Jun 30, 2011

Khasiat Buah Kismis


Anda mungkin ingat pesanan orang-orang tua atau ibu tentang makanan yang harus diambil jika ingin pintar dalam pelajaran? Tentulah kismis. Menjelang peperiksaan inilah satu-satunya diet yang kerap diberi oleh ibu. 

Terdapat 2 persoalan yang timbul iaitu pertama adakah dakwaan kismis dan kaitan ketajaman minda benar atau ia sekadar mitos? Ini kerana jarang sekali ibu bapa atau orang-orang tua dapat beri penjelasan lanjut kenapa kismis baik untuk minda.

Kedua, adakah kebaikan kismis hanya sekadar menyumbang kepada manfaat minda semata-mata? Kismis atau dipanggil raisin dalam bahasa Inggeris atau zabib dalam bahasa Arab. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : 

"Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih"

Jadi, apakah rahsia sebenar kismis sehingga ia mendapat tempat sejak ratusan tahun dahulu? Segala persoalan ini akan dihuraikan dibawah ini.

Kismis sebenarnya berasal daripada buah anggur yang menjalani proses penyahidratan sama ada menggunakan matahari atau menggunakan ketuhar. Terdapat beberapa jenis kismis yang popular seperti sultana, malaga, monukka dan muscat.

Akibat proses itu, menyebabkan saiz kismis menjadi lebih kecil iaitu hanya separuh duit syiling lima sen. Dalam satu penulisan di majalah Today Dietitian mengungkapkan kismis sebagai gula-gula asli dan semulajadi. Cuba anda fikir kenapa ia jadi begitu??? Tak perlu anda fikir kerana saya dah temui jawapannya. Hehehe...

Kismis adalah salah satu daripada buah kering yang paling kaya dengan nutrisi di dunia. Kismis bebas kolestrol, rendah sodium dan bebas lemak. Ia menawarkan nutrisi yang diperlukan tubuh termasuk vitamin, mineral, zat besi, serat dan kalsium. Ia juga mengandungi kadar gula yang tinggi.

Jika begitu, tidakkah kismis boleh membahayakan kesihatan? Kismis sememangnya mengandungi kadar gula yang tinggi tetapi gula tersebut adalah gula fruktosa dan gula tersebut adalah gula semulajadi yang dipanggil gula ringkas. Ia mudah di proses untuk menjadi tenaga.

Walaupun kering, kismis diketegorikan sebagai salah satu buah-buahan yang kaya dengan antioksida selain prun dan aprikot. Oleh itu, kismis turut berfungi sebagai agen untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas. Snek ini menawarkan pelbagai khasiat lain termasuklah sumber tenaga, tulang yang sihat bagi wanita, kesihatan gigi dan memperbaiki daya penglihatan.

Khasiat Kismis :

Menajam minda : Gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi  dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti banyak dan cepat.

Antioksida : Kajian mendapati fenol yang terdapat dalam kismis adalah antara sumber yang membolehkan ia diketegorikan sebagai antioksida. Antioksida ini akan melindungi tubuh daripada radikal bebas selain menjaga kesihatan kulit.

Gigi sihat : Jangan membiarkan kemanisan dan rasa melekit kismis menipu anda. Kismis tidak menyebabkan kaviti dan penyakit gusi, bahkan mempromosi gigi yang sihat kerana ia mengandungi asid oleanolik. Asid ini sangat efektif dalam membunuh bakteria.

Oleh itu, kismis adalah salah satu altenatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan harian pada anak-anak. Justeru, anda perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian  tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda yang bermaksud ;

"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kemtian"

Insyaallah, kebaikan kismis terbaik buat semua. Saya harap anda dapat temui jawapan mengenai soalan-soalan diatas.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA =)

Jun 28, 2011

11 Tabiat Lelaki Malas


Rumah bersepah, malas membasuh pakaian dan penampilan selekeh adalah perkara yang selalu dikaitkan dengan lelaki. Akan tetapi tidak semua lelaki yang pemalas. Ada yang rajin sangat, ada yang ikut mood, ada yang simple person, dan ada pemalas betol, Hehehe.... 

