Bulan Syawal adalah bulan yang mengeratkan tali persaudaraan. Bulan Syawal juga adalah bulan ikatan kasih sayang yang telah lama terpisah. Bulan Syawal juga adalah bulan kesedihan dan juga bulan tangisan kepada individu yang tidak dapat meluangkan masa dengan keluarga kerana bekerja. Walau bagaimanapun, kita harus rasa bersyukur kerana diberi kesempatan oleh Nya menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Selain itu, kita harus rasa ta’jub (teruja + kagum) kepada Nya kerana kita dipertemukan dengan Hari Raya dengan Hari Kemerdekaan tahun ke 54 yang berlangsung pada 31 Ogos 2011. Ditambah lagi kesyukuran kerana kita menyambut Merdeka Raya dengan penuh kenikmatan dan keamanan berbanding di negara2 Islam yang berpolitik dan tidak kesepaduan.
Jika kita mengimbau kembali sejarah Rasulullah s.a.w, beliau melakukan ziarah para sahabat-sahabat nya. Ini adalah untuk mengeratkan lagi ikatan persaudaraan kita sesama manusia. Sama seperti kita kaum melayu, menjalankan ziarah sanak saudara mereka. Ini perlu diamalkan hingga akhir hayat kita.
Di bulan Syawal juga kita galakkan melakukan sunat-sunat yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w seperti memotong kuku, mandi sunat Hari Raya, memakai wangi-wangian ketika di masjid kecuali kaum wanita, melakukan solat sunat Hari Raya di kawasan padang atau ruang yang besar dan banyak lagi. Makin banyak sunat dilakukan makin banyak pahala kita dapat.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w secara mafhum nya, semasa solat sunat Hari Raya sedang dijalankan para roh akan hadir mengelilingi kawasan tersebut untuk mendapat kan syafaat dan barakah dari keluarga mereka. Jadi segelintir kaum melayu sering hadir ke kubur dahulu sebelum ke masjid dengan alasan suasan panas di tengahari nanti. Ini menyebabkan roh tersebut tercari-cari kaum keluarganya. Jadi, seeloknya kita perlu bersolat sunat Hari Raya dahulu sebelum menghadiri ke kubur.
Jika kita mengimbau kembali negara kita dijajah, Perdana Menteri kita yang pertama Tunku Abdul Rahman adalah Bapa Kemerdekaan. Kemudian negara kita kian berkembang maju dengan pemikiran Perdana Menteri kita yang pelbagai dengan 1 misi ingin memajukan negara Malaysia agar dikenali seluruh dunia. Sehingga ke hari ini, negara Malaysia semakin berkembang secara berperingkat-peringkat. Selama 54 tahun negara Malaysia masih masyhur diserata dunia. Dengan pengeksportan barangan buatan Malaysia, membuatkan rakyat luar negara tertarik kepada produk kita. Dan kita perlu rasa bersyukur, kerana negara kita hidup aman dan harmoni diatas hasil para Perdana Menteri kita.
Di kesempatan ini, daku mengucapkan Selamat Merdeka Raya kepada seluruh pembaca-pembaca blog ini tidak kira berlainan agama, bangsa dan negara. Mohon maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas segala kata-kata, coretan nukilan, dan perlakuan yang kurang elok dipersembahkan oleh aku.
Wassalam...... ^_^
** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-
No comments:
Post a Comment