Sep 26, 2011

Ngantuk nyer!!!!!~~~~~~

Assalaamualaikum w.b.t

     Apa khabar kepada para pembaca blog saya ini? Harap sihat2 selalu, ceria2 selalu dan gembira2 selalu. Hari ini saya agak bosan dan agak mengantuk kerana boleh dikatakan setiap hari saya tidur lewat dan bangun awal. Kenapa saya tidur lewat? Biasalah, saya ni memang suka overnight (dah macam kelawar saya ni). Kalau duduk kat rumah pon, biasanya saya tidur jam 3.00 pagi bangun jam 6.00 pagi (itu pon nak kene nenek kejutkan solat subuh). Tapi bila di UUM ni, setiap hari bangun jam 8.00 pagi (subuh gajah katakan, hehehehe.....). Kebetulan hampir setiap hari saya kerja lab pada jam 8.30 pagi. Itu yang bangun lewat tu. Agaknya kalau lab start opening jam 6.00 pagi, memang dah lama saya akan bangun awal, percaya tak????hehehe...


     Hmmm....saya sebenarnya x da cerita yang hendak disampaikan. Just nak hilang kan ngantuk. Pada waktu ini saya jaga lab dari jam 8.30 pagi hingga jam 12.00 t/hari. Saya nak berkongsi cerita sedikit mengenai pengalaman saya di DPP TM pada semester ini (yang lepas2 dah x ingat..hehehe). Pada semester ini adalah semester kemasukkan pelajar baru semester satu. Terdapat orentasi selama 4 hari, memang penat para AJKS melakukan kerja. Tidak lupa juga pada student yang baru masuk, comfirm mereka penat jugak. Yelah, mana tak nyer. UUM kat sintok ni sangat luas dan besar. Kalau buat program tour UUM, kene makan masa 2 @ 3 hari baru complete. 

     Nak dijadikan cerita, para AJKS memberitahu bahawa semasa ke kuliah atau di mana2 kawasan kuliah, main office, fakulti dan seangkatannya, perlu memakai lanyard + kad matrik. Mereka pon mengikutinya. Nak dijadikan kejutan, bila mana student2 yang baru ini, mereka hendak kemana-mana mereka akan gantungkan kad matrik. Nak pergi makan kat kafe gantung kad matrik dan nak basuh baju pun gantung kad matrik jugak. dan kebanyakkan semua kaum cina. Saya agak geli hati melihat gelagat mereka.

     Bukan itu sahaja, saya ni salah seorang asisstant dalam lab serindit DPP TM. Semasa saya menjaga lab, 4 @ 5 orang jumpa saya untuk print. Tetapi, mereka menggunakan loghat cina. Saya terus cakap kat mereka, saya ni malay bukan chieness. Mereka pon cakap, "Oh, yaka??? muka u macam cina". Ini menunjukkan bahawa betapa cantiknya muka saya ini, macam muka cina. (Angkat bakul sendiri aku ini. hehehehe).

     Itu baru saya, belum lagi cerita kawan saya. Ada seorang kawan saya ini, dia pon sama asisstant lab. Dan dia jugak salah seorang AJKS di DPP TM. Ada seorang kaum india ni. Dia baru semester satu. Waktu itu, india itu, nak daftar computer di lab tetapi tidak boleh kerana mungkin no matrik mereka belum didaftar kan. So, india tu mintak tolong kat member saya ni yang pada waktu itu dia bekerja di lab tersebut. Nak tau apa india tu cakap. Student india tu berkata, "Pak cik, mintak tolong bukak PC 16". Tergamam member saya, boleh dia panggil member saya pak cik. Untuk pengetahuan semua, member saya tu bawah 3 tahun dari saya. Bayang kan perasaan dia, bila orang panggil dia pak cik. Macam rasa nak marah je kan. Hehehehe...

     Itu je saya nak kongsikan hari ini. Bukan nak burukkan nama siapa2. just nak hilangkan ngantuk saya ni jer. Hehehe... 

Wassalam......

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Sep 23, 2011

Nostalgia Kembali Lagi......

Assalaamualaikum w.b.t

     Selamat pagi kepada semua pembaca blog ini. Anda sihat hari ini??? Marilah kita mulakan dengan menyebut nama Allah s.w.t di kala kita baru bangun tidur dan mulakan hidup baru dengan melakukan perkara yang lebih baik dari semalam. Baiklah, hari ini saya tak da apa nak ditulis. Just nak berkongsi cerita tentang diri ku ini kepada pembaca blog sekalian.