Sikap pemalas ini boleh dikatakan sifat semulajadi lelaki yang sentiasa mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak suka melakukan perkara yang remeh dan bersikap kewanitaan. 11 tabiat ini tidaklah semua pada lelaki itu, kerana ada yang menggemari tabiat ini dan ada yang tidak.

Malas Mencuci Pakaian

Jika kita melihat, rata-rata lelaki bujang zaman sekarang lebih senang menghantar pakaian kotor ke dobi. Tidak kurang juga yang membasuh pakaian sendiri tetapi hanya selepas persalinan bersih dalam almari berkurangan. Akan tetapi bagi yang sudah berkahwin, mereka akan kurang membasuh kerana teman disisi akan membantunya.

Bagi lelaki yang bujang, seeloknya pakaian tersebut perlu dicuci setiap 2 atau 3 hari sekali bagi mengelak bau yang kurang menyenagkan dan berkemungkinan menjadi sarang bakteria atau kuman. Ingat ye kaum lelaki, pada sesiapa yang malas mencuci pakaian sendiri, anda perlu ingat anda yang pakai pakaian itu, jadi anda wajib mencucinya.


Malas Mengemas Rumah

Percaya atau tidak, hampir kebanyakkan lelaki bujang tidak mengemas rumah mereka selama berbulan-bulan lamanya. Ini kerana mereka tidak mengambil kira mengenai kebersihan rumah kerana bagi mereka rumah hanya sebagai tempat untuk melelapkan mata sahaja.


Malas Mencuci Pinggan

Sebahagian lelaki suka meninggalkan pinggannya dirumah tanpa dibasuh. Berminggu-minggu dibiarkan hingga jikalau mereka hendak menggunakan pinggan, baru mereka akan basuh. Tetapi pinggan yang ingin dipakainya sahaja. Tidak cukup dengan itu, kadang kala sampah juga dibiarkan didalam rumah berminggu-minggu lamanya.

Untuk lelaki yang bersikap begini, seelokknya makan di luar atau menggunakan pinggan mangkuk pakai buang sahaja. Lebih ekstrem, ada sebahagian lelaki membuang pinggan kotor semata-mata malas membasuh dan beli yang baru di kemudian hari.


Malas Menggosok Baju

Saya pasti, rata-rata lelaki akan melakukan habit ini, pakai baju tanpa gosok. Mungkin kerana tidak cukup waktu kerana sudah terlambat atau memang malas hendak menggosok baju. Mana kan tidak, waktu malam lelaki suka pulang lewat dan terus tidur tanpa tukar pakaian.

Seharusnya, lelaki perlu mengambil sedikit masa dan ruang pada waktu malam atau cari masa lapang untuk menggosok kesemua baju yang perlu dipakai dalam masa seminggu. Secara tidak langsung, apa salahnya anda melakukan "senaman" dan mengeluarkan peluh sambil gosok baju, betul tak???


Malas Bercukur

Bukan menjadi masalah untuk tidak bercukur kerana ada yang beranggapan lelaki berjambang dan bermisai lebih menarik perhatian. Cuma perlulah jaga kebersihan diri dan jika ingin menyimpan jambang atau misai sekalipun, kemaslah sedikit agar menjadi lebih menarik perhatian.


Malas Menyikat Rambut

Jika suatu masa dahulu penjagaan rambut amat dititik beratkan dan rambut harus disikat rapi dan kemas. Namun kini rambut yang kusut atau rambut serabut adalah satu trend. Jadi, anda perlulah sesuai dengan diri dengan keadaan dan jangan terlalu kusut hingga merimaskan mata memandang.


