Jul 3, 2011

Tips Untuk Lulus Temu Duga di Sektor Swasta (Siri 1)


Kita mahu kerja di perusahaan bukan semata-mata bijak di akal sahaja tetapi juga di hati dan tingkah laku. Justeru, bagi mereka yang bergraduasi dengan PNGK cukup-cukup makan, sila ikuti tip-tip ini untuk menonjol di mata penemu duga hinggakan dia akan berbisisk kepada dirinya sendiri, "Pensyarah budak ni salah menilai agaknya". Tidakkah anda mahukan sebegini.
Terdapat 4 tips yang perlu anda ikuti, akan tetapi saya akan menulis tips 1 dan 2 dahulu kerana saya ingin mahukan anda lakukan tips ini dahulu. Jika sudah selesai, anda boleh ikuti tips 3 dan 4 selepas ini.

Tips Pertama : TUJUAN

Sebagai orang Islam, kita mesti tahu perkara utama yang perlu ada sebelum kita melakukan sesuatu perkara iaitu NIAT.

NIAT anda mencari kerja mestilah betul, agar keseluruhan acara bekerja diberkati oleh Allah s.w.t yang setiap saat memerhatikan kita dari atas sana. Kerja itu adalah ibadat bukan???

Jadi, pastikan anda bekerja kerana Allah s.w.t. Kalau bekerja kerana mak ayah, sudah pasti akan muncul dalam imaginasi kita gambaran kita memberi wang RM500 sebulan kepada mereka.

Akan tetapi jikalau bekerja untuk Allah s.w.t bagaimana???

Ya, untuk menambah baik masyarakat sekeliling dan semuanya, orang kata "add value". Kita bekerja untuk membolehkan diri kita menyahut saranan Allah s.w.t untuk add value dalam umat manusia, bermula dengan add value dalam keluarga (keturunan), kejiranan, kampung, negeri, negara dan dunia.

Allah s.w.t menyuruh kita membuat kebaikan, memberi makan pada orang miskin dan anak yatim, bantu-membantu, mengeluarkan zakat, bersedekah dan menyampaikan ilmu.

Ini semua kita tidak dapat dilakukan kalau tidak ada duit. Nak dapatkan duit kene bekerja. Jadi, niat dan bekerja lah kerana Allah s.w.t.

Tips Kedua : PERSEDIAAN

Terdapat 6 perkara-perkara persediaan yang anda harus lakukan iaitu : 

1. Berfikiran Positif

Sekiranya kita mengakui kita memang jenis manusia bercas positif, maka di hari temu duga kita pasti akan positif di tahap maksimum. Dalam masa mencari kerja (menganggur), buatlah perkara-perkara yang anda selesa dan bagus pada anda (good at it). Makan makanan yang anda suka dan nikmati setiap detik "bercuti" dengan kawan-kawan dan keluarga. Do not over confidence, just...SMART.

2. Study Menyeluruh
Sekarang sumber informasi banyak, jadi pastikan sebelum ke bilik temu duga sesebuah syarikat, anda sudah tahu sebanyak mungkin maklumat-maklumat berkenaan syarikat tersebut. Paling tidak, hal semasa dan asas perniagaan, lingkungan produknya dan cawangannya.

Contohnya, kalau ke bilik temu duga Proton dan penemu duga menyebut tentang hal semasa Proton seperti, "Lately our company is having a great discussion about engaging partnership with Volkswagen, what do you think about this issue?". Setelah itu anda menjawab, "Oh, really? I actually don't really know that". Itu memang anda menggali kubur sendiri.

Selain itu, study juga lokasi temu duga (termasuk aliran trafik waktu puncak) sehari sebelum sesi untuk temu duga dan datang 30 minit lebih awal nanti. Ini adalah untuk mengelakkan anda sesat jalan. Ingat tu!!!

3. Berlatih

Cakap depan cermin dan lihat bahagian mana yang perlu anda perbaiki. Gaya tangan, nada suara atau leher. Manalah tahu nak speaking punya susah sampai tergeliat leher....Hehe. Boleh juga ajak kawan untuk konon-konon kawan anda jadi si penemu duga.

4. Resume
Resume mesti ringkas dan padat, paling tidak dua muka surat. Kemudian, semua item dalam resume akan menjadi modal bagi penemu duga untuk bertanyakan soalan. Boleh lihat nanti bila dia nak tanya soalan, dia akan belek-belek resume anda dengan muka tidak percaya. Jadi, pastikan semua butiran dalam resume itu anda tahu keseluruhan cerutanya. Bawa back up dokumen. Kalau dalam resume kita menyatakan tentang projek akhir tahun, bawa laporannya.

5. Sekufu
Sekiranya anda mahu cepat dapat kerja, aim dulu company yang sekufu dengan PNGK anda. Kalau grad 2.33 dalam bidang kejuruteraan Makanikal, mahu target Shell atau Slumberger memang susahlah bang @ akak. So, cari syarikat swasta biasa-biasa dulu. Sama ada syarikat tersebut kene dengan cita rasa anda atau tidak, tidak kisah. Apa yang penting...KERJASAMA...hehehe (gurau). Apa yang penting ialah cari pengalaman pertama bekerja. Selepas ada pengalaman setahun dua, kalau rasa nak demand, silakan.

6. Pakaian
Bagi jawatan yang eksekutif seperti eksekutif pentadbiran, arkitek, jurutera planner dan lain-lain : lelaki pakaian kemeja warna cerah, seluar panjang + gelap, kasut hitam, rambut pendek (kalau boleh buat stail 'Carlo Ancelotti') dan kenakan tali leher (warna biar waras, jangan ada gambar atau pakai klip Doremon pula). Bagi si gadis yang comel molek, saya rasa tak perlu komen lebih sebab anda semua lebih expert bab pakaian bukan? Pemakaian tidak ada kompromi. Jatuh cinta tahu pula pandang pertama ye....Jadi, jangan tak tahu perkara itu juga boleh berlaku di bilik temu duga. First impression bukan perkara main-main.


Sampai ini sahaja saya menulis. Laksanakan dahulu tips diatas. Tips selanjutnya akan saya beri di hari lain dan waktu yer....hehehe.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA ^_^

No comments:

Post a Comment