Kejayaan kami di UUM pada tahun 2010
 
     Hari ini saya berasa bersyukur sangat-sangat kerana nostalgia diantara saya dan rakan-rakan seperjuangan saya kembali seperti dulu. Nak tau apa nostalgia kami (lihat gambar diatas). Begini cerita nya, saya dan rakan-rakan seperjuangan saya adalah group nasyid Suotur Rohaniah di Dewan Penginapan Pelajar TM (DPP TM), Universiti Utara Malaysia (UUM). Sudah hampir 3 tahun group kami bertahan hingga sekarang. Untuk mengetahui kisah pejuangan kami dengan labih lanjut klik disini.

     Saya rasa bersyukur serta redha kepada Allah s.w.t kerana diberi kesempatan untuk berjumpa rakan-rakan seperjuangan saya. Pada malam semalam jam 11 malam, telah diadakan perjumpaan nasyid kami untuk kali kedua (kali pertama dah buat pada minggu lepas). Walaupun agak lama saya tunggu kedatangan mereka, akan tetapi saya sudah biasa dengan perangai mereka dan menjadi salah satu nostalgia pada diri ini. Ada juga ahli group telah praktikal, telah bekerja dan ada juga yang tarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun nostalgia mereka tetap segar dalam ingatan.

     Setelah berkumpul hampir 1 jam (lama juga tunggu hmmm....), kami begegas ke Dewan DPP TM. Di sana kami just menyanyi beberapa buah lagu yang telah dipersembahkan dalam event dan pertandingan. Antara lagu kami dendangkan adalah "Pertemuan Di Hari Mulia", Menuju Wawasan", "Anugerah", "Iman dan Taqwa" dan "Nostalgia". Selain itu, kami juga dendangkan lagu intro dan outro. 

     Waktu itu, sungguh seronok kerana berlaku perkara lawak + perli + kutuk + suara x sedap + lari picing dan macam-macam lagi. Akan tetapi semua itu menjadi kenangan nostalgia kami. Nyanyian kami semakin diingati hingga ada ahli-ahli kami masih ingat gaya dendangan nasyid tersebut. Disitu juga berlaku perkara lawak + perli + kutuk + suara x sedap + lari picing dan macam-macam lagi. Harap nostalgia ni masih kekal dalam ingatan.

     Kepada group nasyid Soutur Rohaniah, saya masih rindu segalanya tentang group nasyid kita Susah senang, pahit manis, suka duka sering bermain difikiran ku ketika ini. Hope u all sama seperti saya. Marilah kita bangkit sekali lagi nama kita di Persada UUM pada semester ini.

Wassalam.....

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Sep 21, 2011

Business, Business, Business

Assalaamualaikum.....w.b.t
     Hari ni aku nk citer program aku kat UUM semester ini. Kalau hampa semua nak taw (ceh, cakap longhat lah pulak), semester ini aku amik satu paper je. Berbanding budak2 yang lain, ada yang 5 paper, 6 paper, 7 paper, dan 8 paper pun ada. Dasyat betol!!!...Lepas tu kelas hari selasa jek. Kebetulan minggu ni kelas ditangguhkan, so seminggu aku cuti. Boring nyer, ada kelas bosan, x de kelas pon bosan. Pelik kan manusia, buat tu x kene, buat ni pon x kene. Tapi tulah lumrah manusia.

     Tapi oleh kerana sangat, sangat, sangat boring, maka aku cari business part time. Buat masa ni aku still join business topup aku. So, pada sesiapa nak join jd agen business yang topup ini sila klik disini. Memang mudah, senang, pantas dan mudah. hanya yuran seumur hidup serendah RM10 jer....


     Selain tu, aku join kerja lab. Kerja nya jaga lab, print out, kita duit, key in data tapi yang paling best  mudah nak download. Hehehe..Sejam RM 2.30, aku amik 16 slot. Banyak tu (yelah, banyak free kan). Boleh lah dapat >RM200 sebulan.


     Selain tu, ada business lain, aku baru join iaitu business jual baju jenama Strawberu. Siapa nak tempah baju, tempah lah dalam bulan september ini. Sebab, tempahan sehingga akhir bulan ini. Desing gempak beb.....rugi kalau x beli. Kepada pelajar DPP TM lelaki, jangan risau. Saya akan round2 blok2 anda. Standby duit jek yer....Hehehehe... Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari disini.

     Berkemungkinan aku nk join business photostate kat TM Copy Center but x sure lagi. Tengok dari segi kelapangan masa. Buat masa sekarang ni aku nak fokus pada jualan baju dan kerja lab komputer. Tapi hidup sekarang ni perlukan duit kan.

     Memandangkan duit PTPTN aku dah habis, so, kene cari kerja lah. Nasib bek aku ada elaun praktikal. Dapat spend buat masa ini. Hehehe.

Wassalam....