Malas Hadir Ke Pejabat @ Kuliah

Sikap begini paling banyak dikesan dikalangan lelaki. Kadang-kala tiada sebab yang munasabah, ini kerana lelaki cukup malas untuk bergerak dan melakukan kerja di pejabat atau kuliah. Paling rajin pun jika ada mood. Ini perlu diatasi kerana setiap manusia perlu bekerja dan belajar. Tanam kan sikap dan perasaan untuk menuntut ilmu baru atau mengatasi prestasi kerjaya.


Malas Mencuci Kenderaan

Bagi lelaki yang ada bajet, mereka boleh mencuci kenderaan mereka di pusat mencuci kereta jika malas mencuci sendiri. Jika tidak ada, alamatnya tunggu hujan turun sahajalah yang dapat membersihkan kekotoran pada kenderaan mereka.

Jika anda inginkan kereta anda tahan lama, anda perlu membasuh kereta sendiri kecuali jika anda ada bajet untuk hantar ke kedai. Ini kerana jika kereta anda tidak dicuci, lama-kelamaan kereta anda akan luntur warnanya dan mudah berkarat.


Malas Menjaga Penampilan Diri

Walaupun kelihatan sepeti suatu rutin, namun ada perkara yang sering lelaki terlepas pandang. Dari segi penjagaan muka hingga kaki, ia seharusnya diambil kira oleh lelaki. Jangan malas untuk mencuci muka, memotong kuku dan memakai wangian. Walaupun nampak remeh dan sedikit kewanitaan, mereka perlu tahu wanita sukakan lelaki yang bersih.


Malas Membaca

Jika ikut perangkaan, wanita adalah golongan yang paling banyak membaca walaupun corak pembacaan agak berbeza dengan lelaki. Namun dari kecil hingga dewasa lelaki zaman sekarang adalah insan yang malas membaca, apatah lagi membeli bahan bacaan.

Perlu diingatkan, jika ingin berjaya dalam kehidupan kita perlu banyak membaca. Jika boleh, corak atau gaya pembacaan lelaki biarlah pelbagai. Akan tetapi ada sesetengah lelaki tidak perlu membaca kerana, hasil penumpuan dalam kuliah.


Malas Bangun Awal Pagi

Ini sememangnya tabiat lelaki yang suka bangun lewat pagi. Ini kerana, lelaki suka tidur lewat malam atau suka "over night". Kadang-kadang lepas subuh baru dia tidur hingga ke petang. Lelaki jika suka tidur, seolah-olah tidak mahu bangun selama-lamanya.

Apatah lagi jika perlu bangkit untuk kerja atau kuliah pagi. Apa yang dibayangkan mereka hanyalah soal kesesakan lalu lintas pada pagi hari selain malas bersiap-siap untuk keluar rumah. Ini menyebabkan mereka selalu lewat bekerja atau lewat ke kuliah.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA =)

Jun 26, 2011

Proses Membaja di Ladang Sawit Nenek Ku

As salam.... (^_^)

Hari ni saya hendak menceritakan pengalaman saya di ladang sawit nenekku. Untuk pengetahuan anda semua, ramai orang bercakap, mengumpat, mengata dan macam-macam lagi berkenaan peneroka-peneroka FELDA kaya-raya. Sebenarnya memang betul apa yang dikatakan orang-orang itu. Anda bayangkan, ladang sawit nenek aku seluas 10 ekar, terdapat 600 hingga 700 pokok sawit di tanam. Banyakkan....huhuhu..

Anda nak tahu tak, sebenarnya sawit nenek aku ni sebelum ini diusahakan oleh syarikat FELDA itu sendiri. Akan tetapi, hasil @ gaji nya tidak banyak kerana 50% dari keuntungan sawit akan diserahkan kepada syarikat FELDA. Setelah itu, ayah saya meng "offer" kan diri untuk mengusahakan sendiri ladang sawit itu. Kalau anda nak tahu sebelum ladang ini diusahakan oleh ayah saya, jumlah gaji yang nenek ku perolehi adalah sebanyak RM2000 hingga RM3000 sebulan. Tetapi bila diusahakan sendiri, boleh mencecah RM9000 ke RM12000 sebulan. Wow!!!! kaya tak kaya nenek gua, huhuhuhu (ketawa dalam hati). 

Jadi pada 25/6/2011 (Sabtu), aku bersama ayah ku pergi ke ladang untuk membaja pokok-pokok sawit. Dengan berbekalkan kereta sorong (2 buah), baja cap kuda singa 50 kg (12 beg), gayung untuk ukuran baja 2kg/pokok (2 buah), sebilah pisau (untuk memotong bungkusan baja itu), dan sebuah lori hantu (hehehe). Anda lihat sahaja lah gambar yang ada dibawah ini. 

Buat pertama kali aku masuk jalan ladang sawit yg 
mempunyai jalan tar.. amat menarik (^_^)

Ladang nenekku bersebelahan jalan raya

Jalan keluar dari ladang...

Pokok sawit yg begitu banyak...

Pelepah kelapa yg layu disusun rapi untuk dijadikan baja kompos.

Seluruh pokok baru berusia 7 tahun, 
Had maksimum pokok sawit adalah 20 tahun.

Buah sawit yg sudah masak, 
berat boleh mencecah 20kg hingga 30kg.

Benih pokok yang baru ditanam bulan lepas.

Ini lah lori ayah ku, comel tak lori "hantu" ni. Hehehe
Di atas lori itu, adalah baja. Macam bantal pun ada... =)

Ayahku menuang baja ke dalam kereta sorong.

Ini lah bentuk baja nya, 1 gayung = 2 kg
Proses membaja dimulakan.. ^_^

 Jikalau anda perasan kami meletakkan baja keliling setiap pokok.
Siapa tak nampak, teliti betul2...

Sambil menyelam minum air, saje buat eksklusif...
Nampak tak seekor labah2 betina yg besar...
Aku tak tahu apa nama labah2 ni...

Setelah selesai, kemas untuk pulang...

Penat + Letih + Tired + Capet
Huhuhu
(+_+)

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA =)

Jun 24, 2011

10 Cara Memikat Lelaki


Kali ini saya ingin memberitahu tips-tips atau cara-cara untuk memikat lelaki yang anda cintai. Tips-tips ini khas untuk wanita yang belum mempunyai pasangan. Yang sudah berpasangan tu, jangan lah cuba memikat orang lain kerana hancur leburlah hati pasangan anda andai dia tahu anda membuat sedemikian. Jika anda hendak melakukan untuk pasangan anda tidak mengapa dan dialu-alukan. Semoga berjaya. Tips-tipsnya adalah seperti berikut :


Sentiasa Tersenyum dan Jangan Bersikap Sombong
Senyum adalah sedekah yang mana jika kita tersenyum, orang yang hendak marah perasaan marahnya akan hilang. Jadi apabila hendak berinteraksi atau berjalan-jalan dengan dia (lelaki), janganlah bersikap sombong. Nanti pasangan anda jadi boring nanti.


Pandai Memasak dan Tahu Masakan Kesukaan Pasangan Anda
Wanita yang pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda. Lebih-lebih lagi anda tahu masakan kesukaannya. Anda hantar makanan yang anda masak dan dia akan makan makanan anda. Semestinya, tak tidur malam pasangan anda.


Berpewatakan Menarik Yang Mampu Menarik Minatnya
Wanita haruslah mempunyai keperibadian yang tinggi, dan mempunyai kecantikan yang tersendiri. Jadi anda perlu tahu bagaimana menjadi seorang perwatakan menarik dan mampu menarik hatinya. Akan tetapi jangan hanya untuk memikat dia sahaja. Selepas itu, perwatakan anda kurang. Hentikannya, jangan anda lakukan seperti itu. Cari dan lakukan perwatakan menarik setiap hari agar anda menjadi kebiasaan.


