Jul 21, 2011

Zakat Secara Ringkas (Bahagian 1)

 
Zakat ialah mengeluarkan kadar harta yang tertentu kepada orang yang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu. Hukum zakat adalah fardu ain ke atas setiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya.

ZAKAT TERBAHAGI KEPADA :
1) Zakat Fitrah,
2) Zakat harta.
 
ZAKAT FITRAH
Zakat fitrah bertujuan untuk menyucikan diri orang yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan-perbuatan yang keji. Zakat fitra diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan, besar dan kecil, merdeka atau hamba sebanyak 3.1 liter atau lima kati dari makanan yang mengenyangkan bagi sesebuah negara. Jika di Malaysia kita gunakan beras atau pada kadar harga yang sama dengannya yang ditetapkan mengikut negeri masing-masing. 

SYARAT2 WAJIB ZAKAT FITRAH
a) Mestilah seorang Islam
b) Mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaan untuk dirinya dan orang yang di bawah tanggungannya pada Hari raya Aidilfitri dan malamnya.
c) Ketentuan hukum :
(i) Wajib zakat fitrah itu ialah setelah terbenamnya matahari pada akhir bulan Ramadan.
(ii) Tidak wajib zakat fitrah ke atas orang yang mati sebelum matahari terbenam pada akhir Ramadan.
(iii) Tidak wajib zakat fitrah kanak-kanak yang lahir selepas terbenam matahari akhir Ramadan.
(iv) Tidak wajib zakat fitrah mualaf yang baru memeluk Islam sesudah terbenam matahari pada akhir        Ramadan.
(v) Dan lelaki yang bernikah selepas matahari akhir Ramadan.

WAKTU-WAKTU/MASA MEMBAYAR ZAKAT
a) Waktu yang dibolehkan ialah pada awal Ramadan hari terakhir bulan Ramadan.
b) Waktu wajib iaitu selepas terbenam matahari pada hari akhir Ramadan.
c) Waktu yang afdal membayar zakat fitrah adalah selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadan.
d) Waktu makruh iaitu selepas sembahyang hari Raya Aidilfitri sehingga waktu mahgrib (matahari terbenam).
e) Waktu haram bayar zakat fitrah iaitu selepas matahari terbenam pada Hari Raya Aidilfitri.
Bersambung.......
 
** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA ^_^

No comments:

Post a Comment