masing-masing.

Apa yang penting ialah, pilihlah satu pendapat yang kita yakini hujjahnya dan berusahalah mencari jalan bagi mendapatkan solat tarawih yang paling berkualiti. Ini mungkin bermakna kita akan solat di surau berdekatan rumah kita atau kita terpaksa bersolat di masjid atau surau yang jauh dari rumah kita. Atau mungkin ia bermakna kita akan solat sendirian atau bersama keluarga di rumah.

Saudara-saudari yang budiman,

Apa yang perlu kita risaukan ialah bagaimana kualiti tarawih tersebut; tidak kira samada ianya 20 atau 8 rakaat, di masjid jauh atau di surau dekat, kita kerjakan berseorangan atau berjamaah. Pokoknya, solat tarawih yang mempunyai kualiti “imaanan wah tisaaban” bukan dibuat sekadar melepaskan batuk di tangga tetapi dengan perancangan yang sedar dan pemilihan yang teliti. 

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memasukkan kita di kalangan orang yang diredhai-Nya. Amin....

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Aug 12, 2011

Renungan Ramadhan 3

      
     Assalaamualaikum w.b.t

     Pada renungan Ramadhan yang kedua, saya telah menerangkan berkaitan bab taqwa. Pada kali ini saya hendak menyentuh sedikit berkaitan bab sunat puasa di bulan Ramadhan.

     Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

     Di antara sunat puasa yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam kini ialah bersahur. Bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“ Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.”
(hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

     Dalam hadis lain, Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para Malaikat-Nya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur”.
(hadis Riwayat Ahmad)

     Dan adalah disunatkan kita melewatkan sahur tersebut, seperti dinyatakan oleh ‘Amar bin Maimun mengenai para sahabat Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Para sahabat Nabi Muhammad (saw) itu adalah orang-orang yang paling bersegera berbukanya dan paling lambat bersahurnya”
(Riwayat Baihaqi)

     Di sana terdapat hikmah dan berkat yang besar dari sahur dan melewatkannya. Pertama, ia memberi kekuatan kepada yang berpuasa. Tetapi lebih besar ertinya pada kita ialah sahur memberi peluang untuk mendapat ucapan selawat dari Allah dan para malaikat.

     Bukan mudah untuk kita melayakkan diri menerima ucapan selawat daripada Pencipta dan Penguasa Alam dan para malaikat-Nya. Ini merupakan satu anugerah yang perlu direbut oleh setiap insan. Mengingatkan anugerah ini, pastinya tidak terlalu sukar untuk kita bangun esok pagi untuk bersahur.

     Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
     Satu lagi hikmah yang besar dari sahur yang lewat ialah ia akan memastikan kita berjaga di penghujung malam menjelang subuh; satu saat yang amat mustajab untuk berdo’a. Ambillah peluang bangunnya kita di waktu sahur untuk menunaikan dua rakaat solat tahajjud atau hajat dan berdo’alah kepada-Nya Yang Maha Mendengar.

     Di samping itu, bangunnya kita untuk bersahur menjelang subuh akan memastikan agar kita dapat solat subuh di awal waktunya; satu amalan yang amat disukai. 

     Menurut sebuah hadis dari Abu Mas’ud al-Ansari:

“Bahwa Rasulullah s.a.w melakukan solat subuh di saat kelam pada akhir malam (di awal waktu subuh), kemudian pada kali lain dilakukannya ketika hari mulai terang. Setelah itu solat tetap dilakukannya pada waktu gelap tersebut sehingga beliau wafat, dan tidak pernah lagi di waktu hari telah mulai terang.”
(riwayat Abu Daud dan Baihaqi)

     Di samping itu, berkesempatan pula kita bersolat sunat subuh yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w :

“Dua rakaat sunat subuh itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.”
(hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Tirmidhi dan an-Nisa’i)

     Oleh itu, kita tidak boleh memandang sahur hanya sekadar untuk makan menambah tenaga bagi menguatkan badan; mungkin tidak diperlukan jika seseorang merasakan dirinya telah kuat. Tetapi sahur adalah lebih dari itu; ia adalah satu sunnah; melakukannya memberi kita peluang mendapat selawat dari Allah dan para malaikat, peluang untuk berdo’a di saat yang mustajab, dapat solat subuh di awal waktu dan dapat pula bersolat sunat yang begitu besar ganjarannya.

     Semoga Allah mempermudahkan kita untuk istiqamah di atas sunnah Nabi-nya. 

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Aug 9, 2011

Renungan Ramadhan 2

 
     Asslaamualaikum w.b.t

     Pada hari yang lalu saya telah menerangkan berkenaan renungan ramadhan yang pertama, dan pada hari ini saya hendak menerangkan renungan Ramadhan yang kedua. Semoga dengan renungan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita serta amalan kita diberkati oleh Nya.

     Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

     Allah s.w.t berfirman, maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kami berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa".
(Surah al-Baqarah: 183)

     Ayat ini merupakan ayat yang menitahkan fardhu puasa pada tahun kedua hijrah. Di samping menyatakan kewajipan puasa, ayat ini juga menyatakan tujuan dari ibadah puasa kita “agar kamu bertaqwa”. Darjah taqwa ialah darjah tertinggi yang boleh dicapai oleh seorang hamba. Orang yang bertaqwa dijanjikan surga oleh Allah:

“Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya”
(Surah al-Qalam:34)

“Dan bersegeralah kepada keampunan dari Tuhan-mu dan syurga yang bidangnnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah ali-Imran: 133)

     Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

     Orang-orang yang bertaqwa akan memperolehi hidayah yang Allah turunkan di dalam al- Quran:

“Alif, Lam, Mim. Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan di dalamnya petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. “
(Surah al-Baqarah: 1-2)

     Orang-orang yang bertaqwa bukan sahaja mendapat kejayaan di akhirat bahkan layak mendapat bantuan Allah di dunia lagi. Firman Allah bermaksud:

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
(Surah at-Talaq: 2-3)

     Orang-orang bertaqwa merupakan orang yang paling mulia di sisi Allah:

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa dari kalangan kamu”
(Surah al-Hujurat: 13)

     Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

     Oleh itu, taqwa adalah darjat yang begitu tinggi, yang melayakkan seseorang menjadi orang paling mulia, dijanjikan syurga, diberikan hidayah dan keampunan serta diberikan bantuan sejak di dunia lagi. Pasti untuk memperolehinya agak sukar. 

     Namun kini peluangnya terbuka luas dengan tawaran istimewa dari Allah s.w.t. Janji Allah, jika kita berpuasa dengan sebenar puasa, pasti kita kan mencapai darjat taqwa. Marilah sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk memastikan agar puasa kita Ramadhan ini mampu melonjakkan kita ke darjat taqwa. Amin.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Aug 7, 2011

Renungan Ramadhan 1


Assalaamualaikum w.b.t

     Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya, kita dapat dipanjangkan usia untuk menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan pada tahun ini. Untuk pengetauan tuan2, puan2, makcik2, pakcik2, akak2, abang2 dan kawan2 sekalian, doa ini sering kita selalu dengar dan sering kita doakan :

"Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan".

     Kita juga patut bersyukur kerana malam ini kita dapat bersama-sama menjalankan ibadah solat tarawikh, salah satu sunnah yang amat dititik beratkan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga Allah memanjangkn umur kita bagi memperolehi segala keberkatan Ramadhan dan mengekalkan kita dengan iltizam dan komitmen pada solat tarawikh.

Saudara-saudari yang dirahmati oleh Allah s.w.t,

     Rasulullah s.a.w telah bersabda ketika menjelang Ramadhan yang bermaksud :

"Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan yang berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan. Dibulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya, sesungguhnya dia adalah orang yang rugi"
(Hadis riwayat Ahmad dan An-nasai)

     Demikian saudara dan saudari, bunyi pengumuman yang dibuat oleh Rasullullah s.a.w setiap menjelangnya Ramadhan.

     Pengumuman ini membayangkan bahawa kedatangan Ramadhan adalah satu peristiwa yang amat bermakna bagi mukmin. Puasa pada siang harinya adalah salah satu syi’arnya yang penting. Tetapi bukan itu sahaja yang terdapat di bulan ini. Adalah rugi kiranya kita terlepas dari mendapat manfaat dan keberkatan lain yang begitu banyak di dalamnya.

     Rasullullah s.a.w menegaskan bahawa Ramadhan bukan sahaja bulan kita berpuasa tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luas terbentang, jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada-tolok bandingnya.

     Nah.. jika begitu. Kita tanyakan diri kita pada malam pertama ini. Mahukah kita menerima tawaran dan pemberian Allah ini? Mahukah kita menjadi hamba-Nya yang mendapat keberkatan lailatul qadr yang lebih baik dari seribu bulan yang bersamaan lebih 83 tahun.. mungkin melampaui kadar umur kita?

     Sebaliknya ingatlah pesanan di hujung hadis tersebut:

“Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi”.

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

     Maka pada malam ini, marilah kita tetapkan niat kita untuk menimba sebanyak mungkin keberkatan di bulan Ramadhan. Pada malam ini, kita tingkatkan komitment kita untuk rakus dan haloba mencari pahala. Malam ini juga kita pasang janji kita untuk berlumba memanfaatkan masa yang begitu terhad untuk beramal dan beribadah. Pada malam ini kita bulatkan tekad untuk tidak tergolong ke dalam golongan yang rugi.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Aug 1, 2011

Ramadhan : Hadis Rasulullah S.A.W


Sabda Nabi S.A.W : 
"Diberi kepada umat ku 5 perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
  1. Bau mulutnya orang yang berpuasa lebih daripada harum kasturi di sisi Allah S.W.T.
  2. Segala perbelanjaan dan derita selama puasanya adalah syurga balasannya.
  3. Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
  4. Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan kepada sepuluh hingga tujuh ratus ganda, melainkan puasa ia bagi ku, aku balas kepadanya yang berpuasa menahan syahwatnya, makan minumnya kerana aku.
  5. Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat."

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA-