Jul 27, 2011

Petua Menghalau Semut


     Satu jenis serangga yang ada di mana-mana adalah semut. Seperti mana yang kita tahu, semut amat mudah tertarik di tempat hidangan makanan terutama pada yang manis seperti gula, kuih-muih, manisan, gula-gula dan sebagainya. Akan tetapi jika kita silap menghalau semut ini, kita pula yang akan digigitnya.
Menghalau Semut Dalam Bekas @ Balang Gula.
     Jika ada sejumlah semut di dalam bekas gula, untuk menghalaunya cuba petua ini. Letakkan sebilah pisau dibawah bekas atau balang gula yang dikerumuni oleh semut tersebut. Biarkan beberapa minit dan semut-semut itu akan kelihatan berkumpul di satu tempat. Jadi, anda boleh membuang semut-semut tersebut dengan mudah.

Melindungi Bekas @ Balang Gula Daripada Semut.
     Untuk melindunginya, cubalah ikuti petua ini :
1. Ambil seutas tali atau kain perca. Lumurkan dengan minyak kelapa. Kemudian ikat atau lilitkan tali atau kain perca itu tadi disekeliling balang atau bekas gula. Insyaallah, semut tidak akan merayap masuk dalam balang atau bekas gula itu lagi.
2. Letakkan sekurang-kurangnya 3 biji bunga cengkih ke dalam bekas gula. Bunga cengkih dikatakan mampu menghindari semut dan juga menambahkan bau harum pada gula yang disimpan.

Mengelakkan Semut Panjat Ke Meja Hidang Makanan.
     Untuk mengelakkannya, cubalah ikuti petua ini :
Sediakan tali atau kain perca yang telah dilumur dengan minyak kelapa atau minyak masak. Lilitkan tali atau kain perca tersebut pada kaki  meja itu. Ia juga boleh dilakukan pada almari, rak, dan perabot-perabot yang seangkatan dengannya. Insyaallah, meja makan anda tidak akan lagi dihinggapi oleh semut.

Selamat mencuba......

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA. (-@_@-)

No comments:

Post a Comment