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Sep 15, 2011

Rezeki dan Kebahagiaan


Assalaamualaikum w.b.t
     Hari ni aku nk story berkenaan rezeki. Aku nk tulis ni bukan nk tujukan pada sape2, just untuk perbetulkan diri saya serta diri anda yang membaca post saya ini. Sama2 lah kita untuk muhasabah diri.
     Wang…..adakah wang boleh wat kita bahagia???? Boleh bahagia….bagaimana caranya wang boleh bahagia kan kita??? Dan bagaimana pula caranya wang boleh menghancurkan kita????? Dunia zaman sekarang memang perlukan wang. Nak pergi tandas awam pon kene RM0.20 betul tak??
     Kebetulan saya ada berjumpa member, yang mana saya boleh jadikan dia sebagai abang lah. Kami berborak mengenai duit @ wang. Satu ayat yang mana akan ku ingati sampai bila2 (insyaallah) iaitu duit @ wang @ rezeki semua datang dari Allah s.w.t. Jika Allah nk turunkan rezeki pada kita, kita akan dapat begitu sebaliknya.
     Duit @ wang kita perlu lah dari sumber yang halal dan halal. Kita perlu kenal pasti duit kita datang dari mana. Dengan sumber pencarian yang halal, kita akan peroleh kebahagiaan dunia dan akhirat insyaallah.
     Ada satu cerita (bersama aku dan member aku) dan ini merupakan pengalaman kawan saya yang bekerja di Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). Kawan ku ini baru lepas menunaikan solat di masjid. Solat apa x pasti lah pulak. Selepas dia menunaikan solat, dia hendak memberi sedekah dekat tabung masjid. Ketika itu, dompet dia x bawak. Yang ada cuma duit RM6.00 kat saku baju dia (RM5.00 sekeping, RM1 sekeping). Jadi, dia x tahu nak letak RM5 @ RM1. Selepas dia fikir macam tu, tetiba terlintas di fikiran nya kenapa aku nak membanding2 kan duit ini. Selepas itu, tanpa berlengah dia masukkan semua duit itu.
     Ketika pulang dari masjid, dia singgah sebentar warung dia selalu pergi. Kebetulan niatnya nak hutang dulu. Akan tetapi peniaga tu bagitahu “alah, x kan x da duit…tu kat kocek baju tu ada”. Alangkah terkejut member aku ni. Sebab dalam saku baju dia ada RM6.00 yang tadi. Sedangkan dia sudah masukkan duit ke dalam tabung masjid. Memang terkejut sangat2. Dia balik dan muhasabah diri dan menangis kesyukuran sebab keajaiban yang Allah nak tunjukkan. Macam pelikkan, tapi itulah kenikmatan yang Allah nak tunjukkan pada sesiapa yang dikehendaki.

Bersyukur Kepada Allah selalu....


     Member aku ada bercerita kan isu kebaikan dan keburukan. Ada satu ayat Al-Quran x taw surah dan ayat ke berapa, Allah berfirman bahawa Allah akan balas kebaikan dan keburukan walau sebesar zarah. Persoalannya bagaimana nak dikatakan kebaikan sebesar zarah dan keburukan sebesar zarah????? Pasti sukar untuk kita mentafsir persoalan ini. Kita boleh jadikan contoh perkara yang agak kecik dan agak remeh. Dari perbuatan kebaikan seperti pen kawan kita jatuh dan kita amik tanpa ada niat pon. Saje nak tolong, itu adalah perbuatan kebaikan yang nampak macam remeh. Betul tak??? Dari perbuatan buruk seperti budak2 curi gula2 kat kedai. Nampak macam remeh kan. Tetapi semua itu ada kesan disisi Allah s.w.t. 
     Banyak lagi cerita yang kami bualkan, tetapi hanya ini yang dapat ku ukirkan. Biasalah, x semua yang kita boleh dapat. Tapi apa yang penting kita harus mencari kebahagiaan dunia dan akhirat dan rezeki ada dimana2 cuma kita perlu usaha untuk mendapatkan rezeki yang halal atau sebaliknya. Renung2 kan lah ye....

 
Wassalam.. 

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Sep 14, 2011

Kembali ke UUM.....


