Aug 31, 2011

Rezeki Anak-anak Melimpah Ruah..

Assalaamualaikum w.b.t 

     Baiklah, kali ini aku hendak menceritakan berkaitan keluarga kita, ibu bapa kita dan adik-beradik kita. Bak kata orang dulu2 rezeki anak-anak melimpah ruah. Jadi saya hendak mengupas kata-kata orang dulu2. Anak adalah rezeki daripada Allah s.w.t untuk ibu bapa yang menginginkan zuriat dan berterusan hingga ke akhir hayat mereka. Jadi, kita mesti ingat mereka membesarkan kita dengan tulang empat kerat nya dan perlu membalas menghormati serta membalas jasa mereka. Ingat tu…. ^_^
 Ibu dan Ayah yang ku cinta

     Pasti mejoriti dari para pembaca blog ku ini ibu bapa yang kurang dari segi kewangan sebelum kita dilahirkan. Seperti ibu bapa ku, sebelum aku dilahirkan ibu bapa ku adalah orang yang agak miskin. Mereka bersusah payah mencari kerja untuk menyara hidup mereka hingga mereka dipertemukan dan dijodohkan. Kenderaan pertama ibu bapa ku ialah motosikal yamaha jenis klasik punya. Hingga aku dilahirkan, mereka membawa aku berjalan-jalan keliling bandar.
 Dari kiri : Ayah ku (Che Rahim), Ibu ku (Faiza), Nenek ku (Hjh Sipah), Adik ke-3 (Fadhilah), Adik ke-4 (Muhammad Faiz), Adik ke-2 (Fahimah) dan Diri ku (Mohd Fahmi)

     Hingga aku berumur 3 tahun, ibu bapa ku dapat membeli kereta saga. Bayangkan rezeki yang Allah taala nak beri setelah melahirkan aku. Lahir adik ku yang kedua, keluarga ku track in kereta saga kepada kereta iswara. Lahir adik ku yang ketiga, keluarga ku track in lagi kereta iswara kepada kereta wira di tambah lagi dengan pembelian motor kriss 1 (motor yahama masih ada lagi). Lahir adik ku yang terakhir tambah lagi kenderaan dengan membeli kereta naza ria, lori dan motor LC135 sebiji. Motor yamaha klasik pulak dah jual kat orang lain. So, conclusion nye keluarga ku ada kereta wira, kereta naza, motor kriss 1, motor LC 135 dan lori.
Sewaktu Hari Raya pada 30 Ogos 2011. Tema warna hijau.

     Lihatlah, kami sekeluarga badan big-big belaka. Dulu sebelum kahwin, ibu bapa ku kurus sangat. Ibu ku pernah cakap sebelum kahwin beratnya 50 - 60 kg. Ayah ku pula sebelum kahwin pingangnya saiz 29. Sekarang ni dengan 4 orang anak, sihat-sihat belaka. Tambahan pula, ibu ku kerja jururawat kesihatan. Mana tak sihat kami ni. Hehehehe....Dengan adanya rezeki anak-anak, Allah s.w.t akan melimpah rahmat Nya dan rezeki Nya. Itu adalah janji Nya. Cuma kita yang perlu banyak berusaha mendapatkannya. Sekarang hidup kami tidak begitu mewah dan tidak begitu susah. Hanya hidup sederhana sahaja tetapi apa yang penting kebahagiaan yang telah diciptakan dan diberikan oleh Allah s.w.t.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Merdeka Raya.....


Assalaamualaikum w.b.t
     Bulan Syawal adalah bulan yang mengeratkan tali persaudaraan. Bulan Syawal juga adalah bulan ikatan kasih sayang yang telah lama terpisah. Bulan Syawal juga adalah bulan kesedihan dan juga bulan tangisan kepada individu yang tidak dapat meluangkan masa dengan keluarga kerana bekerja. Walau bagaimanapun, kita harus rasa bersyukur kerana diberi kesempatan oleh Nya menyambut Hari Raya Aidilfitri. 
     Selain itu, kita harus rasa ta’jub (teruja + kagum) kepada Nya kerana kita dipertemukan dengan Hari Raya dengan Hari Kemerdekaan tahun ke 54 yang berlangsung pada 31 Ogos 2011. Ditambah lagi kesyukuran kerana kita menyambut Merdeka Raya dengan penuh kenikmatan dan keamanan berbanding di negara2 Islam yang berpolitik dan tidak kesepaduan.
     Jika kita mengimbau kembali sejarah Rasulullah s.a.w, beliau melakukan ziarah para sahabat-sahabat nya. Ini adalah untuk mengeratkan lagi ikatan persaudaraan kita sesama manusia. Sama seperti kita kaum melayu, menjalankan ziarah sanak saudara mereka. Ini perlu diamalkan hingga akhir hayat kita.
     Di bulan Syawal juga kita galakkan melakukan sunat-sunat yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w seperti memotong kuku, mandi sunat Hari Raya, memakai wangi-wangian ketika di masjid kecuali kaum wanita, melakukan solat sunat Hari Raya di kawasan padang atau ruang yang besar dan banyak lagi. Makin banyak sunat dilakukan makin banyak pahala kita dapat.
     Dalam hadis Rasulullah s.a.w secara mafhum nya, semasa solat sunat Hari Raya sedang dijalankan para roh akan hadir mengelilingi kawasan tersebut untuk mendapat kan syafaat dan barakah dari keluarga mereka. Jadi segelintir kaum melayu sering hadir ke kubur dahulu sebelum ke masjid dengan alasan suasan panas di tengahari nanti. Ini menyebabkan roh tersebut tercari-cari kaum keluarganya. Jadi, seeloknya kita perlu bersolat sunat Hari Raya dahulu sebelum menghadiri ke kubur.

     Jika kita mengimbau kembali negara kita dijajah, Perdana Menteri kita yang pertama Tunku Abdul Rahman adalah Bapa Kemerdekaan. Kemudian negara kita kian berkembang maju dengan pemikiran Perdana Menteri kita yang pelbagai dengan 1 misi ingin memajukan negara Malaysia agar dikenali seluruh dunia. Sehingga ke hari ini, negara Malaysia semakin berkembang secara berperingkat-peringkat. Selama 54 tahun negara Malaysia masih masyhur diserata dunia. Dengan pengeksportan barangan buatan Malaysia, membuatkan rakyat luar negara tertarik kepada produk kita. Dan kita perlu rasa bersyukur, kerana negara kita hidup aman dan harmoni diatas hasil para Perdana Menteri kita.


     Di kesempatan ini, daku mengucapkan Selamat Merdeka Raya kepada seluruh pembaca-pembaca blog ini tidak kira berlainan agama, bangsa dan negara. Mohon maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas segala kata-kata, coretan nukilan, dan perlakuan yang kurang elok dipersembahkan oleh aku. 
Wassalam...... ^_^

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-