Jul 25, 2011

Zakat Secara Ringkas (Bahagian 2)

Entri kali ni juga mengenai zakat, saya cuba kongsikan bersama mengenai zakat harta. Kalau salah dan terkurang bolehlah tolong tambah / betulkan bersama.

Zakat harta
Zakat harta terbahagi pula kepada 4:

i) Zakat emas dan perak (simpanan)
ii) Zakat Tanaman dan buah-buahan
iii) Zakat harta perniagaan
iv) Zakat binatang ternakan
 


A) Zakat Emas/Perak (simpanan)

  • Kadar nisab zakat emas ialah 25 mayam@2.7108 sagsa bersamaan dengan 85 gram dikenakan 2.5% zakat.
  • Manakala perak dengan kiraan 200 driham sama dengan 560 gram dikenakan zakat 2.5%.
  • Kadar zakat wang berubah-ubah, semakin meningkat dan tidak pernah turun. Untuk maklumat lanjut boleh lawat ke PPZ
Pada masa sekarang emas menjadi cagaran dan disimpan di bank-bank, perak pula jarang-jarang orang nak beli, emas dan perak sudah tidak lagi digunakan untuk membuat pembayaran, jadi matawang telah menggantikan tempat dan fungsi emas dan perak. Maka matawang pula adalah dikenakan zakat. Rujuk Pengiraan Zakat

Syarat-syarat wajib untuk zakat kepada pemilik emas, perak dan simpanan adalah:
i) Islam
ii) Merdeka
iii) ilik yang sempurna (Halal)
Iv) cukup nisab
v) Cukup masanya setahun


B. Zakat Binatang dan Ternakan


**Lembu dan kerbau

  • Berjumlah 30 ekor yang pertama zakatnya 1 ekor yang berumur 1 tahun.
  • Kalau jumlah 40 ekor zakatnya ialah 1 ekor berumur 2 tahun.
  • Bergitulah seterusnya kadar nisab bagi tiap-tiap tambahan 30 ekor seterusnya zakat 1 ekor berusia 1 tahun, dan tambahan 40 ekor zakatnya 1 ekor berumur 2 tahun.
**Kambing dan biri-biri
  • 40-120 ekor zakatnya 1 ekor berumur 2 tahun.
  • 121-200 ekor zakatnya 2 ekor berumur 2 tahun.
  • 201-300 ekor zakatnya 3 ekor berumur 2 tahun.
  • Tiap-tiap tambahan 100 ekor berikut zakatnya 1 ekor yang berumur 2 tahun.
Syarat-syarat wajib zakat terhadap pemilik ternakan mestilah:
i) Seorang Islam
ii) Merdeka
iii) Cukup nisab dan masanya
iV) milik yang sempurna
v) Ternakan yang hidup bebas di padang rumput (yang makanannya terpaksa dibeli tidak wajib dizakatkan)
vi) Tidak cacat dan terlalu tua.
C. Zakat Tanaman dan Buah-buahan
  • Kadar zakat tanaman dan buah-buahan pula ialah 5 aswaq atau 300 gantang baghdad atau bersamaan 690 kg.
  • Jika tanaman disiram / diairi oleh air hujan atau air sungai maka 10% akan dizakatkan.
  • 5% daripada kadar zakat akan dikeluarkan/dizakatkan jika tanaman disiram dengan menggunakan air sendiri atau dengan alat-alat lain yang terpaksa mengeluarkan kos.
Syarat-syarat zakat kepada pemilik tanaman ialah:
i) Islam 
ii) Merdeka
iii) Milik yang sempurna
IV) Cukup nisabnya
v) Ditanam oleh manusia, termasuk dengan jentera/mesin. (tanaman semulajadi dikecualikan)
vi) Bijian dan buah-buahan yang boleh disimpan dan tahan lama serta mengenyangkan.
D. Zakat Harta Perniagaan

  • Hasil perniagaan termasuk tanah dan bangunan yang disewakan(mendapat hasil)
  • Nisab zakat menurut modal asalnya sama seperti emas iaitu 80 gram emas.
Syarat-syarat wajib zakat terhadap pemilik perniagaaan ialah:
i) Mestilah cukup setahun.
ii) kadar zakatnya ialah 2.5%
iii) Caranya ialah, wang modal yang dikeluarkan ditaksir harga menurut harga pembelian pada waktu itu. keudian dicampur keseluruhannya lalu dikeluarkan zakat
iv) Wajib mengambil kira / menjumlahkan hutang-hutang yang ada di tangan orang yang diyakini akan dibayar balik kepada pemilik perniagaan.
v) kalau perniagaan itu rugi dan kiraannya tidak sampai 1 nisab lagi maka tidak wajib dizakatkan.

Zakat mensucikan diri dan harta, diharap kita akan mendapat keberkatan dariNya, Insyah Allah saya akan sambung mengenai kepentingan zakat dilain hari.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA ^_^

No comments:

Post a Comment