Assalaamualaikum w.b.t 
     Hari ni saya nak bagitahu yang saya sekarang berada di UUM. Mesti ada yang terkejut, dan mesti ada yang dah tahu. Untuk pengetahuan semua saya sekarang menghadapi sedikit masalah dengan subjek di mana ada 1 subjek yang gagal. Ni semua angkara NC UUM. Kalo tak saya akan grad tahun ni. Nak wat camna kan. Dah nasib. Tapi mungkin ada hikmahnya. Setelah saya kaji dan terus kaji, saya fikir ada baiknya juga. Yelah adik saya belajar di UUM juga dan tamat  + grad tahun depan. 
     Ini bermakna saya dan adik saya akan grad pada tahun yang sama kerana UUM adakan graduasi setahun sekali. Kalo dulu setahun 2 kali. Jimat sikit perbelanjaan family saya datang ke UUM untuk lihat kami berdua naik ke pentas memegang scroll. Tapi saya taklah hebat mana jika dibandingkan adik saya. Ok, kita ketepikan cerita itu. 
     Alhamdulillah, saya bersyukur dapat menjejak kaki ke UUM ni. Untuk pengetahuan para pembaca post ini, saya menginap di Dewan Penginapan Pelajar TM (DPP TM). Banyak kenangan di DPP TM ini. Dan sekali lagi saya duduk di sini. Saya juga bersyukur kerana ada ramai kawan2 saya mengenali diri saya lagi. Mereka agak terkejut dengan kehadiran saya. Yang wat2 terkejut pon ada sebab mereka dah tahu awal2. Hehehehe… 
     Ini pon saya mendapat keizinan dari pejabat DPP TM untuk tinggal di DPP TM ini. Yelah, mereka kenal saya dah lama. Alhamdulillah…..Rumate lama saya (x bleh bgtaw nama, dia x bg) pon ada sekali. Dia pon ada masalah dengan subjek. Dia pon menumpang nasib yang sama. Nasib bek saya juga ada masalah subjek. Kalo tak, x dapat dia tinggal kat DPP TM ni. Hehehe… 
     Saya dapat duduk kat DPP TM ni dengan bersyarat. Syaratnya saya kene ajar group nasyid akan latihan mereka untuk pertandingan nasyid yang akan diadakan pada semester ini. Memang group nasyid ni saya yang tubuhkan dan saya yang ajar segala ilmu yang ada. Hingga kami telah memenangi pertandingan nasyid peringkat Piala TNC. Alhamdulillah….. Jadi saya diberi peluang sekali lagi untuk cuba memenangi pertandingan tersebut buat kali kedua. Insyaallah….. 
     Tapi duduk kat sini pon agak boring sebab saya ada 1 subjek yang yang sangkut. Hari selasa je pon saya gi kelas. Hari2 lain duk dalam bilik x wat pape. Tu yang saya cari kerja, kebetulan ada kerja kat lab komputer. Nak cari duit belanja. Kebetulan saya memang berpengalaman kerja lab komputer. Yang saya post ni masa sedang kerja kat lab lah ni. Time tengah free, wat kerja berfaedah cikit ye tak….hehehehe.. 
     So, kepada kawan2 saya yang sedang praktikal, praktikal sungguh2. Buat yang terbaik supaya manager sayang kat korang. Yang dah kerja, kerja bek2. Dapat duit banyak2 boleh belanja saya. Yang masih belajar, teruskan belajar hingga ke menara gading. Yang baru kenal saya, selamat berkenalan. Yang dah lama kenal, teruskan mengenali diri saya ini dengan lebih rapat.
Wassalam.... 

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-

Sep 6, 2011

Reunion SMAKT_88

Assalaamualaikum w.b.t.....

Nukilan ku ini adalah untuk semua geng-geng aku yang join reunion di desaru....Sudah lama aku tunggu saat-saat ini untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama. Ingat tak pada 4 tahun lepas kita semua telah buat reunion di sekolah kita dulu. Dengan ucapan daripada Hamid Marzuki, mengatakan kita akan berjumpa di reunion kali kedua pada 4 tahun akan datang. Akhirnya kata-kata nya terlaksana, dengan usaha oleh Hidayah Hamzah dan Raja Azhar dan dibantu oleh Zuhaili, maka terciptanya oleh Allah s.w.t hubungan sahabat yang setelah sekian lama terpisah akhirnya bercantum kembali. Ada yang sudah bekerjaya, ada yang sudah berkahwin dan ada yang sudah hampir menimang cahaya mata. Memang banyak perubahan pada diri kita. Ada yang dulu badan kecik, sekarang badan besar, yang dulu rendah, sekarang dah tinggi, dulu badan berisi, sekarang badan berisi lagi macam aku. Dah matured katakan sampai dah x kenal wajah rakan-rakan kita sendiri. Nama pun ada yang lupa. hehehe. Walaupun perancangan program dalam reunion banyak x menjadi kerana hujan (renyai) seketika, program mula lewat, masa yang singkat akan tetapi apa yang penting dapat mendengar suara ketawa riang kita semua yang membuat kan hati kita gembira serta mengeratkan lagi tali silaturrahim kita. Gambar-gambar di post ini adalah sebagai kenangan dalam blog ku. 

**p/s : Akmal hanan and afif, aku amik pic korang untuk diari aku...tqvm coz korang jadi cameraman..hehehe (^_^)

KENANGAN REUNION SMA KOTA 88.












 





** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA -@_@-