Jujur dan Sentiasa Merendah Diri
Lumrah kehidupan, kita hendaklah sentiasa jujur dan merendah diri. Wanita yang suka berbohong boleh menjadi wanita bersifat talam dua muka. Kejujuran dalam percintaan pun amat penting. Ini adalah salah satu ciri-ciri yang amat disukai oleh lelaki. Sifat sombong dan riak perlulah dibuang dan selalu terima apa yang ada pada lelaki anda.


Lakukan Apa Yang Lelaki Anda Suka
Anda haruslah lakukan apa yang lelaki anda suka dan jangan sesekali lakukan apa yang lelaki anda tidak suka. Kecuali jika dia hendak anda lakukan perkara yang buruk, hingga menggadaikan maruah anda, lebih baik anda tinggalkan lelaki itu. Kerana dia hanya inginkan anda kerana nafsu semata-mata. Ingat, jaga hati lelaki anda dan jaga maruah anda.


Mempunyai Tingkah Laku Yang Baik dan Berlemah Lembut
Wanita harus menjaga tingkah laku dan berlemah lembut dalam apa jua situasi terutama ketika bertemu keluarga lelaki anda. Bila keluarga lelaki melihat anda berlemah lembut dan jaga tingkah laku, tentu sejuk hati mereka.


Bijak Menyesuaikan Diri Dalam Apa Jua Keadaan
Anda harus sesuaikan diri anda terutama ketika anda berada kawasan berlaku ketegangan antara keluarga. Elakkan diri dari menyimbah minyak ke api. Sebaliknya menabur pasir atau air untuk memadamkan api itu. Anda harus berfikir cara untuk meredakan keadaan dan situasi.


Jangan Terlalu Mengokong
Lelaki sukakan kebebasan dalam berkasih sayang. Anda tidak perlu mengokong lelaki anda. Ini kerana ia boleh menyebabkan lelaki anda berasa rimas. Berikan dia peluang untuk berasa bebas dan anda harus fikirkan di mana tempat yang terbaik untuk selesaikan masalah.


Gunakan Bahasa Tubuh Ketika Berinteraksi Dengannya
Mata dan tangan memainkan peranan penting ketika berinteraksi antara anda dan lelaki anda. Renungankan mata anda ke mata lelaki anda jika berkata sesuatu yang penting. Tangan dan badan anda perlu main peranan juga tetapi ada batas-batas nya.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA =)

Jun 22, 2011

7 Cara Untuk Memikat Wanita

 Kaum wanita sering melakukan kekeliruan kerana mereka sendiri keliru dengan apa yang mereka inginkan daripada lelaki. Tetapi selalunya mereka tahu apa yang mereka tidak mahu. Contohnya bila lelaki bertanyakan kepada wanita, lazimnya wanita itu akan berkata "Tak tahu, ikut suka you". Kemudian bila lelaki cadangakan sesuatu, mesti wanita akan berkata "Tak nak lah", "Tak mau lah" dan macam-macam alasan lain yang diberi.

Ini menyebabkan lelaki sering terperangkap dalam dilema ini kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk untuk menawan dan memikat serta menggembirakan hati wanita atau pasangannya. Sebenarnya untuk memikat wanita tidaklah sesukar mana. Jangan kelirukan diri anda (lelaki) dengan memikirkan perkara yang sukar. Ikutlah tips-tips yang mudah dibawah ini untuk memikat hati wanita anda, tidak sesukar yang anda sangkakan.

 
Jadilah Diri Anda Sendiri
Para lelaki selalu beranggapan bahawa untuk memikat hati wanita, perlu membuat mereka kagum kepada anda. Lebih-lebih lagi pada wanita yang cantik dan ayu. Sebagai contoh, anda tidak menjadi diri anda, sebaliknya menjadi lelaki yang anda rasa wanita suka. Tambahan lagi anda bertutur dengan sungguh sopan hingga anda menjadi bosan melakukan apa yang diharapkan oleh wanita seperti buka pintu kereta, tarik kerusi sebelum duduk dan lain-lain lagi. Kalau anda melakukan perkara semua ini secara biasa tidak mengapa, akan tetapi jika anda lakukan sekadar untuk membuat wanita itu terpikat dengan anda, HENTIKAN!!! Wanita lebih gemarkan lelaki yang ori dan bukan lelaki palsu dalam erti kata lain, lelaki yang jaga diri sendiri.


Kawal Keadaan
Mungkin anda rasakan jika wanita diberi 'kuasa' untuk mengawal keadaan, mereka akan suka. Jangkaan ini tidak tepat kerana wanita suka kepada lelaki yang pandai kawal keadaan dan tidak mengharapkan dirinya (wanita) itu. Wanita perlukan pendamping, dan pendampingnya adalah seorang lelaki. Selain itu, perlu pastikan wanita tersebut tahu yang anda adalah pilihannya dan bukan sebaliknya. Anda telah memilih dia dan dia harus gembira akan hakikat itu.
Bijak Meredakan Ketegangan
Wanita paling benci apabila berada dalam keadaan tegang. Apabila tidak sependapat atau berbincang tentang isu-isu hangat, jangan biarkan emosi memandu anda. Biarkan wanita anda dengan emosinya dan dia inginkan anda meredakan ketegangan yang ada. Isu-isu yang tidak selesai hanya akan menjadikan perasaan serba salah timbul dan akan berubah kepada perasaan yang lebih membahayakan. Tunjukkan kepadanya yang anda tidak terjebak dalam emosi yang boleh memusnahkan perhubungan. Jika anda pandai mengawal ketegangan, wanita itu akan tertarik pada anda.
Imej Nakal
Imej budak baik atau anak emak tidak popular dikalangan wanita kecuali dikalangan ibu bapanya. Wanita lebih tertarik kepada lelaki yang berimej nakal. Jangan anda berpakaian umpama nak pergi temuduga apabila berjumpa dengannya. Biar anda kelihatan pakaian biasa, selekeh sedikit tetapi seksi. Ini akan membuatkan renungan wanita anda meremangkan bulu romanya dan membuatkan dia rasa teruja dan suka berjalan dengan anda.


Selamba dan Selesa
Perasaan gementar, kalut, gelabah adalah perasaan yang tidak digemari oleh wanita. Wanita lebih menggemari orang lelaki yang selesa bersama dengannya, boleh berborak dengannya, berjenaka, berkongsi cerita dan mendengar masalahnya. Biarkan wanita itu yang gementar ketika ingin bertemu dengan anda. Apabila anda perasaan "cool" dan selesa bersamanya, anda akan digilai olehnya.

Jangan Gopoh
Apa-apa pun yang ingin anda lakukan, jangan lakukan dengan gelojoh atau terburu-buru. Relaks, ambil masa dan sabar. Buat-buat macam tidak terdesak langsung dalam hidup. Wanita tidak menggemari lelaki yang beriya-iya bagaikan tiada hari esok. Praktikkan kesabaran ini dalam semua aspek hidup anda, terutama sekali ketika makan.


Yakin
Tiada apa yang lebih menarik daripada seorang lelaki yang cukup yakin dengan dirinya. Elakkan terlebih yakin dan jangan pula anda teragak-agak atau tidak pasti dalam membuat keputusan. Contoh macam cerita diatas sekali.bila mana wanita anda menyatakan "Tak tahu, ikut suka you" anda perlu memberi pandangan tempat dengan yakin sehingga pasangan anda berkata "Ok, jom". Jika dia berkata "Tak nak lah" maknanya dia tidak yakin dengan pilihan anda. Jadi, keyakinan adalah penting kerana ia menjadikan semua orang berasa yakin dengan anda.

** SILA SEBARKAN PADA KENGKAWAN UNTUK PENGETAHUAN MEREKA SERTA PENAMBAHAN ILMU DENGAN KLIK "LIKE" DI BAWAH POST DAN "SHARE" DI ATAS POST. DISAMPING ITU, MENDAPAT PAHALA APABILA MEMBANTU SESAMA MANUSIA =)